PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2012

ALEPPO DIGEMPUR TENTERA KERAJAAN...?


DAMSYIK 28 Julai - Kereta-kereta kebal tentera Syria di sekitar Aleppo mula bergerak ke daerah-daerah selatan dan barat di bandar ini, awal hari ini.
Menurut aktivis, serangan pengeboman ke atas kawasan pemberontak semakin giat dilakukan pada sebelah pagi dengan pesawat pejuang tentera terbang pada paras yang rendah di bandar itu.
Wakil BBC di Aleppo, Ian Pannell berkata, banyak laporan kematian dibuat dan penduduk di kawasan itu turut melarikan diri.
Negara-negara Barat telah memberi amaran berhubung potensi berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Aleppo, bandar yang paling ramai dihuni penduduk di Syria.
Televisyen Syria melaporkan, pemberontak yang telah tewas di Damsyik kini cuba menjadikan Aleppo sebagai kubu kuat mereka.
Sementara itu, pemberontak mendakwa mereka telah memusnahkan beberapa buah kereta kebal tentera, tetapi dakwaan itu tidak dapat disahkan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/7/2012

KUMPULAN PEMISAH BUNUH ASKAR....?



BANGKOK 28 Julai - Kumpulan pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi di selatan Thailand awal hari ini ketika keganasan dilaporkan terus meningkat di wilayah bergolak itu sejak bermulanya Ramadan.
Sekumpulan enam anggota tentera itu diserang ketika mereka sedang meronda di sebatang jalan di daerah Mayo, wilayah Pattani.
“Kira-kira 20 anggota kumpulan pemisah yang menaiki tiga buah pikap melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera itu," kata jurucakap tentera selatan Thailand, Kolonel Pramote Prom-in.
Kejadian terbaru itu berlaku selepas satu letupan di tepi jalan yang menyebabkan lima anggota polis maut di wilayah Yala, Rabu lalu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/7/2012

21 Julai 2012

PELUANG TERBAIK...!

BUKAN LAWAN KITA..
Red Warriors tewas 0 - 5. QPR bukan saingan dan tandingan buat pasukan kerdil Asia. Namun penghormatan menentang kelab dari Liga Perdana Inggeris itu jika dipandang secara positif amat baik buat juara Liga Super 2012 itu. Persembahan yang dipamerkan oleh kesebelasan The Red Warriors itu tidak mengaibkan, malah menampakkan kehebatan tersendiri walaupun pihak lawan sebenarnya berada dalam kelas yang berbeza. 
Tahniah QPR dan syabas buat The Red Warrors.

09 Julai 2012

KLATE RAJA BOLA....?

KELANTAN KEKAL JUARA LIGA SUPER

The Red Warriors sah juara Liga Super edisi 2012 dan muncul sebagai sebuah pasukan elit bola sepak negara yang patut dicemburui kawan dan lawan.  Pasukan bola sepak negeri serta negara patut mencontohi segala kelebihan yang dimiliki pasukan Cik Siti Wan Kembang ini sama ada dari segi pengurusan pasukan, kepemimpinan, disiplin pemain, sokongan padu peminat dan perancangan bijak pihak yang bertanggungjawab. FAM sepatutnya mula belajar dengan melihat bagaimana bola sepak Kelantan bukan sahaja menjadi sukan paling diminati tetapi telah muncul sebagai satu industri yang menguntungkan.  
Kepemimpinan dinamik, jujur teras kejayaan.