PILIHANKU

TAJAAN

12 September 2012

APA MACAM RAJAGOBAL...?

HARIMAU MALAYA ..
TERTEMBAK DI HALAMAN SENDIRI...!!


Harimau Malaya yang sering mengaum-ngaum akhirnya ditembak Vietnam di gelanggang sendiri. Malaysia tewas kepada Vietnam 0 - 2 setelah beraksi serba tak kena terutamanya pada separuh masa pertama. Corak permainan yang ditonjolkan oleh anak-anak buah pilihan Rajagobal mencerminkan kelemahan dari pelbagai segi. Bermula dengan pemain pertahanan yang kelam-kabut, hantaran bola yang tidak tepat, sering kehilangan bola walaupun tidak dicabar, hilang tumpuan dan corak menyerang yang mudah dibaca lawan menjadikan Harimau Malaya kehilangan kuku dan taringnya.
Mungkinkah kesemua ini berpunca daripada kelemahan strategi dan pemilihan pemain oleh Rajagobal? Setelah pemain-pemain seperti Saffi Sali, S. Kunalan dan Badrul Bakhtiar dimasukkan, barulah nampak bergerak sedikit jentera serangan negara, walaupun masih gagal mencari gol. Kenapakah jurulatih masih belum berjaya memilih kesebelasan utama dan adakah masih memerlukan beberapa lagi perlawanan persahabatan sebelum membuat pemilihan terhadap pemain yang benar-benar layak?
Apa-apa pun.. kekalahan Malaysia semalam... amat memalukan kita.

07 September 2012

DSLR...?


DSLR, kamera automatik ini lebih menjadi pilihan rata-rata remaja yang mahukan gambar dengan cara yang cepat dan boleh terus dimuat naik dalam Facebook dan laman sosial.
DSLR menjurus kepada gambar yang lebih terperinci dan jelas. DSLR menggunakan memori kad untuk menyimpan gambar yang dirakam dan ini memudahkan gambar itu diubah suai mengikut kehendak.
Lensa DSLR memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. DSLR ialah kamera yang diadaptasi daripada kamera SLR yang muncul selepas teknologi komputer menguasai ciptaan dunia.
Kini zaman filem negatif terkubur sejak kad memori diperkenalkan.