PILIHANKU

TAJAAN

30 Mei 2010

MANGSA SERANGAN 2 MASJID DI LAHORE...?


Lebih 80 dikebumi berasingan 


2010/05/30

ANGGOTA Qadiani   berkawal di kawasan perkuburan mangsa serangan dua masjid di Lahore, Pakistan, kelmarin.
ANGGOTA Qadiani berkawal di kawasan perkuburan mangsa serangan dua masjid di Lahore, Pakistan, kelmarin.
Anggota Qadiani batal pengebumian beramai-ramai, bimbang keselamatan 

LAHORE: Mangsa serangan terhadap dua buah masjid kelmarin dikebumikan secara berasingan selepas anggota Qadiani membatalkan pengebumian beramai-ramai lebih 80 mayat, atas alasan mereka bimbang akan diserang lagi.
“Kami tidak puas hati dengan langkah keselamatan yang disediakan. Kami sudah membatalkan pengebumian beramai-ramai,” kata Salim-u-din, jurucakap masyarakat Qadiani atau Ahmadiah Lahore.
“Kami sudah menggali 93 buah kubur untuk upacara pengebumian. Lebih 30 mayat sudah dikebumi setakat ini,” kata jurucakap itu. 

Pengebumian juga dilakukan di Chinab Nagar, sebuah bandar 160 kilometer di barat Lahore dan sebuah pusat spiritual bagi masyarakat Qadiani di Pakistan. 

Pegawai di Lahore berkata angka kematian dalam kejadian kelmarin masih sama. 

“Mengikut rekod saya, 82 orang terkorban, tetapi kami sedang berusaha mendapatkan maklumat terbaru daripada hospital,” kata pegawai pentadbir, Amin Chupra. 
Mangsa dibunuh apabila militan yang disyaki golongan Sunnah yang memakai vest bunuh diri, merempuh masuk ke dewan solat di masjid Garhi Shahu dan Bandar Model, dan melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan serta menahan tebusan. 

“Kami menerima ancaman sejak tahun lalu lagi,” kata Qamar Suleman, pemimpin masyarakat di Garhi Shahu. 

“Tiga orang pengganas mula menyemburkan peluru, saya tidak dapat membayangkannya dengan kata-kata,” kata seorang lagi pemimpin masyarakat, Ishaq Ahmed. 

“Saya percaya saya akan dibunuh jika mereka nampak saya pada bila-bila masa selepas ini,” katanya, yang bersembunyi di pintu masuk masjid ketika serangan. 

Di Chinab Nagar, pasar dan bazar ditutup semalam dan orang ramai kelihatan mengunjungi kubur secara berkumpulan. – AFP 
Ubah suai daripada sumber: Berita Harian, 30/5/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan