PILIHANKU

TAJAAN

24 Julai 2011

EPISOD MEMALUKAN HARIMAU MALAYA...?


BARISAN PERTAHANAN JADI PUNCA...?
Tak ambil pengajaran...! Begitulah layaknya kita hamburkan tohmahan kepada jurulatih Dato' Rajagobal. Barisan pertahanan Harimau Malaya sekali lagi membuktikan bahawa mereka merupakan barisan yang lemah dan longlai ketika di padang. 15 gol dilepaskan dalam 3 perlawanan merupakan rekod yang amat memalukan. 3 kekalahan yang memalukan berpunca daripada rapuhnya benteng pertahanan. Peliknya, Rajagopal langsung tidak melakukan perubahan..... seolah-olah tiada pemain lain yang lebih layak. Harimau Malaya tewas kepada Arsenal 0 - 4, Liverpool 3 - 6 dan yang terkini 3 - 5 kepada Singapura membuktikan kita mempunyai barisan pertahanan yang tersangat lemah. 

Barisan pertahanan yang diturunkan ketika berhadapan Singapura malam tadi ialah Muslim Ahmad, Mahali Jazuli, Fadli Shas dan Asraruddin Putra Omar seperti rusa masuk kampung. Lebih suka melihat gerakan lawan sambil kerap berundur ke belakang... mungkin mereka lebih selesa sebagai penjaga gol...? Langsung tidak berkomunikasi antara mereka, sehingga akhirnya melihat apa yang dibuat penyerang lawan tanpa apa-apa cabaran yang munasabah.

Harimau Malaya akan berundur lebih awal daripada saingan jika Rajagobal masih khayal dengan teori dan perancangan yang ketinggalan. 
Gelagat Rajagobal yang menurunkan pemain-pemain yang tenggelam dalam persaingan liga Malaysia juga menjadi tanda tanya? Pemain seperti Fakri Shahrani (Negeri Sembilan), Amar Rosdi (Kedah) dan Ismail Faruki (Terengganu) langsung bagaikan si penyu yang keletihan, tiada idea ketika menerima bola. Mengapakah tidak diturunkan pemain-pemain Kelantan yang menjadi juara Liga Super baru-baru ini.
Wahai Rajagobal.., Bertindaklah sebelum terlambat.... Jangan leka dengan kejayaan lalu...!!!

18 Julai 2011

GADIS CANTIK MANGSA PANCING...?

Gadis cantik seperti ini pun sanggup menjadi mangsa pancing? Nak kata tak ada akal, ada...! Jika tak percaya cuba lihat betul-betul aksi ini... Percaya atau tidak? No.... komen....




Sumber: www.bestoneoffour.com

SUKU AKHIR COPA AMERICA 2011...?

ARGENTINA, BRAZIL GULUNG TIKAR...?
Paraguay's players celebrate their shoot-out win
Pemain Paraguay merayakan kejayaan...!


KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR:-

  • AEGENTINA VS URUGUAY: 1 - 1 (Uruguay menang sepakan penalti 5 - 4)
  • CHILE VS VENEZUELA: 1 - 2
  • BRAZIL VS PARAGUAY: 0 - 0 (Paraguay menang sepakan penalti 2 - 0)
  • COLOMBIA VS PERU: 0 - 2

JEPUN JUARA DUNIA...?

Tears before bedtime: Team USA show the pain of defeat as all is lost
Pemain USA meratap nasib mereka

Jepun muncul juara dalam Kejohanan Bola sepak Dunia dengan mengalahkan pasukan Amerika Syarikat melalui sepakan penalti 3 - 1 setelah terikat 2 - 2 dalam masa permainan.

Keputusan Penuh Perlawanan:-

  • AMERIKA SYARIKAT VS JEPUN: 2 - 2 ( Jepun menang sepakan penalti 3 - 1 )

17 Julai 2011

HARIMAU PINCANG KERANA PERTAHANAN...?

TARAF BUDAK SEKOLAH...
Melalui perlawanan persahabatan dengan Arsenal dan Liverpool, penulis dapat merasakan bahawa punca utama kegagalan pasukan Harimau Malaya gagal menyerlah adalah kerana kelemahan pemain-pemain pertahanan yang jelas sekali lemah dan kehilangan punca. Mereka sering membuat kesalahan 'MUDAH' seperti hantaran-hantaran yang membahayakan gawang gol sendiri, lebih gemar menjaga gol daripada mengawal penyerang lawan dan sentiasa kelam-kabut di depan gol. Mereka ini seolah-olah baru bermain bola. Macam standard budak sekolah....? Rajagopal perlu membuat sesuatu sebelum kita menjadi mangsa belasahan Singapura...??? 

Pemain hadapan seperti penyerang, tengah .... tahniah, kerana anda telah mempamerkan kualiti permainan yang baik dan matang... tapi kasihan...! Dek kesilapan dan kelemahan pemain di barisan pertahanan, pasukan kita dimalukan....!!!

Pembaca, apa komen anda?

ARGENTINA TERKELUAR...?

Lionel Messi converted the first penalty but could not save Argentina from exiting the Copa America
Messi menghitung nasib malang pasukannya...?

Satu sejarah besar tercipta, Argentina yang juga tuan rumah Copa America 2011 terkeluar daripada saingan apabila tewas kepada Uruguay 4 - 5 melalui sepakan penalti setelah terikat 1 - 1.

Keputusan Penuh Perlawanan:-

  • ARGENTINA VS URUGUAY: 1 - 1 ( 4 - 5 ) - Sepakan penalti

12 Julai 2011

PELAJAR KURANG AJAR...?

SENI KATA LAGU YANG DIUBAH...


Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam...'

Inilah antara seni kata lagu Kebangsaan Negaraku yang diubah secara 'gila' oleh seorang pelajar UMT menurut laporan akhbar Utusan Malaysia 11 Julai 2011. Jika benar, apakah jenis manusia ini? 
Siasat dan lucut sahaja kerakyatannya....! Biar dia tahu erti maruah dan kedaulatan sesebuah negara bangsa.

Apakah jadahnya kerja ini...?

DEMAM EPL BERMULA...?


11 JULAI 2011: Para peminat Arsenal menyanyikan lagu rasmi kelab Liga Perdana England itu ketika menunggu ketibaan para pemain dan pengurusa pasukan tersebut, di sebuha hotel di Subang Jaya, Selangor. - Utusan/IZHAM JAAFAR
11 JULAI 2011: Sebahagian penyokong Liverpool bersorak di hadapan pintu masuk utama pusat membeli belah Pavilion pada majlis pelancaran Zon Peminat Liverpool FC dan Standard Chartered di Kuala Lumpur. - Utusan/ASWAD YAHYA

Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/7/2011

09 Julai 2011

TEMBAK TEPAT DI KEPALA...?


7 JULAI 2011: Kanak-kanak Tadika Serikids yang dijadikan tebusan selama enam jam oleh seorang lelaki dibawa keluar oleh anggota polis selepas mereka diselamatkan selepas pihak berkuasa menyerbu premis itu dan menembak suspek, di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar, Johor. - Utusan/AZLI AHAD


Sumber: Utusan Malatsia Online, 8/7/2011

4 MAUT KERANA MEREMPIT...?


7 JULAI 2011: Orang ramai melihat keadaan empat remaja yang maut selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh sesama sendiri dipercayai ketika berlumba haram di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan. - Utusan/AIZZUL A.MAJID

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/7/2011

HANYA INI YANG TINGGAL...?


8 JULAI 2011: Qomarodin Abdullah mengangkat jenazah anaknya, Nurrahayu yang meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar selepas selesai menunai solat jenazah di Surau Taman Pulai Utama sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melayu Kangkar Pulai, Johor Bahru. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/7/2011

07 Julai 2011

KLATE JUARA LIGA SUPER...?


Tahniah kepada pasukan dan penyokong Kelantan yang telah berjaya memenangi kejuaraan Liga Super buat julung kali meskipun menang tipis 2-1 ke atas Sabah. Norshahrul tidak bernasib baik pada tahun ini untuk memiliki kasut emas setelah Abdul Hadi berjaya merampas melalui jaringan 4 gol ketika menewaskan Felda United 6-2 ???????
Seluruh penyokong berbangga dan berterima kasih kepada Norshahrul yang berjaya menjaringkan 2 gol untuk Kelantan memenangi kejuaraan ini. Tahniah sekali lagi kepada seluruh penyokong yang bersusah payah ke Sabah, jumlah penyokong Kelantan di Sabah menyamai jumlah penyokong Perak menentang Selangor dan jumlah kebiasaan penyokong Terengganu di gelanggang sendiri.
TAHNIAH................GOMO PIALA MALAYSIA PULOK............SYUKUR KE HADRAT ILLAHI  ATAS KEMENANGAN INI.....
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo




Sumber. www. theredwarriors.com

05 Julai 2011

2 MAUT 2 KENDERAAN BERTEMBUNG...?

BACHOK - Dua maut dan seorang parah apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah van di Jalan Kandis, Kampung Air Tekok Merah, di sini, hari ini.
Pamandu van Fatimah Mat Saman, 42, dan pemandu kereta terbabit Mohd. Nor Hafiz Ahmad, 21, cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.
Kejadian pada pukul 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita yang menaiki kereta bersama Mohd. Nor Hafiz cedera parah dan dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 5/7/2011

TERKINI COPA AMERICA 2011...?


KEPUTUSAN PERLAWANAN 5/7/2011:-
  • URUGUAY VS PERU : 1 - 1
  • CHILE VS MEXICO: 2 - 1
Paolo Guerrero scored the opening goal in clinical fashion

KEPUTUSAN PERLAWANAN 6/7/2011:-
  • ARGENTINA VS COLOMBIA: 0 - 0
  • BOLIVIA VS COSTA RICA: 1 - 2
KEPUTUSAN PERLAWANAN 9/7/2011:-
  • URUGUAY VS CHILE:
  • PERU VS MEXICO:

REMAJA PEREMPUAN DIBUNUH KEJAM...?

MAYAT DIKERAT DUA SEBELUM DIBAKAR...
JOHOR BAHRU 4 Julai – Mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan.
Norrahayu Qomaruddin, 16, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 18 Jun lepas dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai di sini.
"Cebisan pakaian dan rambut mangsa ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 4 petang semalam sebelum menghubungi polis.
“Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai kepunyaan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin.
Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun di Ulu Tiram.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/7/2011

04 Julai 2011

COPA AMERICA: TUAN RUMAH HAMPIR DIMALUKAN...?


KEPUTUSAN PERLAWANAN 2 - 3 JULAI 2011:-

  • ARGENTINA VS BOLIVIA : 1 - 1
  • BRAZIL VS VENEZUELA : 0 - 0
  • COLOMBIA VS COSTA RICA : 1 - 0
  • PARAGUAY VS ECUADOR : 0 - 0

03 Julai 2011

RM61 BILION SETAHUN UNTUK PENDINGIN HAWA...?

SUASANA selesa di markas tentera udara Amerika di Kandahar, Afghanistan.
Askar hidup mewah di Iraq dan di Afghanistan...
Bajet lebih besar daripada operasi NASA 

WASHINGTON: Percayakah anda bahawa tentera Amerika membelanjakan AS$20.2 bilion (RM61.25 bilion) setahun untuk membiayai pendingin hawa di Iraq dan Afghanistan?
Jumlah ini melebihi bajet yang diperuntukkan kepada Agensi Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), malah melebihi jumlah yang terpaksa dibayar syarikat minyak British Petroleum (BP) sebagai bayaran pampasan berikutan kemusnahan akibat tumpahan minyak di Teluk Mexico. Ini juga jumlah yang dijanji oleh kumpulan G-8 bagi memulihkan demokrasi di Mesir dan Tunisia.


Sumber: Berita Harian Online, 3/7/2011

ANGKARA BERSIH...?


JOHOR BAHRU 3 JULAI: AHLI Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (dua dari kanan) bersama lima lagi ahli DAP ditahan polis kerana menyebarkan risalah perhimpunan Bersih di Pasar Taman Seri Tebrau, Johor Bahru. Utusan/RAJA JAAFAR ALI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/7/2011

MALAYSIA LAYAK SETELAH DILANYAK...?


LAYAK SELEPAS PERIT BERJUANG
Harimau Malaya tetap melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia walaupun tewas 2 - 3 kepada Taiwan dalam perlawanan sekejap tadi. Sungguhpun seri 4 - 4, Malaysia layak menerusi peraturan jumlah gol di tempat lawan. Iktibar yang boleh diambil daripada perlawanan tadi ialah tindakan bodoh pemain-pemain pertahanan telah memberikan tekanan kepada pasukan negara. Dua penalti disebabkan kesilapan pertahanan menjatuhkan pemain pihak lawan tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun selalu ditekan lawan, pemain pertahanan perlu tenang dan bertindak menggunakan akal, bukannya perasaan yang jelas tidak mempamerkan sikap seorang pemain yang matang....

Malaysia akan berhadapan Singapura selepas ini.