PILIHANKU

TAJAAN

06 April 2012

ALAHAI FAM...?


TAKUT KRITIKAN, JANGAN BERPERSATUAN...
Kerana memberikan sedikit komen dan kritikan terhadap prestasi skuad bola sepak bimbingan Rajagobal, Tan Sri Anuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan. Anuar tu siapa? Timbalan Presiden FAM... Jika orang sepenting Anuar pun kena gantung, tak tahu nak cakaplah. Takut sangatkah FAM jika ada orang nak kritik. Bukankah kritikan itu penting untuk membetulkan keadaan, muhasabah diri dan perkongsian pendapat. FAM kata Anuar tak boleh kritik FAM secara terbuka? Jadi rakyat dan peminat bola sepak tanah air tak boleh ambil tahu atau nak tahu? Nak sorok kepada penyokong? Bila nak maju bola sepak Malaysia? Kalau macam ini, tunggu kucing bertanduklah jika nak tengok pasukan Malaysia bermain di Piala Dunia.
FAM kena tengok setiap kritikan itu dari sudut positif. Apa salahnya puak-puak orang besar FAM turun padang tengok apa Rajagobal buat. Orang seperti Tan Sri Anuar perlu diberikan sedikit ruang. Rasanya tidak melampau saya katakan Anuarlah antara individu yang berjaya menghidupkan balik semangat bola sepak tanah air. Tengok perkembangan bola sepak Kelantan pada hari ini. 
Kini kita berada dalam zaman 'langit terbuka'. Bagaimana sorok pun orang akan tahu. Bukalah minda, jangan syok sendiri. Sebarang kritikan, walau daripada sesiapa pun hendaklah diterima dengan hati yang terbuka. Kritikan biasanya datang daripada orang yang ambil berat.....
PELIK TAPI PELIK....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan