PILIHANKU

TAJAAN

19 Ogos 2010

NURUL IZZAH: KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM...?

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meninjau menggunakan teropong kapal selam TLDM semasa kapal selam itu beroperasi dari Pelabuhan Klang ke Lumut, Perak.

Hentikan lempar pembohongan


KUALA LUMPUR 18 Ogos -- Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberi amaran kepada semua ahli politik supaya berhenti melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara.
Sambil menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kononnya kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempolitikkan perkara itu.
"Kapal selam Scopene ialah aset strategik pertahanan negara dan ia bukan alat untuk meraih politik murahan. Kapal selam ini mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.
"Dalam operasi tersebut, KD Tunku Abdul Rahman telah berjaya menembak peluru berpandu bawah permukaan (bawah air) ke permukaan, Exocet SM39 Blok II pada kedalaman 55 meter di bawah paras air dan ia tepat mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer. Jadi di mana dakwaan kata ia tidak boleh menyelam?.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/8/2010

3 ulasan:

  1. then patut tunjkuk la kat rakyat yang kapal selam tu boleh selam... masuk dalam rancangan majalah 3 ke contohnya...

    BalasPadam
  2. Bodohla kalo nk tunjuk setakat bole menyelam. TLDM tahu apa diorang watla. Pasni semua rahsia tentera kena tunjuk semua org. Beli barang dr russia rakyat marah x bagus. Tp bile dr blok eropah lak kritik mcm2. Izzah mmg memalukan negara dan kaum sendiri utk kepentingan peribadi. Memang la kerajaan memerintah x perfect pun. Tp igtla sikit jgn sampai menghina dan merendahkan bangsa sendiri. Menjaja keburukan negara pd negara lain. Apakah jenis manusia ni. Kan lg senang die terus cakap sebenarnya semua org Melayu bodoh2 kt M'sia termasuk yg diinterview ni.

    BalasPadam
  3. komisen kapal selam masok kat sapa?Pak NAJIB dan suaminya ROSMAH PUAKA.RAKYAT NGANGA.BARUA UMNO DOK BACKING KERAJAAN.BODOH PUNYA BARUA UMNO.pi la jadi barua selama lamanya.bukan suma rakyat bodo bahalol macam hangpa wahai barua barua umno oi.pi mampuih la hangpa dengan puak umnoapco yahudi laknatullah.53 tahun memerintah apa yang orang islam dapat?ekonomi orang islam dok tang tu jugak.hangpa pi kelantan tengok rumah banglo besaq2 sapa punya?suma orang melayu punya.tu pon dok kata kelantan miskin.yang paling miskin kat malaysia ni sabah ngan terengganu.sapa perintah?puak2 umno laknatullah kesayangan hangpa la sapa lagi.sepanjang 20 tahun PAS memerintah Kelantan takdak satu pun org kerajaan PAS ditangkap dan dituduh rasuah.tu pon hangpa dok maki kerajaan Kelantan.aku tak nampak mana2 parti selain drpd PAS memperjuangkan ISLAM.HANGPA UMNO,PKR,PERKASA SUMA SAMA JA.Ulama hangpa dok hina,artis dipuja puja,pasai tu la Malaysia jadi haru biru la ni.takdak keberkatan.

    BalasPadam