PILIHANKU

TAJAAN

16 Ogos 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN ANTARABANGSA 15 OGOS...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN ANTARABANGSA 15 OGOS 2012:-

  • JERMAN VS ARGENTINA: 1 - 3
  • ENGLAND VS ITALY: 2 - 1
  • SWEDEN VS BRAZIL: 0 - 3
  • IRELAND UTARA VS FINLAND: 3 - 3
  • PUERTO RICO VS SEPANYOL: 1 - 2

BUKAN UNTUK DITANGISI...?

KEPULANGAN DINANTI, BUKAN UNTUK DITANGISI...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin,
Balik kampung merupakan agenda yang dinanti-nantikan oleh setiap perantau apabila menjelangnya sesuatu perayaan. Terbayang wajah-wajah insan tersayang yang telah lama terpisah, terkenang akan kampung halaman yang lama ditinggalkan. Begitulah lamunan yang bermain-main di kotak minda. Namun sedar atau tidak, kepulangan kita ke pangkuan tersayang itu mungkin mengundang padah jika alpa dan keghairahan terlalu menguasai diri. Jadi, berhati-hatilah ketika dalam perjalanan, 'malang tidak berbau'. 
BERHEMAHLAH KETIKA DI JALAN RAYA

Foto hiasan
(Kemalangan ini berlaku pada musim perayaan sekitar tahun 2004 - 2006 di Alor Setar. Al-Fatihah untuk roh-roh mereka)

14 Ogos 2012

GADAFFI DILIWAT SEBELUM DIBUNUH...?

Manusia jika tidak menggunakan akal dan Islam sebagai rujukan mampu berkelakuan lebih kebinatangan berbanding dengan makhluk binatang itu sendiri. Atas alasan apapun, seseorang manusia yang bertamadun wajar mampu membezakan antara erti kemanusiaan dengan sifat kebinatangan walaupun beralasan menuntut keadilan dan balas dendam. Sebagai contoh, berita terbaru berserta gambar kejadian yang menunjukkan pemimpin Libya yang digulingkan Muammar Gadaffi, diperlakukan dengan kejam sebelum dibunuh.
Lihatlah bagaimana Gadaffi ditusuk duburnya dengan benda tajam sama ada kayu, benet ataupun pisau....
oleh manusia yang dikatakan pejuang keadilan...!

09 Ogos 2012

HARIMAU MALAYA MASIH TERCOROT...?


Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Vietnam, Thailand, Filipina, dan Indonesia. Singapura pula berada di belakang kita.
Aduhai, apalah malangnya team bola sepak Malaysia yang hanya layak dilonggokkan dengan pasukan dari negara-negara tidak dikenali dalam bola sepak seperti Nepal dan juga Kepulauan Curacao. Lihat rangking terkini 'Harimau Malaya'...
  1. Vietnam (120)
  2. Thailand (135)
  3. Filipina (152)
  4. Palestin (154)
  5. Nepal (155)
  6. Indonesia (156)
  7. Malaysia 'Harimau Malaya' (157)
  8. Singapura (162)
Bilakah rangking Harimau Malaya (157) dapat ditingkatkan? Dan soalan cepumas: Bilakah pasukan Harimau Malaya akan ke persada olimpik?
Alamat menanti kucing bertanduklah agaknya...!!!

02 Ogos 2012

STOP KILLING MUSLIM...?

Gerakan penghapusan etnik berlaku di mana-mana. Secara sedar atau tidak, tragedi kejam ini biasanya berlaku kepada etnik minoriti yang beragama Islam, tidak kira pelosok dunia mana mereka duduki. Apabila kuasa politik tidak lagi berada di tangan mereka, nescaya mereka ini akan menerima bala kemanusiaan yang amat dahsyat, yang tidak pernah terfikir oleh akal manusia yang dikatakan memiliki ketamadunan yang tinggi. Bencana pembersihan etnik Islam Bosnia, dan yang terkini di Myanmar, iaitu etnik Islam Rohingya yang menjadi penduduk minoriti, sekali lagi menyaksikan sanak-saudara mereka dibunuh dengan kejam, kaum wanita dirogol, malah mereka diseksa secara terancang oleh penduduk Rakhine yang beragama Budha. Yang lebih menyedihkan, tentera kerajaan juga memainkan peranan secara aktif membantu penduduk Rakhine menggempur etnik Rohingya, malah turut sama membunuh, merogol, dan mendera mereka yang tidak berdosa.
Islam apabila berkuasa akan menjadikan sesebuah negara itu aman dan apabila Islam telah jatuh dek kelemahan dan kealpaan diri, maka musibah yang tidak pernah terfikir akan berlaku di depan mata.
Mungkinkah peristiwa tragis ini akan berlaku di bumi kita. Renung-renunglah wahai bangsa Melayu, jauhilah perpecahan antara kita. Kuatkanlah ikatan persaudaraan Islam kita, pastikan kita sentiasa memiliki kuasa di negara sendiri.