Blog ini mengkhususkan diskusi tentang isu-isu utama yang menjadi topik perbincangan semasa yang mencabar minda semua. Hala tuju diskusi lebih kepada pendirian yang tidak memihak dan bersifat telus serta adil.
PILIHANKU
TAJAAN
21 Mei 2012
BABI GILA...?
BABI GIAN INTERNET...
MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.
Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.
Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.
"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.
Sumber: Kosmo Online, 21/5/2012
KLATE GOMO PIALA FA 2012...?
KOTA BHARU 20 Mei 2012 - Juara Piala FA 2012, The Red Warriors disambut penyokong sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini. -UTUSAN/Rosni Masri
Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/5/2012
19 Mei 2012
KELANTAN CIPTA SEJARAH BOLA...?
The Red Warriors telah muncul sebagai juara baharu Piala FA setelah mengalahkan Sime Darby 1 - 0 dalam perlawanan akhir Piala FA sebentar tadi. Gol hasil jaringan melalui sepakan penalti oleh Mohammad Gaddar melenyapkan impian besar pasukan kerdil seperti Sime Darby mencipta sejarah bola sepak Malaysia. Kejayaan Kelantan menjuarai piala FA pada malam ini melengkapkan hajat Kelantan untuk menjuarai semua piala yang dipertandingkan oleh FAM.
- 2010 - JUARA PIALA MALAYSIA
- 2011 - JUARA PIALA LIGA SUPER
- 2012 - JUARA PIALA FA
13 Mei 2012
RIANG RIA SEBELUM AJAL...?
Inilah wajah-wajah riang 11 orang pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulung pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat beberapa hari lepas.
Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka.
FOTO-FOTO TERAKHIR...
Renung-renungkan.
Langgan:
Catatan (Atom)