RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma.
Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes. Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.
Lymphocytes ialah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.
Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut apabila sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Hal ini menunjukkan wujudnya jangkitan. Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor.

Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak.
Perunding Perubatan Dalaman Hematologi & Onkologi Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr Abdul Aziz Baba, berkata dalam kes pesakit lymphoma yang beralih kepada leukemia, pesakit perlu faham bahawa leukemia bermula dari darah dan lymphoma pula dari nodus limfa. Tetapi ada juga lymphoma yang bermula dari darah dan ia dikenali sebagai lymphoma leukemia tetapi keadaan ini masih tidak begitu jelas.
Dr Abdul Aziz berkata, leukemia atau lymphoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Bagaimanapun, lama kelamaan apabila ia semakin merebak leukemia dan lymphoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.
“Pesakit akan merasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal pada kulit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan