PILIHANKU

TAJAAN

20 Ogos 2010

PATRIOTIKNYA RAKYAT INDON...?

40 warga Indonesia demonstrasi depan Kedutaan Malaysia

19/08/2010 8:34pm

JAKARTA 19 Ogos - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran kumpulan penunjuk perasaan warga Indonesia sejak kejadian penahanan tujuh orag nelayan Malaysia dan tiga orag pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh pihak berkuasa dari kedua-dua buah negara di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, utara Bintan, Kepulauan Riau, Jumaat lepas.
Kali ini ia melibatkan kira-kira 40 orang peserta daripada pertubuhan Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) yang terdiri daripada belia, mahasiswa dan suri rumah, yang berhimpun di depan bangunan kedutaan besar di Kuningan, Jakarta Selatan.
Sejumlah 100 orang anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan besar bagi mengelak peserta bertindak liar seperti yang berlaku Isnin lepas apabila sekumpulan 80 orang penunjuk perasaan daripada kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan