PILIHANKU

TAJAAN

22 November 2011

TENTERA SINGAPURA HINA ISLAM...?


Mereka yang sesat dan menyesatkan...

SINGAPURA 20 Nov. - Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memandang serius tindakan seorang anggota tentera yang mencemuh Islam dalam laman web sosial Facebook.
MINDEF berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan media mengenai laporan seorang anggota tentera kebangsaan (NSF) menyiarkan gambar ayat mengkritik Islam di dalam akaun Facebook miliknya.
"Kami memandang serius kelakuan anggota kami di khalayak umum," kata kementerian itu, lapor CNA hari ini.
Anggota itu dikenal pasti sebagai Christian Eliab Ratnam yang menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuatkuasakan secara paksa'.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/11/2011

HARIMAU MUDA GANYANG INDONESIA...?

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi, dijadualkan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada kira-kira 2:30 pagi ini.
Kabinet pada mesyuarat mingguan Jumaat lalu memutuskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) itu yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA. 

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/11/2011

18 November 2011

RENUNGAN BUAT KITA...?

PANGGILAN KUBUR

Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka

KATAK MAKAN ULAR...?


Sejenis katak di Afrika yang biasanya menjadikan ular sebagai menu hidangan...

GARUDA JATUH DITERKAM HARIMAU...?

TERSUNGKUR DI DEPAN MATA...?
Kesombongan dan keegoan peminat bola sepak Indonesia memakan diri. Sikap sombong dan fanatik penyokong-penyokong  'Garuda" terutamanya ketika menentang jiran serumpun iaitu Malaysia akhirnya memalukan diri sendiri. Pasukan bola sepak Indonesia dijinakkan oleh Sang Harimau muda yang garang menangkis serangan lawan dan akhirnya menumbangkan lawan yang dibantu sorakan gila ratusan ribu penyokong, lautan merah segera menjadi bisu, kaku, malu dengan kekalahan yang tidak dijangka. Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan jaringan 1 - 0 walaupun sepatutnya dengan jumlah gol yang lebih banyak jika para pemain tidak mensia-siakan peluang yang terbentang di depan mata.

Padan muka...

16 November 2011

ATLET EMAS...?


14 NOV. 2011: Atlet terjun negara, Yeoh Ken Nee (kanan) dan Bryan Nickson Lomas menunjukkan pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama yang mereka menangi di Sukan SEA XXVI, Stadium Jakabaring, Palembang. - Utusan/NOOR ASREKUZAIREY SALIM
14 NOV. 2011: Atlet lompat tinggi negara, Lee Hap Wei sempat menunjukkan isyarat bagus ketika membuat lompatan yang mengesahkan beliau sebagai pemenang pingat emas dalam acara itu di temasya Sukan SEA XXVI di Stadium Jakabaring, Palembang. - Utusan/NOOR ASREKUZAIREY SALIM
15 NOV. 2011: Penembak Negara Nur Suryani Mohamed Taibi memenangi pingat emas kedua dalam acara menembak kategori 10m Rifle di Stadium menembak Jakabaring, Palembang. - Utusan/NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/11/2011

KITA NEGARA OBESITI...?


Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 15 November, "Rakyat Malaysia berada di tempat pertama dalam kalangan negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik yang menghadapi masalah obesiti ataupun kegemukan".
Hal ini menggembirakan....? Manakan tidak, pencapaian negara itu sebenarnya mengggambarkan bahawa:-
  • Taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat kesan daripada kemajuan ekonomi negara;
  • Kehidupan rakyat yang semakin mewah dan makmur;
  • Gaya hidup yang lebih moden;
  • Tahap kesihatan rakyat yang semakin meningkat.
Masyarakat kita pun sejak dulu-dulu lagi memang suka akan obesiti. Cuba kita renung-renungkan. Sejak anak masih bayi lagi para ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan bayi sihat. Bayi gemuk dan montel menjadi runtunan setiap ibu bapa!
Sekarang pun, orang-orang kita masih meneruskan budaya makan sebelum tidur. Tengok kopitiam, restoran mamak, kedai makan sehingga pukul 3.00 pagi pun, masih belum ditutup kerana permintaan pelanggan. Dan menu yang paling digemari ialah roti canai telur, nasi lemak ayam bakar, dan teh tarik. Wu...yu, best tu...! 
Memang sah obesiti punya....

02 November 2011

SIAPA AMERIKA SYARIKAT...?

AS beku dana kepada UNESCO

WASHINGTON 1 Nov. - Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan untuk menghentikan dana kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas badan dunia itu memperakui Palestin sebagai anggota penuh kumpulan tersebut.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland berkata, ini kerana keputusan itu melangkaui proses perjanjian damai Palestin dan Israel yang masih dalam proses perbincangan.
Katanya, keputusan UNESCO memperakui Palestin sebagai anggotanya juga adalah keputusan yang tidak matang, silap dan menjejaskan matlamat AS dalam proses perjanjian damai itu.
''Ekoran itu, AS akan menahan dana sebanyak AS$60 juta (RM186 juta) yang sepatutnya disalurkan bulan ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/11/2011

12 MAUT RIBUT SALJI...!


SEBUAH kenderaan bergerak melalui kawasan pokok tumbang yang menyebabkan sebuah kereta terperosok ke dalam longkang di Jalan Union Valley, West Milford, New Jersey, kelmarin. – REUTERS

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/11/2011

KERANA BOLA...?



Penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu bertindak menukar penampilan demi bola sepak....!

30 Oktober 2011

ELAK MATI MENGEJUT...!

CEGAH HIPERTENSI
Hipertensi bermakna bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmNg atau lebih dan atau bacaan diastolik 90 mmNg atau lebih.
Hipertensi ialah penyakit dalam diam yang banyak mengakibatkan komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan, contohnya 118/78.
  • Tekanan sistolik    - nombor yang di atas (118)
  • Tekanan diastolik  - nombor yang di bawah (78)
KATEGORI
SISTOLIK

DIASTOLIK
NORMAL
Bawah 120
dan
bawah 80
PRA-HIPERTENSI
120 - 139
dan/atau
80 - 89
HIPERTENSI
140 dan ke atas
dan/atau
90 dan ke atas
HIPERTENSI SISTOLIK
160 dan ke atas
dan/atau
bawah 80

PENYU MENANGIS...!


KEKALUTAN SARBINI JADI PUNCA
Cerita 'Penyu Menangis' memang menjadi kenyataan apabila pasukan Terengganu tewas kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi. Negeri 'penyu' itu tewas kepada pasukan 'Nogori' 1 - 2 selepas mendahuli 1 - 0 sehingga 20 minit terakhir perlawanan. Kesilapan bodoh penjaga gol Terengganu yang memberikan gol percuma kepada pihak lawan dilihat sebagai punca penderitaan penyu pada kali ini. 
Penyu Menangis, .... 

25 Oktober 2011

LENSA GEMPA BUMI DI TURKI...?

People scramble through the rubble in a desperate search for survivors of an earthquake that killed at least 264 people in Turkey.
Rescue workers carry 21-year-old Tugba Altinkaynak on a stretcher after evacuating her from the rubble of an apartment building, more than a day after a powerful earthquake toppled buildings.
Emergency service workers carry an earthquake survivor during rescue operations in Ercis, near the eastern Turkish city of Van, October 24.
Rescue workers try to save people trapped under debris after an earthquake in Ercis, near the eastern Turkish city of Van, October 24, 2011. Rescuers clawed through rubble on Monday to free people trapped by an earthquake that killed at least 239 people and wounded 1,000 in southeast Turkey. Hundreds more were feared dead.
Rescue workers work to save people trapped under debris after an earthquake in Ercis, near the eastern Turkish city of Van, October 24.
Soldiers stand near rescue workers working to save people trapped under debris after an earthquake in Ercis. Hundreds more were feared dead.
Women mourn at a cemetery for their relatives, killed during the earthquake. 
Survivors react after seeing the damage caused by an earthquake in the eastern Turkish city of Van.

MENANG SORAK...?



Mayat Gaddafi terbujur kaku menjadi bahan pameran..! Inikah ajaran Islam tentang pengurusan jenazah saudara seagama. Wajarkah perlakuan demikian?? Islam pada nama bukan pada amalan!!

MAUT GEMPA DI TURKI MENINGKAT...?


ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.
Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 25/10/2011

SELEKOH TERAKHIR...?


23 OKT. 2011: Penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli (No. 58) bersaing di selekoh kedua di pusingan akhir sebelum mengalami kemalangan dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang waktu tempatan di Kejohanan Moto GP Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang. - Utusan/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 25/10/2011

23 Oktober 2011

ISLAM DIJAJAH LAGI...!

KERANA KEJAHILAN SENDIRI

Sebuah lagi negara Islam yang tumbang dan terkubur oleh komplot Barat. Bermula dengan Iraq, Mesir, Libya...... mungkin Yaman, Syria.... dan apa-apa lagi. Perhatikan dengan mata hati, bukanya dengan batang kayu api, betapa bodohnya orang-orang kita, demi kealpaan dan keadilan kononnya, orang Islam makin dijajah. Dijajah oleh tangan kita sendiri.  Tangan orang Islam yang katanya, berjuang kerana Allah. Tetapi di belakangnya Amerika dan Yahudi. Renung-renungkan... 

20 Oktober 2011

KOPI TAHI MUSANG...?


Biji kopi daripada tahi musang....

LELAKI Indonesia yang menggelarkan dirinya Raja Luwak, Gunawan Supriadi kini berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan tinggi kopi luwak yang diproses daripada najis-najis musang peliharaannya.
Gunawan tidak bersendirian, pengusaha-pengusaha lain turut mengalami dilema yang sama.
Pengeksport-pengeksport berkata, permintaan terhadap biji kopi yang diproses daripada haiwan berbulu spesies musang atau lebih dikenali sebagai luwak meningkat secara mendadak dalam kalangan penggemar kopi di seluruh dunia.
Di ladangnya yang terletak di daerah, Lampung Barat, Sumatera terdapat sekitar 40 ekor musang yang memproses biji kopi secara semula jadi di bawah jenama kopi Raja Luwak. Daerah itu sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi luwak.
Sumber: Kosmo! Online, 20/10/2011
Komen Penulis: Biji kopi yang diambil daripada sisa najis musang kemudian diproses menjadi kegilaan manusia yang semestinya kadang-kadang terlalu gila!

MOTOSIKAL TAHI MANUSIA....?


TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.
Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.
Sumber: Kosmo Online, 20/10/2011
Komen Penulis: Amat produktif bagi orang yang kerap cirit-birit.

19 Oktober 2011

PADAH SEKS BEBAS...?

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.
Bayi tak berdosa menjadi korban manusia gila...
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Sumber: www.Hmetro.com.my, 18/10/2011


Komen penulis: Orang yang bertanggungjawab dalam kes ini sepatut dihukum dengan seberat-berat hukuman.

17 Oktober 2011

DI MANA-MANA PUN BOLEH...?


Takkan manusia pun nak tiru biawak...????
Kita diberikan akal dan agama oleh Tuhan,
Gunakanlah sebaik-baiknya......
Agar dapat dibezakan antara manusia dengan haiwan.......

16 Oktober 2011

MACBOOK PALING MURAH...?


Harga selepas potongan ...RM3.50 (lauk ayam pedas)

ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT


Salah parking...!

Aksi akrobatik...!

Dah tak sempat....! ....mengucap.....!

Batu siapa ni...?

Juadah tengah hari....?

Bola siapa kena kepala aku...?

15 Oktober 2011

KLATE GAGAL PERTAHAN PIALA MALAYSIA...!



PERCATURAN M. KARATHU MEMAKAN DIRI...
Kelantan gagal pertahankan Piala Malaysia dan terpaksa akur akan kepintaran pasukan Penyu mengaturkan strategi mengekang asakan The Red Warriors yang ibarat harimau yang terluka. Walaupun menyerang kubu lawan bertali arus, tetapi kubu pertahanan sendiri pula dibolosi lawan 2 gol berpunca daripada serangan mengejut yang sekali-sekala oleh Terengganu. Kelantan berjaya membalas jaringan tersebut menjadikan keputusan perlawanan malam tadi 2 - 2. 
Tahniah Daud Su kerana anda bertindak bijak untuk 'kad merah' dan melihat rakan-rakan anda dimalukan di tengah padang.!!!
KEPUTUSAN SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 14/10/2011:-
  • KELANTAN VS TERENGGANU: 2 - 2 (AGREGAT: 3 - 5)
  • PERAK VS SELANGOR: 0 - 1 (AGREGAT: 1 - 4)
  • T-TEAM VS SABAH: 2 - 1 (AGREGAT: 4 - 2)
  • NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED: 3 - 0 (AGREGAT: 3 - 1) 
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2011:-
  • TERENGGANU VS SELANGOR
  • T-TEAM VS NEGERI SEMBILAN

13 Oktober 2011

HALO BULAN...?


10 OKT. 2011: Fenomena "Halo Bulan" iaitu fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais pada awan jenis sirus yang dirakamkan di Ampang, Selangor. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/10/2011