PILIHANKU

TAJAAN

22 April 2012

KENAPA TAK GANTUNG...?

Khalid Dedah Agenda Sebenar FAM



Meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu, nampaknya cakap-cakap mengenai isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa masih menjadi topik hangat yang dibualkan pengemar sukan bolasepak negara, termasuklah dari kalangan bekas pemain kebangsaan sendiri.

Khalid Ali, yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama 9 tahun pada pertengahan tahun 70-an hingga 80-an, berkongsi rasa kecewa dan mendedahkan bahawa dia dan beberapa orang rakan lain tahu apa agenda sebenar di sebalik penggantungan TSAM, ketika ditemui SS di satu majlis ringkas yang dianjurkan untuk bekas atlet negara petang tadi.

“Pertama sekali saya nak tanya jawatan timbalan itu lantikan atau undian? Kalau undian jangan cakap kepada saya bahawa timbalan tidak mempunyai hak eksekutif untuk bersuara!! undang-undang negara mana diguna pakai ni? Kalau TSAM menang jawatan timbalan melalui UNDIAN, dia mempunyai EXECUTIVE RIGHTS untuk bersuara, kalau tak, tak perlulah dia pegang jawatan itu dan duduk dalam FAM, jawatan paling tinggi selepas presiden, tapi tidak boleh menegur apa-apa? Kelakar rla sistem dia orang ni, kenapa FAM begitu dengki dan tidak pernah memberi peluang kepada orang yang betul-betul PASSIONATE terhadap bola sepak untuk berbakti? Naik sikit, mereka cantas,”

“jangan ingat saya tak tahu agenda sebenar mereka ni, they have their OWN AGENDA! Saya bukan nak wujudkan gimik atau polemik, nak bukti? Awak tengoklah berapa banyak kenyataan dikeluarkan Tengku Mahkota, termasuk semalam kenyataan tentang ranking, itu tak menjadi kesalahan ke?? Kenapa si Azudin tak gantung dia? Atau dia (Azudin) takut kena gantung terus?? Kenapa ada 'double standard'? Saya bukan minta TM digantung, tapi saya mahu rakyat dan peminat fikir, TSAM kena gantung kerana bersuara tentang prestasi pasukan negara, TM pula bercakap tentang ranking yang mana secara langsung berkenaan dengan prestasi pasukan negara, kedua-duanya timbalan tapi seorang disokong, seorang lagi dihukum??..”.

“Kalau awak nak tahu, Presiden FAM ni sebenarnya nak berundur sudah, dia nak kosongkan kerusi dia, tapi dalam masa sama nak anak dia (TM) yang naik jadi presiden. Takkan senang-senang nak bagi kerusi diraja kat orang luar? Sekarang kalau awak tanya saya sekalipun, saya mahu TSAM yang dilantik jadi presiden, dia sudah terbukti bagus, tak perlu saya cakap. Exco dan ahli gabungan FAM pun saya yakin akan calonkan TSAM berbanding TM, apa sumbangan dia? TM ada persatuan lain nak jaga, macam mana nak bagi komitmen? So mereka dapat peluang, mereka KILL dia (TSAM)..kalau tak percaya, tanyalah kawan-kawan saya tu, semua ex-national, mereka tahu tentang perkara ini”. – Khalid Ali.

Klasik : Khalid berentap bersama Allahyarham Mokhtar
Pada zaman kegemilangannya, Khalid merupakan tonggak tengah skuad negara, dan pernah membantu pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, yang mana kita kemudiannya menarik diri sebagai bantahan terhadap pencerobohan Russia ke atas Afghanistan -  itu juga kali terakhir skuad bola sepak negara layak ke temasya terulung dunia itu, dan Khalid menyifatkan kegagalan itu sebagai suatu TRAGEDI HITAM bola sepak tanah air, dan MENGHENTAM Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad yang memalukan bola sepak negara dengan mengeluarkan kenyataan RANKING TIDAK PENTING. 

Tambahnya lagi, Azuddin sepatutnya angkat kaki dari FAM dan berpendapat calon terbaik untuk mengisi jawatan SU Agung ialah Rosli Hussin, bekas pemain Kelantan dan kebangsaan, yang disifatkannya cukup tegas dan berdisiplin.

“saya rasa dia (Azuddin) tu bodoh dan tidak layak untuk duduk di kerusi SU Agung, perlu ganti dengan orang yang tahu pasal bola, Rosli Hussin cukup sesuai, dia bekas pemain dan berdisiplin tinggi. Zaman saya main dulu, presiden Tan Sri Abu Samah, S/U Datuk Yaw, ranking adalah cukup penting, kita jagoan Asia, semua team nak lawan kita masa tu, sekarang kenapa kita asyik lawan Bangla, Maldives, India? Tak lama lagi lawan Papua New Guinea? Saya dengar Rajagobal juga cakap benda sama, PAK TURUT la katakan, kalau dia lawan kena pecat macam Sathia, sejak Presiden FAM sekarang ambil alih, kita tak pernah ke Olimpik, tunggu 20 tahun untuk menang emas Sukan Sea..”.

Khalid juga mendedahkan dia tahu tentang penyelewengan duit berpuluh juta yang difailkan di bawah Tabung Pembangunan FAM sebelum ini, selain sebab sebenar mengapa pembinaan kompleks moden yang menempatkan pejabat baru FAM di Janda baik yang sepatutnya siap pada 2009, masih tertangguh – namun tiada bukti untuk SS mendedahkan tentang perkara itu dengan lebih terperinci buat masa ini.

Sumber: www.suarasukan1mas.blogspot.com

KLATE SERI DI KB...?


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA (21/4/2012):-

  • KELANTAN VS KEDAH: 1 - 1
  • TERENGGANU VS SIME DARBY: 1 - 2
Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 1 Mei 2012.

21 April 2012

NAHAS UDARA PAKISTAN....?

Pakistani rescue workers and police officers look for survivors amid the wreckage of a passenger plane which crashed on the outskirts of Islamabad, Pakistan, Friday, April 20, 2012. A Pakistani passen
Rescue workers carry the body of a victim retrieved from the wreckage of a Boeing 737 airliner which crashed in Islamabad
An aviation official goes through the wreckage of a Boeing 737 airliner which crashed in Islamabad
An army soldier walks through the wreckage of a Boeing 737 airliner which crashed in Islamabad
An airport source said the plane had been due to land at Islamabad airport at 6:50 pm (1350 GMT)
127 TERBUNUH....
Pakistani rescue workers and police officers look for survivors amid the wreckage of a passenger plane which crashed on the outskirts of Islamabad, Pakistan, Friday, April 20, 2012. A Pakistani passenger jet with 127 people on board crashed into wheat fields Friday as it was trying to land in a thunder storm at an airport near the capital Islamabad. Sobbing relatives of those on the flight flocked to the airport, and officials said there appeared to be no survivors. (AP Photo/Anjum Naveed)

30 MINIT MENAHAN SAKIT...?

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Kepala Batas cuba mengeluarkan Mohd Hanif Mokhtar yang tersepit selepas lori ais dipandunya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Permatang Buloh, Kepala Batas. Foto: Zulfa Mohamad (20/04/2012)
Anggota Bomba dan Penyelamat Kepala Batas sedang mengeluarkan Mohd Hanif Mokhtar yang tersepit selepas lori ais yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Permatang Pauh 20 April 2012.

18 April 2012

DSA 13...?


KUALA LUMPUR 13 April 2012 - Sebuah jet pejuang dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini sempena Pameran Pertahanan dan keselamatan Asia (DSA) yang ke-13 yang bakal pada 16 hingga 19 April dengan disertai 400 syarikat dalam industri pertahanan dan keselamatan. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 17 April 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencuba senjata yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-13 ketika melawat pameran tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 18/4/2012

17 April 2012

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2012...?

17 APRIL 2012

KLATE GOMO T-TEAM...?


KEPUTUSAN LIGA SUPER 17 APRIL 2012:-
  • T-TEAM VS KELANTAN: 1 - 2
  • LIONS XII VS PKNS FC: 5 - 0
  • SARAWAK VS KEDAH: 0 - 2
  • NEGERI 9 VS TERENGGANU: 1 - 1
  • PERAK VS SABAH: 2 - 2
  • SELANGOR VS JOHOR FC: 2 - 0
  • FELDA UNITED VS KUALA LUMPUR: 1 - 0

GRADUASI FARIS PETRA 2012...?

PERKARA:  MAJLIS GRADUASI 2012
TARIKH:  17 APRIL 2012
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN GEMILANG SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA.

ATUR CARA LENGKAP MAJLIS
  • 11.00 PG - 12.00 TENGAH HARI: Pendaftaran Graduan dan mengambil jubah.
  • 02.00 PETANG: Ibu bapa dan Dif Jemputan mengambil tempat di dewan.
  • 02.15 PETANG: Perarakan Graduan dan Kakitangan Akademik.
  • 03.00 PETANG
  • Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V disambut oleh Jemaah Penyambut D'Raja dan diiringi berangkat masuk ke Bilik Rehat D'Raja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat masuk ke Dewan Gemilang, SMS Tengku Muhammad Faris Petra.
  • "SELAMAT SULTAN" dimainkan.
  • Bacaan Doa.
  • Persembahan Ucapan Oleh Y.Brs. Pengetua SMS Tengku Muhammad Faris Petra.
  • Persembahan Perisytiharan Majlis Graduasi 2012 bermula.
  • Pengurniaan Anugeraj Khas PIBG 2012, Anugerah Khas Alumni 2012, Sijil-sijil Graduasi, Anugerah Panitia Cemerlang PMR 2012, Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2011 dan Anugerah Kohormat Kepimpinan Pendidikan 2012 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.
  • Persembahan Cenderamata kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V oleh Y. Brs. Pengetua SMS Tengku Muhammad Faris Petra.
  • Persembahan Pengisytiharan Majlis Graduasi 2012 SMS Tengku Muhammad Faris Petra tamat.
  • "SELAMAT SULTAN" dimainkan.
  • 04.00 PETANG
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat keluar meninggalkan Dewan Gemilang SMS Tengku Muhammad Faris Petra.
  • Perarakan keluat Tetamu Kehormat
  • Perarakan keluar para guru
  • Perarakan keluar para graduan
  • 04.15 PETANG
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat ke Bilik Santapan untuk Santapan D'Raja.
  • Santapan Minum Petang
  • 05.00 PETANG
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berangkat pulang meninggalkan majlis.
  • Majlis Bersurai.

KONON JADI PEJUANG...?


PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.

Tahniahlah kepada pelajar IPTA yang turut serta dalam membuat demonstrasi protes tersebut. Anda semua ada gaya seorang pejuang keadilan? Tapi apalah buat kecoh-kecoh? Jika anda tak mahu PTPTN, jangan mohon. Dan jika dah termakan, pulangkan balik duit kerajaan tu. Habis cerita..... Balik, balik, balik..... pi study nu.... Hang semua bukannya khatam lagi.....!!!

Kalau dah layak mengundi, tunggu PRU 13, pangkahlah parti yang selari dengan selera kamu.... habis cerita......

16 April 2012

JATUH ANUAR SATU KONSPIRASI BODOH...?

Tan Sri Anuar Musa...
Individu yang berperanan besar memajukan bola sepak negara...!
Firasat mengatakan Tan Sri Annuar Musa akan dilepas tanpa dikenakan sebarang hukuman, sekadar diberikan amaran keras malah ramai juga rakan media yang berpendapat sedemikian,  namun, skrip yang telah dicipta sejak awal sememangnya tidak mampu diubah.

Hukuman gantung yang dikenakan sudah diduga sejak sebelum perbicaraan bermula lagi malah tidak keterlaluan kiranya dikatakan bahawa usaha Annuar mengumpulkan bahan bukti sama ada berbentuk teks mahupun rakaman video, berhujah membela diri sebenarnya satu tindakan yang sia-sia.

Digantung 2 tahun setengah, atau 30 bulan berkuat kuasa 4 April 2012, tanpa sebarang peluang membuat rayuan memandangkan hukuman yang dijatuhkan ini disifatkan sebagai paling minimum oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak, sekali gus bermakna arena bola sepak tempatan kehilangan seorang lagi tokoh yang cukup berpengaruh  dalam mentransformasikan bola sepak tempatan, khususnya di Kelantan.

Bacaan lanjut boleh dibuat dengan mengunjungi laman blog sukan di bawah.


suarasukan1mas.blogspot.com

Sumber: Suarasukan 1 mas.blogspot.com

KEPUTUSAN LIGA SUPER 14 APRIL 2012:-

  • PKNS FC VS LIONS XII: 1 - 0
  • KELANTAN VS T-TEAM: 1 - 1
  • JOHOR FC VS SELANGOR: 1 - 1
  • SABAH VS PERAK: 1 - 3
  • TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN: 1 - 0

15 April 2012

PESAWAT TENTERA TERBESAR...?


SUABNG 15 April 2012 - Orang ramai hadir menyaksikan pesawat pengangkut tentera terbesar, Airbus A400M yang membuat pendaratan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini hari ini. - UTUSAN/MOHD SHAHARANI SAIBI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/4/2012

10 April 2012

GELORA DI SELATAN THAI....?

Gambar-gambar di bawah ini adalah sebahagian kecil bukti kezaliman penjajah Thai. Mereka menindas orang Islam seperti binatang. Mereka tidak pernah menganggap orang Melayu Thai sebagai manusia.

Seorang pemimpin masyarakat Melayu Thai dibelah perut dengan pisau hidup-hidup....

Mangsa tentera Thai yang ditembak di kepala selepas gagal memberikan kerjasama....

Gadis yang diperkosa kemudiannya dibunuh....

Sumber: Blog Patinikini.wordpress. com

09 April 2012

YAHUDI MUSUH ALLAH...?


ALOR SETAR 6 APRIL 2012: Ahli Perkasa Kedah membantah kedatangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Alor Setar dengan mengadakan demonstrasi. - UTUSAN/HALIM KHALID

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/4/2012

AARON AZIZ PEMENANG ANUGERAH 2012...?



GENTING HIGHLAND 8 April 2012 - Dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan Pelakon Lelaki Paling Popular, Aaron Aziz Mustapha dicium isterinya Diyana Khalik (kiri) bersama trofi pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Arena Allstar Genting Highland di sini hari ini. - UTUSAN/NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/4/2012

KARAM PESTA BENAK 2012...?


SRI AMAN 8 April 2012 - Sebuah bot nelayan dipukul ombak muara sungai atau dikenali di Sarawak sebagai benak ketika sambutan Pesta Benak 2012 di Sungai Batang Lupar, di sini hari ini. Walaupun bot tersebut berguling lalu tenggelam ketika kejadian, lima orang penumpang bot berjaya diselamatkan oleh bomba. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/4/2012

BLOG POPULAR MALAYSIA...?



Senarai Top Blog Malaysia 2012

  1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
  2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
  3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  10. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
  23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)
  24. Denaihati.com (The best)
  25. FaRiS-PeTrA.com 

HONEYKOYUKI.BLOGSPOT.COM...?

Fatin Liyana
Baru-baru ini penulis terbaca berita tentang seorang bloger yang telah memenangi anugerah ..... Ohhh.. kagum betul penulis apabila mendapat tahu blog beliau "honeykoyuki.blogspot.com" dikunjungi ratusan ribu pelawat maya dan jumlah pageviewsnya mencecah angka jutaan... Tuan punya blog tersebut tak lain dan tak bukan ialah Fatin Liyana, seorang pelajar perubatan. Gaya penulisan yang bersahaja dan info tentang pengalaman melancong beliau serta foto-foto menarik rasanya menjadi kelebihan blog beliau. Lebih-lebih lagi bloger perempuan yang cantik mudah mencuri perhatian....  

Tahniah Fatin.

08 April 2012

KES ANUAR: ADA JALAN PENYELESAIAN...?



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis  antara FAM dengan Tan Sri Annuar Musa ekoran hukuman penggantungan dua tahun setengah terhadap Timbalan Presiden FAM itu pada 4 April lalu.
Dalam reaksinya terhadap penggantungan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Tengku Abdullah turut meluahkan rasa kesal  atas apa yang berlaku.
Dalam masa yang sama, baginda melahirkan rasa simpati terhadap Annuar yang digantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA.
Namun apa yang membimbangkan baginda, penggantungan Annuar, yang didapati bersalah kerana membuat kenyataan media tanpa izin yang melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif 4 Februari lalu, mungkin mewujudkan keretakan dengan FAM.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/4/2012

Komen penulis: Apa untungnya FAM bertindak menghukum Anuar? Adakah tindakan itu akan memperkasakan FAM? Adakah dengan menidakkan sumbangan Anuar akan dapat memajukan bola sepak negara yang masih tercari-cari penawarnya. 

07 April 2012

KLATE SERI DI KUCHING...?


KEPUTUSAN LIGA SUPER 7/4/2012:-
  • SARAWAK VS KELANTAN: 1 - 1
  • SELANGOR VS TERENGGANU: 6 - 1
  • FELDA UNITED VS KEDAH: 2 - 0
  • JOHOR FC VS LIONS XII: 0 - 1
  • T-TEAM VS PKNS: 1 - 4
  • PERAK VS KUALA LUMPUR: 2 - 1
  • NEGERI SEMBILAN VS SABAH: 2 - 2

NASI KOMOK...?


Pernah dengar nasi 'komok'? Makanan ini semakin popular di Kelantan. Sebenarnya nasi komok ini berasal dari Selatan Thai. Di sana mereka sebut 'Khao Mok Gai' atau nasi beriani ala Thai. 

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras Basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.
BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
Sumber: Aziancollections

KERETA API MANUSIA...?





Beginilah glamournya pengangkutan kereta api di India
Ada berani...?
Kerana kereta api...
Harga nyawa begitu MURAH di INDIA....

FOTO PEMBUNUH KEJAM...?


KOMBINASI gambar Manson dari tahun 1969 sehingga tahun lalu.


LOS ANGELES - Gambar baharu banduan digeruni, Charles Manson yang dipenjara selama 40 tahun kerana terlibat dalam satu siri pembunuhan kejam telah didedahkan oleh pihak berkuasa penjara California kelmarin.
Manson yang berusia 77 tahun dikatakan akan menghadiri perbicaraan parol yang baharu pada Rabu depan.
Gambar itu menunjukkan dia kelihatan tidak kemas dengan rambut beruban dan berjambang.
Sumber: Kosmo Online, 7/4/2012

HARIMAU MALAYA HILANG TARING...?


Mungkinkah menjadi realiti atau mimpi....
PRESTASI SEMASA HARIMAU MALAYA BIMBINGAN RAJAGOBAL
  • MALAYSIA VS AUSTRALIA: 0 - 5
  • MALAYSIA VS INDIA: 1 - 1
  • MALAYSIA VS INDIA: 2 - 3
  • MALAYSIA VS KELANTAN: 5 - 0 (Sebahagian pemain Kelantan menyarung jersi Malaysia)
  • MALAYSIA VS SABAH: 1 - 0
  • MALAYSIA VS FILIPINA: 1 - 1
  • MALAYSIA VS SARAWAK: 1 - 1
Prestasi yang meresahkan semua pihak.

