PILIHANKU

TAJAAN

21 Ogos 2010

REJIMEN ARTILERI DIRAJA....?

rad
REJIMEN ARTILERI DIRAJA
Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri yang sebahagian besar anggota ketika itu terdiri daripada bekas anggota Royal Artillery yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89 anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan. Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Capt N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Maj M. Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri Artileri untuk Tentera Persekutuan di semenanjung Tanah Melayu (Malaysia). 
PERANAN
Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan