The Red Warriors sah juara Liga Super edisi 2012 dan muncul sebagai sebuah pasukan elit bola sepak negara yang patut dicemburui kawan dan lawan. Pasukan bola sepak negeri serta negara patut mencontohi segala kelebihan yang dimiliki pasukan Cik Siti Wan Kembang ini sama ada dari segi pengurusan pasukan, kepemimpinan, disiplin pemain, sokongan padu peminat dan perancangan bijak pihak yang bertanggungjawab. FAM sepatutnya mula belajar dengan melihat bagaimana bola sepak Kelantan bukan sahaja menjadi sukan paling diminati tetapi telah muncul sebagai satu industri yang menguntungkan.
Kepemimpinan dinamik, jujur teras kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan