PILIHANKU

TAJAAN

16 April 2012

JATUH ANUAR SATU KONSPIRASI BODOH...?

Tan Sri Anuar Musa...
Individu yang berperanan besar memajukan bola sepak negara...!
Firasat mengatakan Tan Sri Annuar Musa akan dilepas tanpa dikenakan sebarang hukuman, sekadar diberikan amaran keras malah ramai juga rakan media yang berpendapat sedemikian,  namun, skrip yang telah dicipta sejak awal sememangnya tidak mampu diubah.

Hukuman gantung yang dikenakan sudah diduga sejak sebelum perbicaraan bermula lagi malah tidak keterlaluan kiranya dikatakan bahawa usaha Annuar mengumpulkan bahan bukti sama ada berbentuk teks mahupun rakaman video, berhujah membela diri sebenarnya satu tindakan yang sia-sia.

Digantung 2 tahun setengah, atau 30 bulan berkuat kuasa 4 April 2012, tanpa sebarang peluang membuat rayuan memandangkan hukuman yang dijatuhkan ini disifatkan sebagai paling minimum oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak, sekali gus bermakna arena bola sepak tempatan kehilangan seorang lagi tokoh yang cukup berpengaruh  dalam mentransformasikan bola sepak tempatan, khususnya di Kelantan.

Bacaan lanjut boleh dibuat dengan mengunjungi laman blog sukan di bawah.


suarasukan1mas.blogspot.com

Sumber: Suarasukan 1 mas.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan