PILIHANKU

TAJAAN

30 Mac 2013

AV8 ASET PERTAHANAN NEGARA...?












Kerajaan telah memberi tempoh sehingga 2012 kepada syarikat pertahanan tempatan, Deftech di Pekan, Pahang untuk menyiapkan prototaip pertama AV8 PARS dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
PARS dengan ketebalan perisai Baseline 7.62mm yang mampu menahan robekan peluru raifle anti-material serta robekan Armour Piercing Rounds serta diklasifikasi dalam pertahanan tahap 4 (condor tahap 2).

Sistem kawalan pula menggunakan semi-automatic computer controlled pneumatic suspension – kawalan komputer separa automatik dan mampu digerakkan ke kawasan tempur dengan jarak operasi sejauh 1000 km.

KETUA PENGGANAS DIBUNUH PENGAWAL...?


Pengganas Azumuide bergaya dengan tangkal kebal!
Mungkinkah ketua pengganas si tua bangka ini telah terbunuh? Dan sungguh, malang jika benar berita yang mengatakan bahawa ketua pengganas upahan ini terbunuh oleh tangan pengikut setianya. Begitulah maklumat yang penulis baca daripada blog mymassa.com. Memang sepatutnya apabila kita selalu mendengar, buat jahat dibalas jahat. Pakailah tangkal sebesar mana sekalipun, ketentuan Allah tidak boleh dihalang. Lagipun tangkal-tangkal ini kerja khurafat. Pengganas Azumuide yang menimbulkan huru-hara di bumi Sabah memang selayaknya menerima balasan yang setimpal.

28 Mac 2013

ASET PERTAHANAN DI LIMA 13...?


Pasukan Sukhoi TUDM sedang membuat formasi sempena pembukaan LIMA '13

Pasukan akrobatik Rusia

Team Sukhoi Rusia

Jet Pejuang Rafale Dassault buatan Perancis

Jet Eurofighter Typhoon Bae

Aksi akrobatik KRISAKTI dari Malaysia

KD Laksamana

MARITIM Malaysia

RM50 JADI PENGGANAS SULU...?



Pengganas Sulu direkrutkan setelah membayar RM50. Borang-borang pendaftaran diedarkan kepada penduduk tempatan untuk menjadi pengganas Sulu untuk dihantar ke Sabah. Wang itu sebenarnya digunakan untuk membuat kad keahlian yang kosnya hanyalah RM5. Wang selebihnya adalah untuk perbelanjaan peribadi Sultan Sulu.
Sumber: Kosmo online!, 28/3/13

26 Mac 2013

KLATE GOMO PKNS 4 - 2...?


PIALA FA MALAYSIA 25 MAC 2013:-
  • KELANTAN VS PKNS FC: 4 - 2
Keputusan Kelantan vs PKNS 25 Mac 2013
Piala FA - Perlawanan Tertunda
Kelantan
4
VS
2
PKNS FC
Faiz Subri 4' (KEL) | Badri Radzi 10' (KEL) | Obinna 23' (pen.) (KEL) | Nizad Ayob 27' (PKN) | Zulharith 34' (og) (KEL) | HT | Helmi Loussief 53' (pen.) (PKN) | FT

25 Mac 2013

TOK GURU TETAP TANDING...?



KOTA BHARU 24 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13, sebaliknya terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.
Menteri Besar itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi pilihan raya umum ini, Pas Pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.
“Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding walaupun saya berkerusi roda, saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.
“Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar selama 22 tahun manakala di peringkat Pas Pusat, beliau menjadi Mursyidul Am Pas sejak tahun 1987.
Pada pilihan raya umum 2008, Nik Abdul Aziz yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Nik Zain Omar dengan majoriti 4,249.
Sumber: Utusan Malaysia, 24/3/2013

24 Mac 2013

MESY. AGUNG PIBG KE-37...!











MESYUARAT AGUNG PIBG KE-37/2013
21 MAC 2013
DEWAN SULTAN MUHAMMAD V

MALAYSIA VS PALESTIN...?



PERLAWANAN AMAL ANTARABANGSA
MALAYSIA VS PALESTIN
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN, PAHANG. 
26 MAC 2013
8.45 MALAM
Sokong untuk mambantu saudara kita di Palestin.

LITAR SEPANG...?



Litar F1 Sepang merupakan litar perlumbaan yang terletak di daerah Sepang. Berkedudukan hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan kira-kira 60 kilometer dari Ibu Kota Kuala Lumpur.

Sebelum kewujudan Litar F1 Sepang, terdapat dua litar yang pernah menjadi litar utama di Malaysia iaitu Litar Batu Tiga di Shah Alam dan Litar Pasir Gudang di Johor Bharu.

Litar F1 Sepang telah direka bentuk oleh Herman Tilke dari Jerman yang juga pernah mereka bentuk litar di Bahrain, Shanghai dan Turki. Pembinaan Litar F1 Sepang telah bermula pada tahun 21 November 1997 dan telah siap sepenuhnya, setahun kemudian iaitu pada November 1998. Kos permbinaan Litar F1 ialah sebanyak AS$120 Juta. Panjang kesleuruhan litar ialah sepanjang 5.543.00 kilometer.

Litar F1 ini telah dirasmikan pada 07 Mac 1999. Perlumbaan F1 sulung telah berlangsung di Litar Sepang pada Oktober 2009. Juara pertama yang telah dilahirkan ialah Eddie Ervine dari Team Ferrari.

23 Mac 2013

MALAYSIA MENANG 2 - 1...?

Malaysia menang ke atas Yemen dengan jaringan 2 - 1 setelah ketinggalan pada awal-awal permainan. Tahniah kerana menang dan memperoleh 3 mata di halaman sendiri.

22 Mac 2013

RAJAGOBAL YANG GAGAL...!

Jika tak pandai menari, janganlah nak disalahkan lantai yang tak rata. Kalau tak ada angin, manakan pokok bergoyang. Begitulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Rajagobal, jurulatih bola sepak pasukan negara. Isu terbaru yang dicetuskan jurulatih kebangsaan ini ibarat menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri. Rajagobal menuding jari mengatakan bahawa negara ketandusan pemain penyerang kerana dasar FAM yang membenarkan kemasukan pemain import, menyebabkan beliau gagal mendapatkan penyerang berkaliber untuk dibarisi dalam skuad negara. Orang ramai ingin bertanya, apakah tugas Rajagobal sebagai jurulatih yang diberikan kepercayaan penuh oleh FAM? Berapa lamakah lagi masa dan berapa banyak lagi program latihan yang diperlukan? Sedangkan keupayaan pasukan negara masih di takuk lama. Kita sering mendengar ulasan beliau yang sentiasa yakin dan percaya akan kebolehan pasukan, tapi akhirnya pasukan bola sepak Malaysia semakin hari semakin lemah.

20 Mac 2013

108 PENGGANAS DIDAKWA...?


LAHAD DATU: Sebahagian 108 suspek yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dijadikan Mahkamah Majistret sebagai mengambil langkah keselamatan. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, di sini, hari ini. 

BIAR PUTIH TULANG...?

MISUARI, KIRAM BERMAIN API
Akhbar-akhbar perdana negara menyiarkan berita-berita tentang perkembangan terbaharu pencerobohan Lahad Datu yang mula menampakkan fasa yang lebih kritikal. Contohnya, Utusan Malaysia menyiarkan berita ' Malaysia Penjajah - Misuari', 'Jamalul Kiram III isytihar perang gerila' sebagai tajuk di muka depan.
Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia menjajah Sabah dan Sarawak serta menjadi kuasa penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro.
Ketua pengganas Sulu iaitu Jamalul Kiram III pula mengisytiharkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia dan tidak akan berundur dari Sabah. 
Kes ini sebenarnya memang awal-awal lagi direncana oleh mereka dan mereka cuba bermain api dan cuba meraih simpati dunia akan tuntutan gila mereka terhadap kedaulatan negara Malaysia.
Biarkan mereka bermain api, akhirnya diri mereka sendiri yang terbakar....
Penghantaran aset pertahanan ke Sabah untuk menjaga kedaulatan negara...
Kereta perisai berantai Adnan
F-18D Hornet TUDM






19 Mac 2013

JUAL ORGAN MANUSIA...?

Percaya atau tidak bahawa sebenarnya ada segelintir manusia yang sanggup melapah daging manusia lain demi mendapatkan keuntungan. Di sebuah daerah di Rusia, terdapat sebuah tempat melapah mayat-mayat manusia untuk mendapatkan organ-organ tertentu seperti jantung, buah pinggang, tulang, mata, telinga dan sebagainya untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang sangat tinggi. Cuba lihat foto-foto di bawah, manusia menjadi haiwan gila apabila agama tiada di sisi.



18 Mac 2013

TEWAS KEPADA JUARA DUNIA...?

Padah tiga saat
Pukulan terakhir perlawanan rentap impian bergelar juara 
Ipoh: Skuad hoki negara terpaksa menggigit jari apabila misi menamatkan kemarau 30 tahun untuk bergelar juara berkecai apabila tewas 3-2 kepada Australia pada final Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-22, malam tadi, melalui jaringan Trent Mitten tiga saat sebelum perlawanan berakhir. Dengan perlawanan seakan berlanjutan ke masa tambahan, Mitten merembat kencang melepasi S Kumar, sekali gus menghancurkan hati ribuan penyokong tuan rumah dan membolehkan Australia mencipta kejuaraan ketujuh selepas melakukannya pada 1983, 1998, 2004, 2005, 2007 dan 2011. 

“Tewas dengan jaringan pada saat-saat akhir begitu memeritkan... amat mengecewakan. Bagaimana saya puas hati pemain dapat menyaingi Australia pasukan di ranking kedua dunia, serangan lawan dapat kita serap malah kita begitu hampir mengecewakan mereka," jurulatih negara Paul Revington

SEORANG LAGI PENGGANAS MAUT...?


Lagi pengganas ditembak mati
Lahad Datu, 17 Mac-  Pertempuran terbaru berlaku di Kampung Tanjung Batu, FELDA Sahabat 22 dekat sini, semalam menyebabkan seorang lagi pengganas Sulu terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang. Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, berkata dua pertempuran berlaku iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu. 


Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 

Sumber: Berita Harian Online