PILIHANKU

TAJAAN

31 Mei 2010

CALCUTTA: Nahas Kereta api meragut 145 nyawa...?




CALCUTTA, India 30 Mei - Perkhidmatan kereta api di sepanjang timur India menyambung semula operasi hari ini selepas dua hari tragedi kemalangan kereta api akibat disabotaj pemberontak Mao meragut 145 nyawa, kata pihak berkuasa.
Sebanyak 13 buah gerabak kereta api berkelajuan tinggi itu tergelincir sebelum dilanggar oleh sebuah kereta api kargo di barat Bengal awal Jumaat lalu. Polis mendakwa pemberontak melakukan sabotaj terhadap landasan kereta api.
Ketua Inspektor Polis Calcutta, Surojit Kar Purkayastha berkata, sekurang-kurangnya 150 orang masih dirawat akibat kecederaan teruk di hospital berdekatan tempat kejadian di bandar kecil Sadiha, kira-kira 150 kilometer arah barat ibu negeri Calcutta.
Sumber: Ubah suai daripada Utusan Online, 31/5/2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan