PILIHANKU

TAJAAN

30 Jun 2010

S. SHAMSUDIN UZUR...?


30 Jun 2010

SINGAPURA

Rakan pelakon dan peminat tidak putus-putus 
ziarah S. Shamsudin

Oleh
Nuradilah Mahbob

DENGAN radio di bahu memainkan lagu asli kegemarannya, Perigi Biru, beliau akan berjoget
dan menyanyi di dapur untuk menyakat isterinya yang sedang memasak.
Namun sejak pelakon veteran S. Shamsudin jatuh sakit pada 2008,
beliau sedikit pun tidak mengendahkan lagu M. Daud Kilau itu apabila ia sengaja dimainkan
anaknya, Cik Noredah, 49 tahun.
'Beliau dah banyak berubah, tak macam dulu, suka mengusik sampai saya naik mengamuk,'
kata isterinya, Cik Puteh Ismoon, 74 tahun.
S. Shamsudin, yang kini dipanggil Pak Sudin, dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra
setelah jatuh ketika bangun dari katil di rumah anak bongsunya, Encik Mohd Ariffin,
di Bukit Batok Ahad lalu.
Apabila Berita Harian menziarahinya semalam, beliau, yang sedang tidur,
kelihatan amat kurus, tidak bermaya dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ahad lalu, doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan paru-paru.

Sumber: Berita Harian Singapura Online, 30/6/2010

LAGI KES BUANG BAYI...?

BUANG BAYI: Dua wanita ditahan


SEORANG anggota polis membawa bayi lelaki yang ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Mawar, Rawang semalam.


RAWANG - Tindakan pantas polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki dapat menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini semalam.
Suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran kawasan itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih bertali pusat itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek dari Taman Puchong Permai ditahan di sekitar Rawang dan bersama-sama wanita itu, pihaknya merampas uri yang telah dibuang olehnya berhampiran lokasi bayi itu dijumpai.
"Siasatan awal mendapati, bayi tersebut dipercayai baru sahaja dilahirkan semalam hasil daripada hubungan sulit suspek dengan teman lelakinya sejak Oktober tahun lalu.
"Suspek masih lemah ketika ditemui. Dia bersama bayinya dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi.
Sumber: Kosmo! Online, 30/6/2010

BANYAKNYA ANAK LUAR NIKAH...?

Gambar hiasan...?

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan - IIM

IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.
Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.
''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya.
''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/6/2010

AKSI KLASIK PERLAWANAN PORTUGAL - SEPANYOL...?

DUA WAJAH YANG BERBEZA...?


PIALA DUNIA 2010: PERLAWANAN SUKU AKHIR...?


JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR

Upcoming matches - Quarter-finals:
Netherlandsvs.Brazil-2 Jul 10:00pm (Malaysia (Kuching))
Uruguayvs.Ghana-3 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))
Argentinavs.Germany-3 Jul 10:00pm (Malaysia (Kuching))
Paraguayvs.Spain-4 Jul 2:30am (Malaysia (Kuching))

GOL PUAKA BUAT PORTUGAL...?


JARINGAN GOL YANG MERANAPKAN IMPIAN PORTUGAL
No stopping in-form Villa
Villa ends Portuguese dreams

Unbeaten in the group phase, Portugal keeper Eduardo had his unblemished record spoiled by the unstoppable David Villa on Tuesday evening. In scoring the only goal in Spain’s Round-of-16 win over the Portuguese, the Barcelona striker became La Roja’s top FIFA World Cup™ finals goalscorer, an indication of his inestimable worth to Vicente del Bosque’s side.
“Portugal were very tight at the back and their keeper was in great form,” said a magnanimous Villa after Spain had completed a slender 1-0 win. “They didn’t make it easy for us, but I got one sight on goal and luckily it was enough.”
“Their keeper was terrific,” said Spain midfielder Xavi in praise of the impressive Eduardo. “He made two or three great saves and even when we scored he made a superb stop from El Guaje.”

SUAMI CUT TARI SERBA SALAH...?

Yusuf belum mahu dakwa Cut Tari berzina

2010/06/30

JAKARTA: Suami Cut Tari, Yusuf Soebrata berada dalam keadaan serba salah berhubung
skandal seks isterinya, Cut Tari.
YUSUF menemani isterinya ketika disoal siasat oleh polis, semalam.
YUSUF menemani isterinya ketika disoal siasat oleh polis, semalam.
Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai perzinaan isterinya
walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya.
“Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaa Cut dengan Ariel,
bukan saja Ariel, malah isterinya juga akan berdepan dengan
masalah yang lebih berat,” kata seorang anggota polis yang turut
terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan penyanyi
utama kumpulan Peterpan, Ariel, Cut dan seorang lagi selebriti, Luna Maya.
 “Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu
menyebabkan Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina,” katanya.

Sementara itu, Cut disoal siasat buat kali kedua semalam.
Akhbar Internet, Detikhot, melaporkan pengacara televisyen yang juga pelakon
terkenal itu berada di ibu pejabat polis di Jakarta selama sembilan jam.
Cut yang enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan wartawan
bergegas memasuki keretanya sambil ditemani Yusuf. - Agensi

Sumber: Harian Metro Online, 30/6/2010

KAMUS AL-QURAN: Mendekatkan diri dengan KEBENARAN...?

pix_gal0
JUDUL: Kamus Al-Quran Rujukan Lengkap Kosa Kata dalam al-Quran 
PENERBIT: PTS Islamika Sdn Bhd 


Buku Kamus Al-Quran Rujukan Lengkap Kosa Kata dalam al-Quran menyenaraikan makna perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk selain menyenaraikan bilangan perkataan diulang dalam al-Quran. 

Buku ini turut menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan kaedah penafsiran ditetapkan sarjana tafsir bersandarkan sebab atau tujuan turunnya ayat supaya perkataan dapat difahami dengan lebih tepat termasuk makna yang tersirat. 



Tambahan, dalam perkembangan masyarakat hari ini semakin cenderung mencari bukti serta sokongan daripada al-Quran, ada kalanya tafsiran yang dilakukan tidak atau kurang tepat disebabkan tidak mendalami sepenuhnya tafsiran ayat dan perkataan digunakan. 



Hakikatnya, al-Quran sebagai manual panduan cara hidup umat keseluruhannya perlu diteliti dan didalami dengan berkesan supaya apa yang diajarkan dapat dilaksanakan mengikut peraturan sebenarnya. 

Sumber: Berita Harian Online, 30/6/2010

BUDAK SPIDERMAN...?

Pelajar jadi Spiderman


2010/06/30

LONDON: Seorang pelajar sekolah di Cambridge menukar dua pembersih hampa gas murah kepada peralatan Spider-Man yang membantunya memanjat dinding. 

Hibiki Kono, 13, seorang peminat setia super hero itu, membuat mesin memanjat luar biasa menggunakan dua penyedut hampa gas yang dibeli dari pasar raya Tesco Value.

Pelajar itu mengejutkan rakannya dengan menggunakan pad penyedut gergasi untuk memanjat dinding sekolah ketika perhimpunan sebelah pagi. – Agensi

GILA PIALA DUNIA: ANAK TIRI DIBUNUH...?

Bunuh anak tiri tak henti menangis


2010/06/30

CHICAGO: Seorang lelaki Texas dilaporkan membunuh anak tiri perempuannya berusia dua tahun kerana mangsa tidak berhenti menangis ketika dia menonton satu perlawanan Piala Dunia. 

Hector Castro, 28, memukul kanak-kanak itu dengan ganas sehingga memecahkan tulang rusuknya sebelum melemas-kannya ketika perlawanan di antara Amerika Syarikat dan Ghana Sabtu lalu, lapor The McAllen Monitor.
Dia kemudian membenamkan skru pada tekak budak itu untuk cuba menjadikannya satu kemalangan sebelum menelefon ambulans, menurut akhbar Texas terbabit.

Sumber: Berita Harian Online, 30/6/2010

KARIKATUR ISRAEL DAN GENGNYA...?

KARIKATUR  PERLAKUAN ISRAEL
Karya di bawah ialah karya Carlos Latuff, seorang kartunis berbangsa Latin yang menzahirkan keprihatinannya tentang isu Palestin melalui lukisan kartunnya. 








ISRAEL MARAH DISAMAKAN DENGAN NAZI...?

Israel bantah akhbar Mesir siar kartun gambarkannya Nazi

KAHERAH 29 Jun - Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.
Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.
Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.
Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.
"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/6/2010

SELAMAT TINGGAL PORTUGAL DAN JEPUN...?



KEPUTUSAN RASMI
2010 FIFA World Cup™: Round of 16

 - Add to iGoogle
Spain1:0Portugal-Highlights
Paraguay0 (5):0 (3)Japan-Highlights

29 Jun 2010

AWAN JENAZAH...?

Awan berbentuk jenazah

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua orang anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.
Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.
Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.
Sumber: Kosmo! Online, 29/6/2010

DOKTOR PALING MUDA DI ENGLAND...?

Gadis 21 tahun jadi doktor

RACHEL FAYE HILL


LONDON - Rachael Faye Hill yang baru berusia 21 tahun mencipta sejarah apabila dia menjadi doktor paling muda di Britain selepas memperoleh ijazah sarjana muda bidang perubatan daripada Universiti Manchester pada 14 Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rachael 'merampas' gelaran itu daripada Heenal Raichura yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti St. George pada tahun 2008 ketika berusia 22 tahun.
Kebanyakan institusi pendidikan tidak akan menerima pelajar memasuki bidang perubatan sehingga pemohon berusia 18 tahun.

TURKI: TUTUP RUANG UDARA KEPADA ISRAEL...?

Jet Israel dilarang terbang di Turki


ANKARA - Turki menutup ruang udaranya daripada digunakan sejumlah pesawat tentera Israel, laporan agensi berita Anatolia semalam.
Tindakan itu dibuat ekoran sebuah kapal bantuan kemanusiaan milik Turki ke Gaza diserang oleh anggota-anggota komando Israel mengakibatkan sembilan orang warga Turki terbunuh pada 31 Mei lalu. Namun larangan itu tidak melibatkan pesawat komersial.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat pengumuman tersebut semasa menghadiri persidangan Kumpulan 20 (G20) di Toronto, Kanada. Pada Ahad lalu, akhbar Israel, Yediot Ahronot melaporkan bahawa Turki tidak membenarkan sebuah pesawat yang membawa 100 anggota tentera Israel menuju ke Auschwitz, Poland melalui ruang udaranya.
Pesawat itu dipaksa membuat lencongan dan tentera Israel enggan memberi maklum balas secara rasmi kerana tidak mahu memburukkan hubungan dua hala yang kini tegang.
Tiada komen diperoleh daripada pejabat Perdana Menteri Israel berhubung kenyataan Erdogan itu.
Sumber: Kosmo! Online, 29/6/2010

MAMPUKAN JEPUN MEMECAH TEMBOK PENGUASAAN...?


BERJAYAKAH JEPUN MELAKAR SEJARAH...?
Japan
JEPUN
Paraguay
PARAGUAY
Spain
SEPANYOL
Portugal
PORTUGAL

PIALA DUNIA 2010: PERLAWANAN 29 - 30/6/2010...?


JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KE-2: 29 & 30/6/2010

Upcoming matches:
Paraguayvs.Japan-29 Jun 10:00pm (Malaysia (Kuching))
Spainvs.Portugal-30 Jun 2:30am (Malaysia (Kuching))