Gerakan penghapusan etnik berlaku di mana-mana. Secara sedar atau tidak, tragedi kejam ini biasanya berlaku kepada etnik minoriti yang beragama Islam, tidak kira pelosok dunia mana mereka duduki. Apabila kuasa politik tidak lagi berada di tangan mereka, nescaya mereka ini akan menerima bala kemanusiaan yang amat dahsyat, yang tidak pernah terfikir oleh akal manusia yang dikatakan memiliki ketamadunan yang tinggi. Bencana pembersihan etnik Islam Bosnia, dan yang terkini di Myanmar, iaitu etnik Islam Rohingya yang menjadi penduduk minoriti, sekali lagi menyaksikan sanak-saudara mereka dibunuh dengan kejam, kaum wanita dirogol, malah mereka diseksa secara terancang oleh penduduk Rakhine yang beragama Budha. Yang lebih menyedihkan, tentera kerajaan juga memainkan peranan secara aktif membantu penduduk Rakhine menggempur etnik Rohingya, malah turut sama membunuh, merogol, dan mendera mereka yang tidak berdosa.
Islam apabila berkuasa akan menjadikan sesebuah negara itu aman dan apabila Islam telah jatuh dek kelemahan dan kealpaan diri, maka musibah yang tidak pernah terfikir akan berlaku di depan mata.
Mungkinkah peristiwa tragis ini akan berlaku di bumi kita. Renung-renunglah wahai bangsa Melayu, jauhilah perpecahan antara kita. Kuatkanlah ikatan persaudaraan Islam kita, pastikan kita sentiasa memiliki kuasa di negara sendiri.
klu lah berlaku kat malaysia..bangsa melayu nak lari kat mana
BalasPadam