PILIHANKU

TAJAAN

12 September 2012

APA MACAM RAJAGOBAL...?

HARIMAU MALAYA ..
TERTEMBAK DI HALAMAN SENDIRI...!!


Harimau Malaya yang sering mengaum-ngaum akhirnya ditembak Vietnam di gelanggang sendiri. Malaysia tewas kepada Vietnam 0 - 2 setelah beraksi serba tak kena terutamanya pada separuh masa pertama. Corak permainan yang ditonjolkan oleh anak-anak buah pilihan Rajagobal mencerminkan kelemahan dari pelbagai segi. Bermula dengan pemain pertahanan yang kelam-kabut, hantaran bola yang tidak tepat, sering kehilangan bola walaupun tidak dicabar, hilang tumpuan dan corak menyerang yang mudah dibaca lawan menjadikan Harimau Malaya kehilangan kuku dan taringnya.
Mungkinkah kesemua ini berpunca daripada kelemahan strategi dan pemilihan pemain oleh Rajagobal? Setelah pemain-pemain seperti Saffi Sali, S. Kunalan dan Badrul Bakhtiar dimasukkan, barulah nampak bergerak sedikit jentera serangan negara, walaupun masih gagal mencari gol. Kenapakah jurulatih masih belum berjaya memilih kesebelasan utama dan adakah masih memerlukan beberapa lagi perlawanan persahabatan sebelum membuat pemilihan terhadap pemain yang benar-benar layak?
Apa-apa pun.. kekalahan Malaysia semalam... amat memalukan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan