Kali pertama cikgu ditanya oleh pengunjung mengenai perbezaan antara kata sendi tentang dengan terhadap dalam ayat. Tidak mengapa, di bawah akan dijelaskan perbezaannya:
- 'tentang' dan 'terhadap' merupakan kata sendi nama.
- Penggunaannya hampir sama iaitu digunakan untuk menghubungkan kata nama:-
- tentang masalah (kata nama)
- tentang kebajikan (kata nama)
- tentang kesihatan (kata nama)
- terhadap anak-anak (kata nama)
- terhadap keretanya (kata nama)
- terhadap binatang peliharaan (kata nama)
- Apabila kita perhatikan betul-betul contoh penggunaan kata sendi 'tentang' dan 'terhadap' di atas, walaupun kedua-duanya digunakan pada kata nama tetapi bezanya ialah 'tentang' biasanya digunakan pada kata nama abstrak dan 'terhadap' pula digunakan pada kata nama yang konkrit.
- LIHAT CONTOH AYAT DI BAWAH:
- Cikgu begitu mengambil berat tentang anak muridnya. > salah
- Cikgu begitu mengambil berat terhadap anak muridnya. > betul [anak murid - kata nama konkrit]
- Dia amat teliti tentang kesihatan diri. > betul [kesihatan - kata nama abstrak]
- Dia amat teliti terhadap kesihatan diri. > salah
- tentang + KN abstrak
- terhadap + KN konkrit
meningkatkan kesedaran
BalasPadamterhadap rakyat Malaysia
BalasPadam