PILIHANKU

TAJAAN

31 Ogos 2011

TEAM PERTAHANAN MALAYSIA...?


MENTERI PERTAHANAN:
  • DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
TIMB. MENTERI PERTAHANAN:
  • DATUK DR. ABDUL LATIFF BIN AHMAD
KSU KEMENTERIAN PERTAHANAN:
  • DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN AHMAD
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA:
  • JENERAL TAN SRI DATO' SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
PANGLIMA TENTERA DARAT:
  • JENERAL DATUK HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
PANGLIMA TENTERA LAUT:
  • LAKSAMANA TAN SRI DATO' SRI ABDUL AZIZ BIN HJ JAAFAR
PANGLIMA TENTERA UDARA:
  • JENERAL TAN SRI DATO' SRI RODZALI BIN DAUD

30 Ogos 2011

ANGKARA TAUFAN IRENE...!

Flood waters remain several feet deep in Wayne, New Jersey
A flooded road is seen in Hatteras Island, N.C., Sunday, Aug. 28, 2011after Hurricane Irene swept through the area Saturday cutting the roadway in five locations. Irene caused more than 4.5 million ho
CORRECTS CITY AND BYLINE - Search and rescue teams search for two Hockessin men who are missing after Hurricane Irene Monday, Aug. 29, 2011 in Hockessin, Del. New Castle County Police Cpl. John Weglar
In this photo provided by Bill Deery, a historic footbridge is washed away by flood waters from Topical Storm Irene at Mt. Anthony Country club in Bennington, Vt., Sunday, Aug. 28, 2011. The remnants
A car passes a section of Route 112 that was washed out during Hurricane Irene in Halifax
NEW YORK: Amerika Syarikat(AS) berdepan kerugian AS$45 bilion (RM133 bilion) selepas Taufan Irene melanda wilayah pantai timur, bencana alam disifatkan antara yang paling mahal setakat ini, berikutan penutupan aktiviti perniagaan, kehilangan nyawa dan harta benda.

Selepas beratus ribu penduduk meninggalkan Manhattan hujung minggu lalu, Taufan Irene berubah kepada ribut petir berbanding taufan pemusnah tetapi pemilik perniagaan terus menutup kedai mereka kerana bimbang dengan kemusnahan yang mungkin dibawa.
Angka kematian meningkat kepada 21 orang tengah malam kelmarin dan amaran banjir kekal di kebanyakan kawasan manakala pegawai berkata penduduk mungkin mengambil masa untuk meneruskan kehidupan biasa di pusat metropolitan utama seperti New York, kerana sistem pengangkutan ditutup sepenuhnya buat pertama kali berikutan masalah cuaca. 

Sumber: Berita Harian Online, 30/8/2011

JET NATO BERTEMBUNG DI UDARA...?


Jet Mirage buatan Perancis..
VILNIUS: Dua orang juruterbang jet pejuang latihan yang keluar menggunakan tempat duduk selepas terhempas akibat pertembungan dengan jet NATO ditemui masih hidup. 

Jurucakap angkatan tentera Lithuania, Skomantas Povilionis, berkata kedua-dua orang juruterbang berkenaan terselamat tetapi enggan mengulas lanjut keadaan mereka.
Kementerian Pertahanan berkata, kedua-dua juruterbang itu dari Unit L39 pesawat latihan perang keluar menggunakan kerusi selepas bertembung dengan pesawat pejuang Mirage buatan Perancis berdekatan pangkalan udara Zokniai di utara Lithuania.
Pesawat Perancis itu berjaya mendarat selepas pelanggaran berkenaan. - AP 

Sumber: Berita Harian Online, 30/8/2011

27 Ogos 2011

IKAT DENGAN TALI RAFIA SEBELUM ROGOL ANAK 10 TAHUN...?

 TERTUDUH diiringi polis keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan, semalam.

TELUK INTAN: Seorang buruh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun dengan tali rafia, bulan lalu.
Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh berusia 45 tahun dari Tanjung Malim, Perak, selepas mendengar hujah dan fakta kes dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Suffian Jaafar serta rayuan tertuduh.
Dalam rayuannya, tertuduh berharap mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka juga miskin. 

Sumber: Berita Harian Online, 27/8/2011

4 REMAJA MAUT...?

MAYAT mangsa di samping kereta Perodua Kancil yang terbabit nahas 
 di Kilometer 26, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Serkam, awal pagi semalam.
MAYAT mangsa di samping kereta Perodua Kancil yang terbabit nahas di Kilometer 26, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Serkam, awal pagi semalam.
JASIN: Empat orang remaja, termasuk dua orang yang dalam perjalanan pulang selepas membeli baju raya, maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini dan simpang tiga Jalan Kampung Kempadang, Kuantan, awal pagi semalam dan malam kelmarin.

Sumber: Bharian Online, 27/8/2011

GADDAFI SEMBUNYI DI SIRTE...?


Tornado GR4s...
LONDON: Pesawat British menembak peluru berpandu ke sebuah kubu di Sirte, bandar kelahiran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, hari ini, menurut Kementerian Pertahanan Britain. 

“Pada tengah malam, formasi Tornado GR4s...melepaskan peluru berpandu Storm Shadow ke sebuah kubu besar di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte,” menurut kenyataan kementerian itu.
Menurut taklimat harian di Brussels, pesawat NATO turut menyerang tentera yang setia kepada Gaddafi di Sirte semalam, memusnahkan 29 kenderaan bersenjata.
Selepas Tripoli jatuh ke tangan pemberontak, mereka kini memburu Gaddafi dan mara ke Sirte di mana mereka menghadapi tentangan kuat di timur bandar itu. 

Gaddafi dikatakan berlindung di bandar itu yang terletak 360 kilometer ke timur Tripoli- AFP 

Sumber: Bharian Online, 27/8/2011

26 Ogos 2011

MUAMMAR GADDAFI DICARI...?


TRIPOLI 25 Ogos – Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan untuk menguasai keseluruhan Tripoli bagi menghapuskan saki-baki tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi dan memaksa pemimpin Libya itu keluar daripada lokasi persembunyiannya sama ada hidup atau mati.
Mengetuai kumpulan pemberontak adalah askar berpengalaman dari pasukan penggempur bandar Misrata yang membantu serangan hujung minggu lalu di ibu negara Libya ini, sekali gus menawan kubu kuat Gaddafi, Bab al-Aziziya kelmarin.
Komander pemberontak berkata, ketika mereka hampir menguasai keseluruhan Tfripoli, lokasi-lokasi panas di sekitar bandar masih menyaksikan kehadiran penembak tepat, letupan roket serta senjata berat yang mengancam nyawa.
Pemberontak juga berkeras untuk terus memburu Gaddafi supaya mereka boleh mengisytiharkan kejayaan operasi yang dimulakan enam bulan lalu, tetapi dipatahkan tentera rejim sebelum dibantu bedilan udara Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pemimpin pemberontak berkata, mereka mahu Gaddafi dibicarakan di Libya walaupun beliau berdepan dakwaan jenayah menentang kemanusiaan bersama-sama anaknya, Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Senussi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Libyan rebel fighters fire their weapons during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Gaddafi taunted his Libyan enemies and their Western backers as rebel forces battled pockets of loyalists across Tripoli in an ever more urgent quest to find and silence the fugitive strongman.
Rebel fighters patrol the streets in a neighborhood south of the capital Tripoli on August 25, 2011. Hardened fighters streamed into Tripoli as Libya's rebels sought to deliver a knockout punch to Moamer Kadhafi's diehards and to flush out the elusive strongman, dead or alive.
A Libyan rebel fighter fires his weapon during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Libyan rebel fighters stand guard over a detainee during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
The body of a soldier loyal to Muammar Gaddafi is seen during a fight for the rebel's final push to flush out Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Libyan rebel fighters stand guard over a detainee during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Libyan rebel fighters detain mercenaries during a fight for the final push to flush out Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Libyan rebel fighters detain a mercenary during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Libyan rebel fighters stand guard over detainees during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Libyan rebel fighters stand guard over detainees during a fight for the final push to flush out Muammar Gaddafi's forces in Abu Salim district in Tripoli August 25, 2011. Libyan rebels stormed Tripoli's Abu Salim district, one of the main holdouts of forces loyal to Gaddafi in the capital, after NATO air strikes on a building in the area on Thursday.
Sumber: Pinktutle 2.wordpress.com

TENTERA GADDAFI DIBUNUH...?


Rebel fighters shoot during street fighting in the Abu Salim district in Tripoli, LIbya, Thursday, Aug. 25, 2011.  Fighting continued to rage Thursday between rebels and forces loyal to Moammar Gadhafi.(AP Photo/Sergey Ponomarev)
Tentera pemberontak ...mengepung Tripoli...?
TRIPOLI 25 Ogos - Lebih 30 orang dipercayai tentera setia kepada Muammar Gaddafi dibunuh di kem tentera di tengah Tripoli dan sekurang-kurangnya dua orang diikat dengan tali plastik, menunjukkan mereka telah 'dihukum mati' semasa ditawan.
Wartawan Reuters melaporkan terdapat 30 mayat yang dipenuhi kesan tembakan ditemui di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara tentera Gaddafi dengan pemberontak.
Lima daripada mayat ditemui di padang hospital, dan seorang daripadanya di dalam ambulans dengan lengannya masih terdapat jarum menyalurkan cecair.
Khemah tentera itu berselerak dengan barang-barang menyokong Gaddafi seperti topi, gambar dan bendera hijau.


Sumber: Utusan Online, 26/8/2011

KEPUTUSAN UNDIAN LIGA JUARA-JUARA...?


MONACO 26 Ogos – Berikut ialah keputusan undian saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara yang berlangsung di sini awal pagi ini (waktu Malaysia).


KUMPULAN A:
Bayern Munich, Villarreal, Manchester City, Napoli

KUMPULAN B:
Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor

KUMPULAN C:
Manchester United, Benfica, FC Basel, FC Otelul Galati

KUMPULAN D:
Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb

KUMPULAN E:
Chelsea, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk

KUMPULAN F:
Arsenal, Marseille, Olympiakos, Borussia Dortmund

KUMPULAN G:
FC Porto, Shakhtar Donetsk, Zenit St Petersburg, APOEL Nicosia

KUMPULAN H:
Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen

MESSI KALAHKAN RONALDO...?

MONACO 26 Ogos – Pemain Barcelona, Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2010-2011 di sini hari ini, mengalahkan dua calon lain iaitu pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya Xavi Hernandez. - Agensi

Sumber: Utusan Online, 26/8/2011

JENTERA PALING MAHAL...?

LIMA KERETA TERMAHAL...?

1. Bugatti Veyron – $1,700,000

2. Lamborghini Reventon – $1,600,000

3. McLaren F1 – $970,000

4. Ferrari Enzo – $670,000

5. Pagani Zonda C12 F – $667,321


Sumber: Fcukz.co.cc

HARAM ATAU HALAL...?


Kartun Utusan Online, 25/8/2011
"Sekejap ada, sekejap tak ada", Hangat-hangat tahi ayam, begitulah rumusan terbaik yang patut kita berikan kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam di Malaysia. Kita gah mewara-warakan, bahawa negara kita telah menjadi pusat pengeluar barangan halal terbesar di dunia, padahal isu halal haram barangan makanan seharian umat Islam pun belum selesai,  kita sering dipersenda...?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu ramuan untuk membuat kek mengandungi daging babi...! Betapa ramainya orang Islam yang telah termakan benda haram itu tanpa disedari dek kelemahan pihak yang diberikan tanggungjawab. Dulu pun pernah timbul isu ayam yang dicucuk, bukan disembelih, kilang bihun yang bersebelahan dengan kandang babi, dan macam-macam lagi. Apakah tindakan yang telah diambil...? Atau kita mahu menunggu semua umat Islam di negara kita menjadikan bahan haram sebagai juadah harian...?

Mana JAKIM, mana Majlis Agama Negeri...???

PESAWAT MASWING TERBABAS...?


24 OGOS 2011: Sebuah pesawat penumpang milik Maswing terbabas ketika membuat pendaratan di Lapang Terbang Lawas, di Sarawak. Bagaimanapun semua penumpang dan anak kapal selamat. - Utusan


Sumber: Utusan Online, 25/8/2011

24 Ogos 2011

DEGIL KUDUNG JARI...?


22 OGOS 2011: Adik Noor Saiful Mohamad, 12, menunjukkan jari tangan kanannya yang putus dan cedera akibat bermain mercun bola ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu. - Utusan/AIZZUL A.MAJID

Sumber: Utusan Online, 23/8/2011

21 Ogos 2011

BRAZIL 3, PORTUGAL 2...?


Oscar treble wins thrilling final for Brazil
An Oscar hat-trick inspired Brazil to 3-2 comeback victory over Portugal in thrilling conclusion to the FIFA U-20 World Cup. The Iberians were just 12 minutes away from the title when the Internacional player's goal ensured the game went into extra time, and he then completed his treble to seal the deal.
The game got off to an electric start, with Brazil's Philippe Coutinho and Sana of Portugal showcasing some breathtaking footwork before the deadlock was briskly broken, Indeed just four minutes were on the clock when Oscar's curling effort took a nick off Sergio Oliveira and went into the bottom corner of Mika's goal. It brought to an end, at 574 minutes, the Portugal goalkeeper's record sequence without conceding in the FIFA U-20 World Cup. 
Sumber: FIFA.com
u
mber: FIFA.com

ANGKARA KRISIS KASHMIR ...?


Indian army officer and a dozen suspected fighters killed in battle along the de facto border that splits the territory.
An Indian army lieutenant and a dozen suspected fighters have been killed in a clash along the de facto border that splits Kashmir between India and Pakistan, the Indian army said.
The fighting erupted on Saturday in the northern Gurez district when a group of "heavily-armed militants tried to infiltrate" Indian administerd Kashmir from the Pakistani side of the divided territory, the army said.
"There were 12 terrorists who tried to cross over in a boat ... and the Kishen Ganaga River is a defacto line of control in some areas and during the gun battle six fell in the river and six others were killed on the shore," Lt. General JS Brar, the Indian army spokesman, told Al Jazeera.
He said that the six who fell into the river during the gun fight, would not have survived "the fast torrent and the depth of this river" and would have inevitably drowned.

Sumber: Aljazeera.net, 21/8/2011

35 MAUT NAHAS JALAN RAYA DI KANDAHAR...?

KANDAHAR 20 Ogos - Seramai 35 penumpang terbunuh dan 27 lagi cedera hari ini dalam satu kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaiki mereka itu terbalik di lebuh raya selatan Afghanistan.

Kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan, kemalangan itu berlaku di luar bandar Kandahar berhampiran daerah Daman yang menghubungkan jalan utama ke ibu negara tersebut.
"Kemalangan itu berlaku pada pukul 3.30 pagi (7 pagi waktu Malaysia)," katanya.

Sumber: Utusan Online, 21/8/2011

RED ARROW TERHEMPAS...?


LONDON 20 Ogos - Sebuah pesawat Red Arrow milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dilaporkan terhempas semasa pertunjukan aksi akrobatik udara di Bournemouth yang terletak di selatan pantai Inggeris hari ini.
Menurut penerbit media BBC yang berada di tempat kejadian berkata, hanya lapan daripada sembilan pesawat yang mengambil bahagian dalam pertunjukan itu selamat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bournemouth.
Seorang jurucakap dari Kementerian Pertahanan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Aksi pertunjukan akrobatik itu diadakan setiap musim panas di negara tersebut yang terdiri daripada Juruterbang RAF. – AFP

Sumber: Utusan Online, 21/8/2011

The plane of Flight Lieutenant Jon Egging, 33, crashed near an airport some 100 miles from London after performing at the Bournemouth Air Festival, local officials and the Ministry of Defense said in separate statements.
Egging, known as "Eggman" according to Captain Simon Blake, Commandant of the RAF's Central Flying School, joined the team last year. Before joining the Red Arrows, Egging flew operational missions to support coalition ground forces in Afghanistan.

20 Ogos 2011

BAYI TERBANG MAUT...?


SEREMBAN – Seorang bayi lelaki maut setelah tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di KM252.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini.
Jurucakap polis berkata kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semasa hujan lebat ketika kedua-dua buah kereta terbabit sedang menuju arah utara.
Difahamkan kedua-dua buah kereta itu hilang kawalan lalu terbabas di tepi lebuh raya berkenaan.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
Jurucakap itu berkata bapa, dan ibu bayi itu serta seorang lagi anggota keluarganya bagaimanapun terselamat. Setakat ini, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.
Sumber: Kosmo! Online, 20/8/2011

QPR MILIK RAKYAT MALAYSIA...?


19 OGOS 2011: Jutawan penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes (kiri) bergambar bersama pengurus Queens Park Rangers (QPR), Neil Warnock sambil menunjukkan jersi kelab Liga Perdana Inggeris itu yang tertera namanya selepas beliau melengkapkan pengambil-alihan QPR di barat London. - Foto AFP

Sumber: Utusan Online, 19/8/2011

19 Ogos 2011

NASRI MILIK CITY...?



MANCHESTER – Manchester City berharap untuk menandatangani Samir Nasri dengan harga £22 juta (RM108.4 juta) dalam tempoh 24 jam ini.
City awal pagi semalam telah pun bersetuju untuk memelengkapkan beberapa perkara terakhir bagi menyelesaikan pembelian tersebut.
Seterusnya, pemain tengah Arsenal itu akan menjalani ujian perubatan sebelum menurunkan tandatangan untuk beraksi dengan City selama lima tahun.
Dengan pembelian Nasri itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan pengurus City, Roberto Mancini pada musim panas ini ialah sebanyak 74 juta (RM364.7 juta).
Sumber: Kosmo! Online, 19/8/2011

PASANGAN ISLAM DITEMBAK...?



BOONTON, Amerika Syarikat (AS) – Polis mengesyaki sepasang suami isteri beragama Islam yang berketurunan Pakistan ditembak semasa sedang menolak kereta sorong anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun di sini merupakan sasaran serangan terancang.
Serangan itu berlaku ketika umat Islam menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Dalam kejadian tersebut pada Selasa lalu, si isteri, Nasish Noorani, 27, terbunuh manakala suaminya, Kashif Pervaiz, 26, cedera ditembak sebanyak empat kali.
Sumber: Kosmo! Online, 19/8/2011

3 BERANAK MAUT DI KEMAMAN...?


LEPAS BELI BAJU RAYA..

KEMAMAN, 18 Ogos - Sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini, selepas membeli baju raya di Kuantan.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Herna Mokhtar, 28; suaminya, Mohd. Aswari Ariffin, 36; dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.
Nik Nor Syafiqah, 10, adik kepada Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd. Ariffin, 30-an, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu oleh Mohd. Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu oleh Ahmad Tajuddin.


Sumber: Utusan Online, 19/8/2011

DERITA SERANGAN ASID...?


17 OGOS 2011: Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh (kiri) melihat dengan lebih dekat keadaan mangsa simbah asid Mohd Rafi Abdul Latiff sambil diperhatikan oleh bapa mangsa, Abdul Latiff Kassim (tengah) semasa melawat mangsa asid tersebut di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur. - Utusan/NOORADZRENE MOHD NOOR


Sumber: Utusan Online, 17/8/2011

PELAJAR RENTUNG...?


18 OGOS 2011: Pegawai Turus Traffik Perlis, ASP Rusli Yahaya (kanan) memeriksa kereta Perodua Myvi yang hangus terbakar dan mengakibatkan seorang pelajar mati rentung selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 7.2 Kangar-Alor Setar di Kangar. Utusan/FAIZAL ABU HASSAN


Sumber: Utusan Online, 18/8/2011

17 Ogos 2011

KLATE BENAM KL 5 - 0...?

AZAMMUDDIN (kiri) menjalani latihan bersama rakan baru di Kota Bharu. Keserasiannya bersama peledak tempatan melegakan Red Warriors.
penyerang pinjam serasi dengan Mat Yo 
WATAK garang dijelmakan trio penggempur dalam siri persahabatan, baru-baru ini mula meyakinkan Datuk M Karathu betapa juara bertahan, Kelantan sudah menemukan jentera serangan yang harus berfungsi baik dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.

Kelibat dua orang penyerang yang dipinjam dari Pahang – Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran bersama tonggak skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dalam siri persahabatan membuatkan ketua jurulatih Red Warriors bertambah lega.

“Mereka ialah pemain berpengalaman. Tidak menjadi masalah kepada mereka mencari keserasian dalam pasukan baru disertai, malah mereka memberi tanda positif ketika ini. 

“Dalam perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur Azammuddin dan Surendran masing-masing menjaringkan satu gol membantu pasukan. Apa lebih menggembirakan Mat Yo (Norshahrul) sudah dapat diturunkan selepas berehat panjang akibat kecederaan,” katanya, semalam. 

Kelantan membuka kempen menentang Sarawak dalam saingan Kumpulan C pada 6 September ini di Kuching. 

Sumber: Berita Harian Online, 17/8/2011

PAKATAN MENGHANCURKAN BANGSA...?



.....Orang kita sudah mula bertuankan Cina...?

Sumber: Utusan Online, 17/8/2011

BERPULUH-PULUH MAUT DI IRAQ...?


SIRI SERANGAN RAMADAN...?

KUT 15 Ogos - Sekurang-kurangnya 66 orang maut dan lebih 230 lagi cedera dalam beberapa serangan keganasan di Iraq hari ini, termasuk 40 mangsa yang maut dalam dua serangan hampir serentak di bandar Kut, tengah negara ini.
Lonjakan keganasan itu, yang berlaku hanya beberapa bulan sebelum tentera AS dijadual berundur, menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pasukan keselamatan Iraq untuk memelihara ketenteraman.
Sebelum itu para pemimpin Iraq bersetuju untuk memulakan rundingan dengan Washington mengenai misi latihan tentera yang hendak dilanjutkan selepas pengunduran askar AS pada akhir tahun ini.
Dalam serangan paling berdarah hari ini, sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan dan sebutir bom di tepi jalan meletup selang hanya beberapa minit pada pukul 8 pagi ini (1 petang waktu Malaysia) di tengah Kut, kata pegawai perubatan dan keselamatan.
"Setakat ini kami menerima 34 mayat dan merawat 52 mangsa yang cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata seorang doktor di hospital Al-Zahra di Kut, Ali Hussein.
Seorang pegawai keselamatan di Kut berkata, letupan itu berlaku di kawasan sesak di pusat bandar tersebut, 160 kilometer ke selatan Baghdad.

Sumber: Utusan Online, 16/8/2011

16 Ogos 2011

JUAL MERCUN BERLELUASA DI KELANTAN...?


16 OGOS 2011: Penjualan mercun dan bunga api secara terbuka kepada orang ramai di Kota Bharu, Kelantan masih tidak dapat dibendung oleh pihak berkuasa. - Utusan/ASMA HANIM MAHMOOD


Sumber: Utusan Online, 16/8/2011

MUKA HANGUS ANGKARA MERCUN...?


15 OGOS 2011: Bapa mangsa, Al Muhammad Faizal Radzi melihat keadaan anaknya, Al Muhammad Fakrul Aiman, 8, yang mengalami kecederaan akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Kampung Renik, Jertih, Terengganu. - Utusan/YATIMIN ABDULLAH

Sumber: Utusan Online, 16/8/2011

MENTEGA GOLDEN CHURN HARAM...?


JAKIM... SEKEJAP HALAL...SEKEJAP HARAM...?
Merujuk laporan akhbar Berita Harian (Selasa: 16 Ogos 2011) dengan tajuk "JAKIM sahkan Golden Churn haram" melenyapkan kekeliruan umat Islam berkenaan isu halal haram produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat  Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah HARAM.!!!!!!
Laporan analisis yang diterima JAIS pada 19 Julai 2011 lalu mendapati asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan terdapat di dalam mentega berkenaan.
Jadi umat Islam semua, jangan lagi membeli, mengguna, memakan mentega tersebut kerana jelas HARAM.

Kepada JAKIM, buatlah analisis dengan teliti sebelum membuat sesuatu kenyataan. Jangan sekejap ya, sekejap tidak....! Asyik umat Islam yang TERTIPU!!!!

AH LONG DIBUNUH....?


PELBAGAI KESAN KECEDERAAN DI BADAN
PETALING JAYA 16 Ogos - Seorang lelaki dipercayai ah long ditemui mati dengan pelbagai kesan kecederaan di bilik air sebuah pusat karaoke di Jalan PJS 5/27 dekat Taman Medan malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mangsa yang dikenali sebagai Phua Wei Loon, 25, dari Banting dipercayai dibunuh oleh pemilik pusat karaoke terbabit yang dipercayai turut menghilangkan diri. 


Sumber: Utusan Online, 16/8/2011

15 Ogos 2011

DUIT BONUS DAH MASUK...?


Bolehlah ringankan sedikit bebanan...
Warga kakitangan kerajaan...!!!! Bonus telah dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Jom, tak caya pergilah cek sendiri.

CHONG WEI BERPUTIH MATA...?

Malam tadi penulis berasakan mahkota kejuaraan sudah menjadi milik Chong Wei. Tetapi persembahan di set kedua amat mengecewakan, setelah Chong Wei menang di set pertama. Kesilapan demi kesilapan mudah yang dilakukan pemain negara telah menyebabkan Lin Dan bangkit. Bangkit bukan kerana kehebatannya, tetapi kerana kelemahan diri Chong Wei sendiri.

MU MENANG 2 - 1...?

Manchester United's Wayne Rooney opens the scoring against West Brom at The Hawthorns
Jaringan awal daripada Rooney...?
KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 14/8/2011:-

  • STOKE VS CHELSEA: 0 - 0
  • WEST BROM VS MANCHESTER UNITED: 1 - 2