PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2013

ANGSA JURUFOTO ...?


Eh, eh.... angsa raksasa ke ni? Jika dah bergelar jurugambar.... tak tahu tempat, tak kira bahaya.... yang penting dapat angle yang paling baik....

28 Julai 2013

LEBIH 120 PENGIKUT MURSI DIBUNUH...?





KAHERAH 27 Julai - Lebih 120 orang penyokong Mursi terbunuh apabila pasukan polis khas Mesir yang memakai seragam hitam mula menembak ke arah orang ramai. Mereka sebenarnya berniat membunuh...! Kebanyakan mereka ditembak di bahagian kepala dan dada..


24 Julai 2013

BN KEKAL DI KUALA BESUT...?



Harap-harap tiadalah lagi cerita fasal black-out, Bangla import atau pengundi hantu lagi!
Tahniah BN dan takziah buat PAS. Adat bertanding; ada menang, ada yang kalah.

23 Julai 2013

PEROGOL DISEMBELIH (18SX)....?

Nasib seorang perogol di Alagoas, Brazil. Pesalah akan dihukum sembelih di khalayak ramai. Kemudian kepala perogol yang terputus dari badan pula akan dipamerkan kepada orang ramai dengan cara menggantung pada sebatang tiang di tepi jalan. Jika hukuman begini dikuatkuasakan di tempat kita, alamak tiada lagilah kes-kes rogol. Mesti perogol hilang nafsu.....!

21 Julai 2013

TRAGEDI LETUPAN KUARI DI JOHOR...?

SENAI- 20 JULAI
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari itu telah menyebabkan seorang maut manakala 10 yang lain cedera.

Kejadian tersebut turut menyebabkan kerosakan harta benda akibat terkena bongkah dan serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Jalan Bukit 2, kawasan Malaysia Industrial Ester Limited (MIEL) Bandar Seri Alam.


20 Julai 2013

MAUT DIGILIS...?

Foto
Alor Setar: “Arwah sudah membeli dua helai jubah dan kasut untuk menyambut Aidilfitri nanti serta membeli sofa baru untuk ibunya sehari sebelum Ramadan lalu menggunakan gaji pertamanya.
“Tak sangka Alia akan pergi buat selama-lamanya apatah lagi pada bulan puasa ini, tetapi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” kata Rokiah Abu Bakar, 73, nenek kepada Noralia Norazizan, 20, yang maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai merempuh Proton Wira diletakkan di bahu jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Sungai Mati, Langgar, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Simpang Kebun 500, Jabi, dekat sini, untuk ke tempat kerjanya di taska Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.


Difahamkan, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai merempuh bahagian kanan belakang Proton Wira di bahu jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 10 meter dari tempat kejadian.
Mangsa dipercayai digilis kenderaan dari arah sama di lokasi kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian perut dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber: Metro online

19 Julai 2013

KUIH KEPEK HIDUNG...?


Kuih Bunga atau popular juga di Kelantan dengan gelaran Kuih 'Kepek Hidung' amat dicari-cari oleh peminat terutamanya pada bulan Ramadan. Kuih yang begitu sempoi ini diperbuat daripada tepung beras pulut dan dicampur sedikit dengan tepung beras biasa kemudian diuli dengan sedikit air dan digoreng setelah dicelup dengan adunan telur ayam.
Kuih 'kepek hidung' ini dihidangkan dengan meletakkan sedikit gula di atasnya.

SAMSUNG ATIV S...?


LEBIH ringan dan nipis sehingga kehadirannya hampir tidak dirasai menjadikan Samsung ATIV S pilihan terbaik buat mereka yang mengambil berat soal penampilan dan gaya.
ATIV S merupakan antara telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung bagi mencari kelainan dalam barisan gajet pintar tersebut.
Selain reka bentuk, sistem operasi telefon itu turut ditukar kepada Windows Phone 8 berbanding Android yang sering digunakan sebelum ini.
Hanya setebal 8.7 milimeter (mm) menjadikan ATIV S sangat nipis dan ringan dan terasa amat janggal bagi mereka yang menggunakannya buat pertama kali.
Selain nipis, paparan skrin seluas 4.8 incinya juga memudahkan penggunaan ATIV S sebagai medium untuk membaca e-mel e-book mahupun apa jua laman web kesukaan pengguna.
Skrin LCD dengan teknologi AMOLED, HD (1,280 x 720) bersama Corning Gorilla Glass 2 menjadikan paparan lebih terang dan jelas biarpun anda berada di bawah terik mentari.
Pancaran matahari berjaya diserap dengan baik sekali gus mengurangkan pantulan cahaya serta kesan silau ke arah pemiliknya.

Sumber: Utusan online. 8/7/2013

BAHANA DOPING...?


KINGSTON, Jamaica - Syarikat pengeluar barangan sukan China, Li-Ning semalam menggantung penajaan Asafa Powell selepas bintang pecut Jamaica itu gagal ujian doping dan diletak di bawah siasatan jenayah di Itali kerana melanggar undang-undang anti-doping negara itu.
Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan berkata, mereka menghormati segala usaha dan kerja keras yang telah dilakukan oleh Powell selama beberapa tahun ini, tetapi mereka perlu menggantung penajaan dengan bekas pemegang rekod 100 meter dunia itu selagi siasatan masih berjalan.
Pengumuman tersebut dibuat beberapa hari selepas Powell dan seorang lagi bintang pecut Jamaica, Sherone Simpson diuji positif mengambil bahan perangsang yang diharamkan, Oxilofrone pada kejohanan olahraga kebangsaan, bulan lalu.

Sumber: Utusan online, 17/7/2013



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20130719/sl_06/Pengeluar-barangan-sukan-Li-Ning-gantung-penajaan-Powell#ixzz2ZRXDPLGx 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

LAGI GURU DITEMBAK...!


KULIM 18 Julai - Tidak sampai dua minggu selepas seorang guru penolong kanan mati ditembak di Bachok, Kelantan, seorang lagi guru menerima nasib sama selepas ditembak dua lelaki di Simpang Empat Keladi di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 12.25 tengah hari ketika K. Shanmugam, 45, dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam dekat sini.
Sebaik sahaja tiba di lokasi terbabit iaitu berhampiran satu persimpangan lampu isyarat, dua lelaki bermotosikal menghampiri bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya lalu melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Sumber: Utusan Online, 18/7/2013

KEKEJAMAN DI SYIRIA...?


Ketika kita menikmati saat bahagia menyambut Ramadan, bulan barakah, jangan sesekali kita lupa mendoakan kesejahteraan buat rakyat Syria, terutamanya kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa manusia bersifat haiwan. Ya Allah, Engkau tamatkanlah penderitaan rakyat Syria yang tidak berdosa di tangan manusia bertopengkan syaitan. Ya Allah, Engkau hancurkanlah mereka itu dengan tentera-tentera ghaib-Mu.

ISTERI DUNIA AKHIRAT...?


Berapa ramaikan kaum isteri yang sanggup berkorban hingga ke tahap ini?

17 Julai 2013

SENYUM RAMADAN...?


Balik kampung.... Aidilfitri dah dekat...!
Boleh menangkah team Rajagopal dengan pasukan ini...??
Di hujung nyawa....

16 Julai 2013

RUMAH NABI...?

Beberapa keping foto yang berkaitan dengan sejarah kehidupan dan perjuangan Rasulullah yang dipertontonkan sempena pameran 'sirah Nabi Muhammad SAW yang diadakan di Madinah Munawarah, baru-baru ini.
DSC_0869
Model gambaran rumah junjungan besar Nabi Muhammad SAW
DSC_0874
Model rupa bentuk asal masjid Nabawi
DSC_0876
Model rupa bentuk tiang-tiang asal masjid Nabawi

LAGI LAWAK RAJAGOBAL...?

'MENANG TAK PENTING'
K. Rajagobal
Kelana Jaya: Mentaliti dan falsafah Datuk K Rajagobal masih tidak berubah setiap kali skuad Harimau Malaya turun beraksi dalam perlawanan persahabatan. Semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan itu seperti biasa menegaskan dia tidak terlalu mementingkan kemenangan pada aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 
......... Habis tu apa guna hang dok latih budak-budak tu, bawak mereka ke Australia lagi.... Baik tak payah berlatih, buang tenaga, duit.... kalau asyik kata "menang tak penting".

Sumber: Berita Harian online

DOA QUNUT...?


https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/555199_526851424014803_78844735_n.jpg

NERAKA DUNIA...?



Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat semalam mendedahkan gambar nyalaan api di permukaan matahari.
Gambar itu dirakamkan pada 16 Mac 2013 lalu.
Ia menunjukkan terdapat percikan api yang terkeluar dari permukaan matahari. 

BAYI KING KONG...?


NEW YORK 13 Julai - Seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) melahirkan bayi lelaki seberat 6.2 kilogram, kelmarin, dipercayai bayi terbesar pernah direkodkan di mana-mana hospital di Pennsylvania.
Bayi diberi nama Addyson Gale Cessna itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan cesarean di Hospital Memorial Armstrong County di Kittanning dengan ukuran 63.5 sentimeter panjang.

Sumber: Utusan online



BUDAK HANCUR TANGAN

JOM MAIN MERCUN...!


KOTA BHARU 15 Julai 2013 - Gambar yang diperoleh hari ini menunjukkan keadaan tangan kiri Ahmad Fuad Jaafar yang kehilangan beberapa jari setelah mercun buatan sendiri meletup dalam genggamannya di Kampung Teluk Kandis di sini pada Sabtu lalu . - UTUSAN

Sumber: Utusan online 15/7/2013

PIA AKAN BERPINDAH...?


Terdengar ura-ura Pia atau nama penuhnya Mohd Badhri Radzi telah dirisik-risik oleh pasukan bola sepak di hujung selatan sana. Menurut sumber, Pia amat diperlukan pasukan tersebut yang nyata begitu lemah di posisi tengah. Mereka mahu menggabungkan Pia dengan dua orang lagi bekas pemain TRW yang telahpun dibeli pada tahun lepas. Kes terbaru yang melibatkan ketua pasukan Kelantan ini pula ialah kegagalan beliau melaporkan diri di kem latihan pasukan negara yang kini dikendalikan oleh Rajagobal.

14 Julai 2013

RIBUT DI PP: DUA MAUT...?


PULAU PINANG 13 Jun - Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.
Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.
Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.
“Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini


Sumber: Utusan online 14/7/2013

SKMM BARU NAK SIASAT...?

SKMM: LEMAH DAN LEMBAB...
KUALA LUMPUR 14 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.
"SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal.
Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara.
"SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan," katanya.


Sumber: Utusan online, 14/7/2013

13 Julai 2013

PASANGAN BABI...?

Hari ini umat Islam Malaysia diuji sekali lagi dengan isu 'Bat Kut Teh' oleh pasangan 'babi' iaitu Alvin dan Vivian yang tergamak mempersendakan agama dan perasaan seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan ibadat mulia, puasa Ramadan. Mereka berdua secara terang-terangan bertanggungjawab menghina dan mempersendakan ibadat puasa Ramadan serta umat Islam dengan cara yang paling melampau iaitu dengan seolah-olah mengajak umat Islam berbuka puasa dengan makanan yang haram bagi orang Islam iaitu 'Sup Tulang Babi'. "Selamat Berbuka Puasa, dengan Bat Kut Teh, wangi, enak dan menyelerakan" dan disertakan pula dengan logo halal Jakim, memang sengaja mempunyai niat yang jelas untuk menghina umat Islam.

Sebagai umat Islam yang bermaruah, sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan sebagai sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab, kita, kerajaan dan Jakim perlu mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pasangan biadab ini, agar mereka berdua sedar, betapa beratnya kesalahan yang mereka lakukan. Bangsa Cina, MCA, Gerakan dan DAP tidak bersalah. Kita hanya perlu mengambil tindakan terhadap mereka berdua sahaja. Hanya segelintir sahaja orang Cina yang sanggup mempersendakan rakan taulan mereka dari kalangan orang Melayu Islam.

Catatan: Bat Kut Teh ialah Sup Tulang Babi

UMAR MUKHTAR...?




Lihatlah betapa zalimnya tentera kafir Itali menghukum gantung pejuang Islam Omar Mukhtar...!
Omar Mukhtar (ataupun Omar Al-Mukhtar) dari Mnifa merupakan pemimpin pergerakan penentang terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an. Beliau dihukum bunuh pada tahun 1931. Tahun-tahun terakhirnya diabadikan dalam filem The Lion of the Desert (1981),arahan Mustapha Akkad.
Omar Al-Mukhtar telah dilahirkan di timur Cyrenaica, daerah Butnan di kampung Janzour yang terletak di timur Tobruq, di Wilayah Tripolitania milik Empayar Uthmaniyyah. Beliau menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda dan diambil menjadi anak angkat oleh Sharif al-Ghariani. Beliau mendapat pendidikan awal di masjid tempatan dan kemudian belajar selama lapan tahun di Universiti Senussi di Jaghbub, yang juga merupakan markas Gerakan Senussi. Pada 1899, beliau dihantar dengan ahli Senussi yang lain untuk membantu Rabih az-Zubair dalam penentangan melawan Perancia di Chad.

SOLAT TERAWIH PENYOKONG MURSI...?

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1001856_203427556482182_2132008813_n.jpg

Solat sunat Terawih pada malam pertama Ramadan di Medan Rabiatul Adawiyah oleh pengikut Mohammed Mursi. Di sekitar dataran inilah lebih 40 orang penyokong Mursi syahid ditembak tentera Mesir ketika menunaikan solat Subuh.

KEHANCURAN SYRIA...?

A general view shows damaged buildings on a deserted street in the besieged area of Homs
A view shows damaged buildings in the besieged area of Homs
A general view shows damaged buildings on a deserted street in the besieged area of Homs
A general view shows damaged buildings on a deserted street in the besieged area of Homs

12 Julai 2013

4 INDON HANGUS KECELAKAAN...?


Keadaan kereta MPV Toyota Innova yang hangus rentung dan membunuh 4 orang penumpang. 3 mayat rentung sehinggakan sukar untuk mengenali jantina dan pemandunya meninggal di tempat kejadian akibat kepalanya hancur kerana tercampak keluar beberapa meter.
Kemalangan yang berlaku di km 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, pagi 10 Julai 2013 membabitkan 4 warga Indonesia.
MPV itu dikatakan meletup selepas melanggar lori 10 tan menyebabkan 3 penumpangnya terperangkap.

PRK KUALA BESUT PANAS...?


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Kuala Besut, IPD Besut, Terengganu, hari ini. 

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional (BN) N01 Kuala Besut, Tengku Zihan Che Ku Abdul Rahman, 37 (tiga dari kiri) pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Kuala Besut, IPD Besut, hari ini. - Foto Aswadi Alias
Azlan Yusof, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Long telah dipilih sebagai calon PAS untuk pilihan raya Kecil Kuala Besut. Nama beliau diumumkan sendiri oleh Presiden PAS Tuan Haji Hadi Awang di Kampung Nail Kuala Besut.
Ustaz Azhar Idrus pernah disebut-sebut sebagai calon PAS di Kuala Besut...


11 Julai 2013

JET PEJUANG TANPA PILOT...?

An X-47B pilot-less drone combat aircraft comes to a stop after landing on the deck of the USS George H.W. Bush off the coast of Norfolk
USS GEORGE H.W. BUSH (Reuters) - Sebuah jet tanpa pilot AS menjalankan manuver pada Rabu lalu dianggap yang paling mencabar dalam penerbangan laut - mendarat di atas kapal pengangkut pesawat - dalam satu peristiwa yang mengangkat harapan  Drone dengan peninjauan dan menguji keupayaan di atas kapal.

A Northrop Grumman pesawat X-47B digelar "anjing masin 502" meluncur keluar dari langit mendung di luar pantai Virginia selepas penerbangan dari Patuxent River Naval Air Station dan menjatuhkan ekor untuk terperangkap pada kabel di atas dek USS George HW Bush yang belayar di Lautan Atlantik.

"Ia bukan sering dilihat bahawa anda mendapat peluang untuk melihat masa depan, tetapi itulah yang kita perlu lakukan hari ini," kata Setiausaha Tentera Laut Ray Mabus, yang menyaksikan pendaratan dan menyamakannya dengan pendaratan pesawat dikendalikan pilot pada abad yang lalu.

Sumber: Yahoo.com

PIALA MALAYSIA 2013...?

Mungkinkah menjadi milik TRW..?
KUALA LUMPUR - Bahang saingan Piala Malaysia 2013 bakal menemui peminat bola sepak negara pada 17 Ogos ini dengan sesi pengundian kumpulan akan diadakan secara langsung di Astro Arena pada 27 Julai di Menara Telekom Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, tiada perubahan tarikh pengundian walaupun ada beberapa pengurus pasukan mahukan ia dilakukan lebih awal berbanding 27 Julai.
‘‘Ada beberapa pasukan seperti Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahukan jadual pengundian ini disegerakan kerana memudahkan mereka melakukan persiapan seperti perlawanan persahabatan setelah mengetahui lawan masing-masing.
‘‘Namun, setelah berbincang dengan pihak penaja iaitu Astro Arena, tarikh itu terpaksa ditetapkan pada 27 Julai juga seperti mana yang telah dirancang sebelum ini kerana atas alasan tertentu," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia, semalam.
Serentak itu, Hamidin memberikan jaminan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 Oktober tidak memberikan sebarang masalah kepada persiapan pasukan kebangsaan walaupun berdekatan dengan aksi kelayakan Piala Asia 2015 iaitu menentang Bahrain pada 15 Oktober di Stadium Shah Alam.
Jelasnya, tempoh 11 hari akan diberikan kepada jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, untuk melakukan persiapan menyeluruh selepas berakhir saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.
‘‘Persiapan skuad kebangsaan tidak terganggu dengan kerancakan Piala Malaysia kerana semasa saya masih berada di Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), kami telah memastikan masa yang secukupnya untuk latihan pasukan kebangsaan.
‘‘Dari 5 Oktober iaitu sebaiknya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia sehingga menjelang hari perlawanan dengan Bahrain pada 15 Oktober, itulah masa yang kami akan berikan kepada Rajagobal, jadi saya tidak fikir akan ada satu masalah.
‘‘Selepas perlawanan dengan Bahrain, separuh akhir kedua Piala Malaysia akan kembali disambung pada 19 Oktober dan perlawanan akhir pula 26 Oktober," katanya.
Sebanyak 16 pasukan yang bertanding akan diasingkan dalam empat balang berbeza mengikut senarai terakhir kedudukan Liga Super manakala juara Liga Perdana, Sarawak dan Sime Darby yang muncul naib juara akan diletakkan balang ketiga bersama-sama pasukan yang berada di tangga ke-9 serta 10 liga, Terengganu dan T-Team.
Juara Liga Super, Lions XII diikuti Selangor, Johor Darul Takzim dan Kelantan berada dalam balang pertama sementara Pahang, ATM, Perak dan PKNS FC menjadi empat pasukan yang ditempatkan pada balang kedua.
Balang keempat terdiri daripada dua pasukan Liga Perdana, Johor dan Kedah, manakala dua slot lagi akan ditentukan melalui pemenang perlawanan Felda United-Pos Malaysia dan Negeri Sembilan-Sabah.

Sumber: Utusan online, 10/7/2013


S

HARIMAU MUDA KE SLOT SUKU AKHIR...?

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan apabila Itali hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Great Britain.
Ini bermakna skuad Harimau Muda berada di tempat kedua di belakang Great Britain selepas mereka mencatat satu kemenangan dan satu kalah, sambil berbekalkan dua jaringan serta dua bolos.
Berbeza dengan Itali yang hanya menjaringkan satu gol sahaja dan dua bolos. Mereka tewas 0-2 kepada Harimau Muda pada perlawanan pertama.
Great Britain yang muncul juara kumpulan juga mencatat sekali menang dan sekali tewas namun mereka hanya bolos satu gol dan telah menjaringkan dua gol. -

Sumber: Utusan online, 10/7/2013



10 Julai 2013

MURSI MUNGKIN DIPILIH SEMULA...?

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/p480x480/1002289_203157376509200_66225593_n.jpg
Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan.
Pengkaji politik Dr El-Gawady menegaskan bahawa ada kemungkinan kuasa presiden Dr Mursi yang dipilih rakyat akan dapat dikembalikan dengan syarat penyokongnya dapat bertahan dalam perhimpunan di medan-medan utama.
Menurut kenyataan beliau kepada AlJazeera.net, sejarah membuktikan perpecahan dalaman tentera seperti yang pernah berlaku di Venezuela akhirnya membolehkan pengembalian kuasa kepada presiden yang dipilih rakyat. Beliau juga menyifatkan bahawa terdapat perpecahan dalaman tentera melihat kepada beberapa kenyataan tentera.
Beliau menjangkakan tentera akan berundur sekiranya penunjuk perasaan pro-Mursi dapat terus bertahan.
Sumber : IkhwanOnline

09 Julai 2013

35 MAUT KETIKA SOLAT SUBUH...?

MESIR DI AMBANG PERANG SAUDARA?
Akhbar-akhbar utama hari ini memaparkan berita tentang pembunuhan beramai-ramai penyokong Mohammed Mursi oleh tentera Pengawal Republikan. Sebanyak 35 orang maut ditembak ketika menunaikan solat Subuh berdekatan Masjid Rabaa Adawia. Mereka adalah sebahagian daripada 51 orang yang terbunuh apabila tentera melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan peluru hidup.

Negara Mesir kini di ambang perang saudara. Mungkinkah sebuah lagi negara Islam akan bermandikan darah yang akan mengikut jejak Syria? Jika benar, maka akan tersenyum lebarlah musuh-musuh Islam terutamanya Israel melihatkan pesaingnya tunduk rebah kerana dek perbalahan sesama sendiri. Mungkinkah krisis yang berlaku di Mesir kini didalangi oleh ejen-ejen Israel dan Amerika? Mungkinkah musuh-musuh Islam mengambil kesempatan di atas pergolakan pihak-pihak pro-Mursi dan penentang-penentangnya. Atau mungkinkah pembunuhan di Masjid Rabaa Adawia itu dirancang oleh ejen-ejen Israel yang mahu melaga-lagakan rakyat Mesir? Selepas kejatuhan pentadbiran Ikhwanul Muslimin, siapalah lagi yang sanggup membela nasib orang-orang Palestin?