PAMERAN HALAL...?

06 April 2012

MINYAK WANGI ALKOHOL DIHARUS...?


ALKOHOL MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah memutuskan bahawa:-
  • Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol mengandungi arak. 
  • Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya HARAM dan NAJIS.
  • Alkohol yang terhasil bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya TIDAK NAJIS tetapi HARAM diminum.
  • Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah HARAM diminum.
  • Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah HALAL.
  • Tapai HALAL dimakan.
  • Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan TIDAK NAJIS dan boleh dimakan.
  • Ubat-ubatan dan PEWANGI yang ada kandungan alkohol adalah HARUS dan DIMAAFKAN. 

    Sumber: Fatwa Pilihan, Utusan Malaysia, 6/4/2012

    BARCA MENANG 3 - 1...?


    KEPUTUSAN SUKU AKHIR KE-2:- (4 APRIL 2012)

    • BARCELONA VS AC MILAN: 3 - 1 (BARCA MENANG AGREGAT: 3 - 1)
    • BAYERN MUNICH VS MARSEILLE: 2 - 0 (BAYENR MENANG AGREGAT: 4 - 0)

    ALAHAI FAM...?


    TAKUT KRITIKAN, JANGAN BERPERSATUAN...
    Kerana memberikan sedikit komen dan kritikan terhadap prestasi skuad bola sepak bimbingan Rajagobal, Tan Sri Anuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan. Anuar tu siapa? Timbalan Presiden FAM... Jika orang sepenting Anuar pun kena gantung, tak tahu nak cakaplah. Takut sangatkah FAM jika ada orang nak kritik. Bukankah kritikan itu penting untuk membetulkan keadaan, muhasabah diri dan perkongsian pendapat. FAM kata Anuar tak boleh kritik FAM secara terbuka? Jadi rakyat dan peminat bola sepak tanah air tak boleh ambil tahu atau nak tahu? Nak sorok kepada penyokong? Bila nak maju bola sepak Malaysia? Kalau macam ini, tunggu kucing bertanduklah jika nak tengok pasukan Malaysia bermain di Piala Dunia.
    FAM kena tengok setiap kritikan itu dari sudut positif. Apa salahnya puak-puak orang besar FAM turun padang tengok apa Rajagobal buat. Orang seperti Tan Sri Anuar perlu diberikan sedikit ruang. Rasanya tidak melampau saya katakan Anuarlah antara individu yang berjaya menghidupkan balik semangat bola sepak tanah air. Tengok perkembangan bola sepak Kelantan pada hari ini. 
    Kini kita berada dalam zaman 'langit terbuka'. Bagaimana sorok pun orang akan tahu. Bukalah minda, jangan syok sendiri. Sebarang kritikan, walau daripada sesiapa pun hendaklah diterima dengan hati yang terbuka. Kritikan biasanya datang daripada orang yang ambil berat.....
    PELIK TAPI PELIK....

    05 April 2012

    SABAR TAN SRI...?


    KELANA JAYA 4 April 2012 - Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa tiba di Wisma FAM sambil di sambut penyokong-penyokong Kelantan ketika menghadiri kes perbicaraan berhubung kontroversi mengkritik skuad kebangsaan ketika di FAM Kelana Jaya, di sini hari ini. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN

    Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/4/202

    04 April 2012

    KLATE GOMO KELAB INDON...?


    PIALA AFC
    KEPUTUSAN PERLAWANAN 4 APRIL 2012:-
    • KELANTAN VS AREMA (INDONESIA): 3 - 0
    • TAMPINES R (SINGAPURA) VS TERENGGANU: 0 - 1