PILIHANKU

TAJAAN

29 Februari 2012

PERLAWANAN ANTARABANGSA...?

Keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa 
2012/02/29

Brazil 2 : Bosnia-Herzegovina 1
Armenia 0 : Serbia 2

SAMPAH IT...?


27 FEB. 2012: Seorang anggota penguat kuasa melemparkan sebuah CPU komputer selepas Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melupuskan 924 monitor dan yang diubah suai menjadi mesin judi haram bernilai lebih RM500,000, di tempat letak kereta MPHTJ Melaka Mall, Melaka. - UTUSAN/AZLI AHAD

TUAH ORANG ASLI...?


25 FEB. 2012: Sapiah Aping, 45, menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz E200 yang dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan Januari, Sijil Simpanan Premium (SSP), di Seremban, Negeri Sembilan. Sapiah merupakan Orang Asli pertama memenangi cabutan SSP. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

26 Februari 2012

LIGA PERDANA INGGERIS 25/2/2012...?

LONDON: Keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah: 

Chelsea 3 : Bolton 0
Manchester City 3 : Blackburn 0
Newcastle 2 : Wolves 2  

QPR 0 : Fulham 1  

West Brom 4 : Sunderland 0 

Wigan 0 : Aston Villa 0 

25 Februari 2012

NERAKA DUNIA SYRIA...?







Korban Syahid rakyat Syria pada Jumaat, 24 Februari ditangan Regim Syiah Nusairi Basyar Assad ialah : 103 orang,termasuk 14 orang kanak-kanak dan sebahagian besarnya adalah daripadanya adalah rakyat awam yang menyertai tunjuk perasaan bagi menghentikan penyembelihan di Baba Amru,Homs. 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakui memiliki senarai nama pembesar golongan atasan Syria yang terlibat dalam siri pembunuhan rakyat Syria.
Para aktivis Syria menggerakkan kempen “Bantuan” dari Homs yang telah dikepung dan digempur semenjak 20 hari lalu.
Persidangan “Kawan Syria” yang diadakan di Tunisia hari ini meminta Basyar menghentikan keganasan terhadap rakyatnya. Persidangan ini dihadiri oleh lebih 50 orang pembesar negara yang diketuai oleh Amerika Syarikat, negara Kesatuan Eropah, negara-negara Arab dan Islam lain kecuali Russia dan China yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai persidangan tersebut.

Sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com

23 Februari 2012

ANGKARA PUAK RADIKAL ISLAM...?

162 terbunuh serangan berpunca daripada Boko Haram

LAGOS 22 Jan. – Sekurang-kurangnya 143 terbunuh di utara Nigeria berikutan serangan yang dikatakan berpunca daripada kumpulan radikal Islam Boko Haram.
Pihak berkuasa sebuah hospital di sini berkata, jumlah itu berdasarkan jumlah mayat yang berada di hospital terbesar di Kano termasuk yang sudah dituntut ahli keluarga.
Serangan itu dikatakan bermula kelmarin, di bandar dengan jumlah penduduk melebihi sembilan juta orang. – AGENSI
A survivor of a bomb attack rests at a hospital bed in Nigeria's northern city of Kano January 21, 2012. More than 100 people were killed in bomb attacks and gunfights in Nigeria's second largest city Kano late on Friday, a senior local government security source told Reuters, in the deadliest coordinated strike claimed by Islamist sect Boko Haram to date.
A paramedic helps a young man, injured during one of the multiple explosions and shooting attacks, as he leaves the Murtala Mohammed Specialist Hospital in the northern Nigerian city of Kano on January 21, 2012. Bomb attacks targeting security forces and gun battles killed at least 162 people in Nigeria's second-largest city of Kano, sources said, as bodies littered the streets today.
Red Cross officials carry the victim of a bomb attack on a stretcher during an evacuation in Nigeria's northern city of Kano January 21, 2012. More than 100 people were killed in bomb attacks and gunfights in Nigeria's second largest city Kano late on Friday, a senior local government security source told Reuters, in the deadliest coordinated strike claimed by Islamist sect Boko Haram to date.
Red Cross officials load bodies into a truck in Nigeria's northern city of Kano January 21, 2012. More than 100 people were killed in bomb attacks and gunfights in Nigeria's second largest city Kano late on Friday, a senior local government security source told Reuters, in the deadliest coordinated strike claimed by Islamist sect Boko Haram to date.
Sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com

BLACKBERRY BOLD 9790...?



MODEL terbaru telefon pintar BlackBerry Bold siri 9790 kini boleh diperoleh menerusi tawaran pakej istimewa Maxis pada harga serendah RM1,090.
Ia tersedia bersama langganan pelan Servis Internet BlackBerry (BIS) di semua Pusat Maxis dan rangkaian Stor Jualan Eksklusif Maxis.
Naib Presiden Peranti dan Inovasi Maxis, T. Kugan berkata, pihaknya sentiasa konsisten dalam menyediakan para pelanggan dengan pengalaman komunikasi terkini untuk masa depan.
''Kita telah melakukan banyak pelaburan bagi menyokong ekosistem komunikasi merangkumi pembangunan peranti, kadar pelan, liputan rangkaian dan perkhidmatan pelanggan.
''Menerusi pelan BIS ini, pelanggan Maxis bakal menikmati kelajuan dan liputan terbaik di peringkat optimum serta menyeluruh menggunakan peranti BlackBerry mereka,'' katanya.
BlackBerry Bold 9790 disempurnakan bersama kelebihan kuasa dan prestasi canggih selain dilengkapi reka bentuk kompak menggunakan material premium.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/2/2012

PLANET BAHARU BERAIR...?



NEW YORK 22 Feb. - Beberapa orang penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemukan sebuah planet baru yang diliputi air.
"GJ1214b ialah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.
"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/2/2012

BUKAN LAWAN KITA...?


MALAYSIA TEWAS 0 - 4 KEPADA JEPUN....

15 Februari 2012

BUTLER LETAK JAWATAN...?

Jurulatih Kelantan, Peter Butler akan meletakkan jawatan..
Khabar tentang kemungkinan Butler akan meletakkan jawatan diberitahu beberapa jam sebelum perlawanan hari Selasa dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil dan difahamkan bahawa walaupun Kelantan yang penuh dengan pemain berbakat dan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia, Butler akan meletakkan jawatan lebih awal dari yang dijangkakan kerana terdapat campur tangan pihak atasan Kelantan FA.
Sumber-sumber dari Kelantan telah mendedahkan bahawa Butler yang kini menjadi jurulatih di Kelantan untuk kedua kalinya, sangat tidak senang dengan gangguan dari Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa dimana beliau telah menandatangani dan membatalkan pendaftaran pemain import tanpa meminta pandangan Peter Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.
Tan Sri Annuar Musa yang kini juga Timbalan Presiden Football Association of Malaysia (FAM) dipercayai mahukan peranan yang lebih dalam pemilihan pasukan, dengan sumber-sumber mengatakan bahawa beliau hanya akan mendapat peranan itu jika Butler bukan lagi jurulatih kelab.
Menurut sumber-sumber ESPNSTAR.my, Kelantan sudah memulakan pencarian pengganti Butler dan bekas jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu dikatakan akan kembali menjadi jurulatih pasukan Kelantan.
Pendedahan mengejutkan ini diberitahu hanya beberapa hari selepas Kelantan kembali ke puncak Liga Super Malaysia selepas menang 2-1 dengan Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu dikatakan berjaya menafikan segala kririkan hebat terhadap kewibawaan Butler sebagai jurulatih.
Kelantan, juara bertahan Liga Super Malaysia masih lagi belum tewas musim ini, menang lima perlawanan dan seri dua kali dalam tujuh perlawanan.
Sumber: KELATE.net

08 Februari 2012

KELANTAN SEKADAR SERI...?

KEPUTUSAN LIGA SUPER 2012 (7/2/2012)

  • SABAH VS KELANTAN: 0 - 0
  • TERENGGANU VS PKNS FC: 1 - 1
  • PERAK VS SARAWAK: 2 - 1
  • NEGERI SEMBILAN VS T-TEAM: 2 - 1
  • SELANGOR VS LIONS XII: 1 - 1
  • JOHOR FC VS FELDA UNITED: 1 - 1
  • K. LUMPUR VS KEDAH: 0 - 1