PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2012

ALEPPO DIGEMPUR TENTERA KERAJAAN...?


DAMSYIK 28 Julai - Kereta-kereta kebal tentera Syria di sekitar Aleppo mula bergerak ke daerah-daerah selatan dan barat di bandar ini, awal hari ini.
Menurut aktivis, serangan pengeboman ke atas kawasan pemberontak semakin giat dilakukan pada sebelah pagi dengan pesawat pejuang tentera terbang pada paras yang rendah di bandar itu.
Wakil BBC di Aleppo, Ian Pannell berkata, banyak laporan kematian dibuat dan penduduk di kawasan itu turut melarikan diri.
Negara-negara Barat telah memberi amaran berhubung potensi berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Aleppo, bandar yang paling ramai dihuni penduduk di Syria.
Televisyen Syria melaporkan, pemberontak yang telah tewas di Damsyik kini cuba menjadikan Aleppo sebagai kubu kuat mereka.
Sementara itu, pemberontak mendakwa mereka telah memusnahkan beberapa buah kereta kebal tentera, tetapi dakwaan itu tidak dapat disahkan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/7/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan