PILIHANKU

TAJAAN

30 September 2010

PELIK TAPI BENAR (18sx)....?

BETIS TERTUSUK KAYU KETIKA BERBASIKAL


ANGKARA JUDI DALAM VIDEO GAMES, KAWAN DIKERAT-KERAT...?


MASAK ANAK SENDIRI...?

KERANA MABUK, MERCUN PUN DIMAKAN....?

Dunia kini makin pelik...? Kes-kes yang berlaku di sekeliling kita, kadang-kadang memang pelik dan sukar diterima oleh akal yang sempurna. Manusia kadangkala sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan sehingga binatang pun terpaksa mengaku kalah....?

CERMIN DIRI SENDIRI...?

PAS minta PKR henti salahkan UMNO, BN

2010/09/30

KUALA TERENGGANU: PAS meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya merawat masalah dalaman parti itu dengan bijaksana dan berhenti mendakwa kemelut dalamannya disebabkan dalang dari luar, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib, berkata tiada sebab BN bersusah payah untuk mengucar-ngacirkan PKR, melainkan masalah itu berpunca daripada parti itu sendiri yang disifatkannya tidak tahu menjaga diri.

Sumber: Berita Harian Online, 30/9/2010

WANG JUDI KERAJAAN PP DITOLAK...?


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ihsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din



KEPALA BATAS 29 Sept. - ''Kami rasa cukup terhina. Kalau tahu, satu sen pun kami tak nak."
Itu antara luahan sekumpulan warga emas dan fakir miskin yang bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian.
Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan rasa marah dan kesal berikutan pengakuan kerajaan negeri menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan di negeri ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/9/2010

PELAJAR MALAYSIA DI NY MAUT LANGGAR LARI...?

Pelajar Malaysia, Yee Hao Chiel maut kemalangan di NY

30/09/2010 8:27am

NEW YORK 30 Sept. – Seorang pelajar Malaysia terbunuh dalam satu kejadian langgar lari di utara New York, Selasa lalu.
Menurut kenyataan polis, pelajar terbabit, Yee Hao Chiel, 20, sedang menunggang basikal pada pukul 5 petang Selasa (5 pagi semalam waktu Malaysia) sebelum dia dilanggar sebuah trak di kawasan itu.
Polis semalam memberitahu, satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi menyiasat serta mengenal pasti pemandu trak berkenaan. - AP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/9/2010

AMARAN TSUNAMI...?

GEMPA 7.4 SKALA RITCHER
JAKARTA 30 Sept. - Satu gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di timur Indonesia lewat malam tadi dan amaran tsunami telah dikeluarkan. 

MU, TOTTENHAM MENANG...?

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (29/9/2010)

  • INTER MILAN VS BREMEN: 4 - 0
  • VELENCIA VS MANCHESTER UNITED: 0 - 1
  • TOTTENHAM HOTSPURS VS TWENTE: 4 - 1
  • RANGERS VS BURSASPOR: 1 - 0
  • SCHALKE VS BENFICA: 2 - 0
  • RUBIN KAZAN VS BARCELONA: 1 - 1
  • HAPOEL TEL AVIV VS LYON: 1 - 3
  • PANATHINAIKOS VS FC COPENHAGEN: 0 - 2
Rafael van der Vaart scores his goal against Twente.
Rafael van der Vaart scores his goal against Twente.
Samuel Eto'o slips the ball under Tim Wiese
Samuel Eto'o slips the ball under Tim Wiese
Javier Hernandez slots the winning goal for Manchester United
Javier Hernandez slots the winning goal for Manchester United

29 September 2010

PAS YAKIN MENANG DI GALAS...?


PAS yakin pertahan Galas
Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan
PAS yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil nanti.
Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan
sokongan rakyat  yang semakin meningkat kepada parti itu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ditambah
lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima
selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.
Menurutnya, sekiranya Umno bercadang untuk meletakkan
calon anak tempatan, PAS juga berhasrat sedemikian.
“PAS tidak ketandusan memilih calon dalam pilihan raya itu
nanti, memandangkan begitu ramai mereka yang berwibawa,
” ujarnya kepada media selepas pada majlis anjuran Kolej
Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill Kampus Kota Bahru,
 di sini, pagi ini. Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi
Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta
sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.
Beliau juga berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon
PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Sumber: Harakahdaily, 29/9/2010

BENCANA TANAH RUNTUH DI MEXICO....?




At least 11 people are missing after a landslide triggered by relentless rain buried homes in a town in southern Mexico, the interior minister has said.
Earlier on Tuesday both, Ulises Ruiz, the Oaxaca state governor, and President Felipe Calderon said that at least seven people had been killed and 100 others were missing.

LAGI NELAYAN INDON MENCEROBOH...?

12 nelayan Indonesia ditahan di dua lokasi

KAPTEN Maritim Ang Cheng Hwa (kiri) menunjukkan 12 orang warga Indonesia yang ditahan di perairan Perak, semalam.

LUMUT 28 Sept. - Dua beradik antara 12 orang nelayan warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki menangkap ikan secara haram di dua buah lokasi berasingan di perairan Perak dekat sini semalam.
Kedua-dua mereka berusia 15 dan 23 tahun itu ditahan bersama-sama 10 orang lagi nelayan berusia 21 hingga 53 tahun ketika sedang menangkap ikan berhampiran Pulau Jarak.
Kejayaan tersebut merupakan kes tangkapan kali ke-11 dan ke-12 melibatkan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negeri itu sejak Januari lalu.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3, Kapten Maritim Ang Cheng Hwa berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, sepasukan 36 anggota Maritim Malaysia diketuai Leftenan Komander Mohd. Zaki Zakaria, melakukan rondaan rutin menggunakan kapal KM Marlin di kawasan terbabit.
Beliau berkata, pasukan terbabit terserempak dengan sebuah bot dinaiki empat lelaki sedang leka menangkap ikan secara merawai di 18 batu nautika (32.4 kilometer) barat Pulau Jarak di sini.
"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tiada kebenaran menangkap ikan yang sah.
"Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang akhbar di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/9/2010

PENERJUN WANITA AUSTRALIA MAUT...?

ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam  mengangkat mayat  wanita yang maut ketika membuat latihan terjunan di Menara Alor Setar, semalam.
ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat wanita yang maut ketika membuat latihan terjunan di Menara Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR: Seorang penerjun wanita warga Australia maut apabila payung terjun yang digunakan ketika melakukan latihan ‘base jump’ di Menara Alor Setar, di sini, gagal berfungsi, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tantikey Lie Marion, 42, dipercayai sedang menjalani latihan penerjunan bersama tiga orang lagi rakannya untuk program ‘KL Tower International Jump’ yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan di Menara Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian Online, 29/9/2010

CHELSEA, ARSENAL MENANG....?

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (28/9/2010)

  • AJAX VS AC MILAN: 1 - 1
  • AUXERRE VS REAL MADRID: 0 - 1
  • FC BRAGA VS SHAKHATAR DONETSK: 0 - 3
  • SPARTAK MOSCOW VS MSK ZILINA: 3 - 0
  • FC BASEL VS BAYERN MUNICH: 1 - 2
  • AS ROMA VS CFR CLUJ-NA: 2 - 1
  • PARTIZAN VS ARSENAL: 1 - 3
  • CHELSEA VS MARSELLE: 2 - 0
Nicolas Anelka scores from the spot
Nicolas Anelka scores from the spot
Sebastien Squillaci heads home Arsenal's vital third goal
Sebastien Squillaci heads home Arsenal's vital third goal
Bastian Schweinsteiger turns to celebrate after bagging Bayern's late winner
Bastian Schweinsteiger turns to celebrate after bagging Bayern's late winner
Zlatan Ibrahimovic scores on his old stomping ground
Zlatan Ibrahimovic scores on his old stomping ground      


Sumber: ESPN Soccornet, 29/9/2010





BERLAGAK BIJAK TAPI......?

Benjamin Stephen.... mencerca Islam dan Nabi Muhammad SAW

Polis buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru, mengikut Akta Hasutan 1948.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, PDRM telah diarah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat tindakan seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam.
Beliau berkata, ceramah yang dimuat naik ke dalam laman web YouTube itu merupakan satu tindakan biadab dan boleh mengugat keharmonian negara.
Beliau yang berang dengan perbuatan itu meminta PDRM merujuk kepada pejabat Peguam Negara merangka tindakan boleh diambil terhadap paderi terbabit.
Akhbar melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.
Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/9/2010

Komen penulis: Jika dia benar-benar paderi, dia tak bodoh macam tu....?

28 September 2010

GROWTH HORMONE (Gh) KEKAL AWET MUDA...?

HORMON GH
Gh merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pineal di otak kita. Kegunaannya ialah untuk tumbesaran. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa gh berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh. Bagi orang dewasa pula ia berperanan memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.
Pada usia 30-an jumlah gh yang dirembeskan oleh seseorang akan berkurangan. Pemeriksaan darah menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia lima puluhan kekurangan ketara akan berlaku. Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serius.
Peranan Gh:
Menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ dalam tubuh kita. Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil, saiz badan kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormon ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku.
Simptom kekurangan gh akibat penuaan:
  • Rambut menjadi semakin tipis.
  • Wajah pipi menjadi kendur dan kulit pada mata menjadi kendur, bibir tampak nipis, tulang hidung dan tulang rahang menjadi nipis membuatkan wajah tampak layu.
  • Leher kulit menggeleber pada leher.
  • Tangan semakin halus dan meruncing .Kuku kelihatan jaluran putih. Tapak tangan kelihatan lebih rata disebabkan pengecutan otot-otot pada tapak tangan.
  • Berasa kurang sihat meskipun tidak ada apa-apa masalah.
  • Keyakinan diri merosot.
  • Kurang efisien dalam menjalankan tugasan harian terutamanya yang memerlukan multiple tasking.
  • Kurang kawalan diri. Berbicara dengan kasar dan mudah panik. Mudah berasa tertekan apabila menghadapi sesuatu peristiwa.
  • Memerlukan tidur yang lebih banyak daripada biasa dan mudah letih jika kurang tidur.
  • Mudah menjadi gemuk biarpun mengamalkan diet yang ketat.
  • Mudah berasa sejuk.
  • Bagi lelaki ramai yang mengalami masalah seksual.
  • Selera kepada daging dan protein hilang disebabkan anabolic yang rendah.
  • Risiko penyakit yang mudah diperoleh ialah masalah jantung dan darah tinggi, peningkatan kadar kolestrol di dalam darah, kegemukan, kencing manis type 2.
Sumber: Utusan Malaysia Online

SELUDUP GADING KE MALAYSIA...?



Bukan sahaja dadah, malah warga Afrika kini semakin berani apabila cuba menyeludup gading gajah dan tanduk badak sumbu pula ke negara ini.
Begitulah dilakukan sekumpulan sindiket dari Kenya, Afrika. Bagaimanapun cubaan mereka menyeludup gading dan tanduk haiwan-haiwan yang bernilai jutaan ringgit itu gagal apabila dihidu pihak berkuasa negara berkenaan, Sabtu lalu.
Gading dan tanduk haiwan dilindungi itu ditemukan tersimpan di dalam 12 buah kotak kayu besar yang diisytiharkan sebagai buah avocado di Lapangan Terbang Jomo Kenyatta Nairobi, Kenya.
Kejayaan tersebut diperoleh semasa pemeriksaan dijalankan di lapangan terbang berkenaan dengan menggunakan anjing pengesan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/9/2010

PEMIMPIN KANAN PKR TEWAS...?

Ahli PKR tolak kepimpinan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kekalahan beberapa orang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan di peringkat cabang semalam jelas membuktikan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.
Malah, kekalahan tersebut merupakan isyarat awal kepada Anwar dan Azmin bahawa blok mereka akan berhadapan dengan masalah besar dalam pemilihan di peringkat pusat yang dijadualkan November ini.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat cabang antaranya di Kota Raja, Kuala Langat, Kapar, Klang dan Lembah Pantai menggambarkan betapa ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi PKR.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/9/2010

4 PGA MAUT KEMALANGAN...?

 Foto
Trak dinaiki bertembung treler ketika pulang pangkalan Batalion Ke-15


KOTA KINABALU: Jalan Labuk-Sandakan yang dikategorikan berisiko tinggi, meragut empat lagi nyawa semalam – kali ini membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Batalion 15 selepas sebulan bertugas di pos kawalan keselamatan di Sugut, Beluran.

Sumber: Berita Harian Online, 28/9/2010

KAWAH TAHI BINTANG...?


Kawasan lapang berlubang sedalam 16 meter dan seluas 45 meter dipercayai kesan daripada hentakan tahi bintang ditemukan di sebuah gurun yang terletak di selatan Mesir. Dipercayai terjadi akibat hentakan batu tahi bintang seberat 10 tan yang berkelajuan 12,070 km sejam.
Ahli-ahli sains berpendapat penemuan ini merupakan kawah termuda yang paling baru ditemukan dan usianya dianggarkan kurang daripada 10,000 tahun.

KERANA DIDAKWA TIDUR DENGAN IRMA NICI...?

Beckham saman pelacur RM77.30 juta

Irma Nici


LOS ANGELES - Barisan peguam bintang bola sepak dari England, David Beckham akan menyerahkan saman fitnah sebanyak $25 juta (RM77.30 juta) kepada seorang pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, lapor akhbarNews of the World semalam.
Sebelum ini pelacur itu membuat dakwaan di sebuah mahkamah bahawa dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham.
Dokumen setebal 21 muka surat itu kini telah difailkan di sebuah mahkamah di Los Angeles.
Sumber: Kosmo Online, 28/9/2010

SERANGAN HELI NATO BUNUH PEJUANG...?



Two Nato helicopters have killed several fighters on Pakistani soil after a pursuit across the border from Afghanistan, Nato forces say.
The death toll could as high as 30, the Reuters news agency reported, citing Nato officials.  
The two Apache attack helicopters from the Nato-led International Security Assistance Force (Isaf) crossed the border from eastern Afghanistan on Friday after the fighters attacked a remote Afghan security outpost in Khost province.

Sumber: Aljazeera.Net, 28/9/2010

ADUN GALAS MENINGGAL...?

Kanser usus: ADUN Galas Hashim Sulaima meninggal dunia

27/09/2010 5:59pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang di Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau sebelum ini dilaporkan menghidap kanser usus.
Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa ke Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/9/2010

TAPEI BERAS KELATE...?

TAPAI BERAS PULUT 

Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia dan amat digemari dalam kalangan penduduk Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai beras pulut ialah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan sedikit serbuk ragi. Kemudian, pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas (daun pisang, daun getah, dan lain-lain); kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa manis.
Di negeri-negeri ini, tapai beras pulut sering kali dihidangkan pada musim perayaan.
Selain tapai beras pulut, terdapat juga tapai ubi kayu.

Tapei beras amat lazat jika dimakan dengan ABC....? Air Batu Cendol Tapei....?

27 September 2010

SENGSARA AFGHANISTAN ANGKARA PENJAJAH...?

http://lh3.ggpht.com/_jSI2t92fJlA/SqErndZQQgI/AAAAAAAABeU/ZHHHXFLA-TE/s640/kondus%20mazalim2.jpg
http://lh3.ggpht.com/_jSI2t92fJlA/SqEroD7tERI/AAAAAAAABeY/kDLIwLXaRZM/s640/kondus%20mazalim1.jpg
http://lh6.ggpht.com/_jSI2t92fJlA/SqIpUy0kS1I/AAAAAAAABgE/8ZdB7JvGQ7k/s640/17.jpg
http://lh6.ggpht.com/_jSI2t92fJlA/SqIpVcyGI8I/AAAAAAAABgI/iP1IkAr2miU/s640/16.jpg
http://lh6.ggpht.com/_jSI2t92fJlA/SqKuTwFg8wI/AAAAAAAABhY/izo0UQ7DE6s/s640/24.jpg
Angkara penjenayah kemanusiaan yang tidak berhati perut...... manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan dan kuasa...?
Ya Allah, Kauselamatkanlah saudara-saudaraku di Afghanistan......

CECACING UNTUK JEJASKAN LOJI NUKLEAR IRAN...?

30,000 komputer Iran dijangkiti cecacing Stuxnet

Stuxnet


TEHERAN - Cecacing Stuxnet telah menjejaskan 30,000 buah komputer di Iran tetapi gagal menyebabkan kerosakan yang serius, kata beberapa orang pegawai negara itu semalam.
Menurut Ketua Majlis Teknologi Maklumat, Kementerian Industri, Mahmoud Liayi, kira-kira 30,000 alamat Internet Protokol komputer telah dijangkiti oleh Stuxnet setakat ini di Iran.
Cecacing itu pada awalnya telah dikenal pasti pada Jun lalu dan  dihasilkan untuk sistem kawalan komputer Siemens yang kerap digunakan untuk menguruskan bekalan air, pelantar minyak, loji tenaga dan kemudahan industri lain.
Menurut penyelidik keselamatan komputer, Ralph Langner, Stuxnet mampu untuk mengenali satu rangkaian kawalan dan memusnahkannya.
Beliau mengesyaki, sasaran Stuxnet ialah kemudahan nuklear Busheher di Iran.
Bagaimanapun, syarikat komputer Siemens mendakwa perisiannya tidak dipasang pada kemudahan nuklear tersebut. - AFP
Sumber: Kosmo Online, 27/9/2010


BAHAGIAN DALAM KAABAH...?

SULTAN MUHAMMAD KE V...?


Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus

TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke V. Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.


Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, pelantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Lima belas orang ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Sumber: Berita Harian Online, 26/9/2010

MU HANYA SERI DENGAN BOLTON...?

Jussi Jaaskelainen can only watch as Michael Owen's header flies in
Jussi Jaaskelainen can only watch as Michael Owen's header flies in
A goal from substitute Michael Owen just three minutes after coming on ensured Manchester United avoided the same fate as Arsenal and Chelsea this weekend as they drew 2-2 at Bolton, while Aston Villa beat Wolves 2-1 at Molineux and Stoke won 2-1 at Newcastle.
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA INGGERIS 26/9/2010
  • BOLTON VS MANCHESTER UNITED: 2 - 2
  • WOLVES VS ASTON VILLA: 1 - 2
  • NEWCASTLE VS STOKE CITY: 1 - 2



ALONSO JUARA GP SINGAPURA....?



Pemandu pasukan Lotus F1, Heikki Kovalainen berusaha keluar dari keretanya yang terbakar dalam perlumbaan GP Singapura, semalam. Pelumba itu bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu. - AP


Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/9/2010

CHONG WEI JUARA TERBUKA JEPUN...?

CHONG Wei (kanan) menjulang trofi selepas muncul juara Terbuka Jepun menewaskan  Lin Dan (kiri) dalam saingan final di Tokyo, semalam.
CHONG Wei (kanan) menjulang trofi selepas muncul juara Terbuka Jepun menewaskan Lin Dan (kiri) dalam saingan final di Tokyo, semalam.

Sumber: Berita Harian Online, 27/9/2010

26 September 2010

APABILA MELAYU LEMAH....?

Isu tukar guru: Desakan Kit Siang bukti sikap diktator DAP

2010/09/26

KULIM: Desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap dua orang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah contoh sikap diktator DAP. 

Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata inilah contoh cara DAP bertindak tanpa berfikir panjang pada segenap sudut apabila mahu menjatuhkan hukuman apabila mereka berkuasa.
Beliau berkata pemimpin DAP itu sewajarnya bersikap lebih rasional dan berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan lebih-lebih lagi berhubung dengan isu perpaduan kaum.
“Sebagai pemimpin DAP dan seorang ahli politik sepenuh masa tidak semestinya Kit Siang menjadi seorang yang ”tahu semua”. Beliau juga perlu lebih prihatin dan belajar mengenai Perintah Am dan kuasa-kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah hotel bajet, Hotel D’Keriangan di Padang Serai dekat sini malam tadi. 

Katanya MBM menyokong tindak balas Muhyiddin terhadap reaksi Lim yang disifatkanya sebagai ''menangguk di air keruh'' dan mencari publisi murahan. 

Sumber: Berita Harian Online, 26/9/2010