PILIHANKU

TAJAAN

23 Februari 2012

PLANET BAHARU BERAIR...?



NEW YORK 22 Feb. - Beberapa orang penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemukan sebuah planet baru yang diliputi air.
"GJ1214b ialah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.
"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/2/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan