PILIHANKU

TAJAAN

19 Ogos 2010

BOT IKAN JERUNG...?

Bot mirip ikan jerung


SEBUAH bot mirip ikan jerung melompat di permukaan laut.

REDDING - Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS), Rob Innes memasarkan bot mirip ikan jerung putih dengan harga sekitar AS$93,476 (RM295,153), lapor sebuah akhbar semalam.
Dinamakan Seabreacher X, bot itu meluncur laju di permukaan air, berpusing dan melompat setinggi beberapa meter.
Bot sepanjang 5 meter itu boleh memuatkan dua orang dan memiliki kelajuan maksimum 80 kilometer sejam.
"Ia popular di Asia Barat tetapi kami telah menjual beberapa buah bot itu kepada pelanggan di Korea dan Caribbean," kata jutawan tersebut yang menegaskan bot itu bukannya sebuah kapal selam. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 19/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan