PILIHANKU

TAJAAN

28 Jun 2013

PIALA FA MILIK KLATE...?

Demam final piala FA semakin teruk. Perlawanan final belum bermula lagi, tapi keriuhan dan kekalutan daripada sebelah penyokong telahpun terjadi. Manakan tidak, bermula dengan kejadian di Kota Bharu, kemudian terbawa-bawa pula di Johor Bahru, hari ini, sekali lagi berlaku kes para penyokong mengamuk dek kerana terpaksa berasak untuk mendapatkan tiket-tiket perlawanan final. FAM, KAFA dan Johor FA tidak boleh meletakkan kesalahan seratus-peratus kepada penyokong. 
Mereka terjebak dengan kejadian berasak-asak di depan kaunter tiket kerana pihak berkuasa bola kita langsung tidak peka, bebal dan lembab. Kita cuba tengok kes yang berlaku petang tadi, para penyokong sejumlah lebih 20,000 orang mula menunggu di stadium sejak pukul 5.00 pagi, alih-alih 4 kaunter tiket sahaja yang dibuka. Baghal benar FAM!
Kenapa tak dibuka kaunter tiket sebanyak-banyaknya? Kenapa tiket tidak dijual secara online? Macam mana FAM nak maju? Jika perkara remeh-temeh macam ini pun tak boleh nak atasi...!

Tapi apa pun, Kelantan menang 3 - 1 esok...

2 ulasan: