PILIHANKU

TAJAAN

06 Jun 2012

TIADA YANG HIDUP...?

159 KORBAN NAHAS DANA AIR
LAGOS 5 Jun - Angka kematian akibat nahas pesawat Dana Air MD83 di sini, meningkat kepada 159 orang, selepas beberapa lagi mayat penghuni yang mendiami bangunan lokasi kapal terbang tersebut terhempas, ditemui hari ini.
Menurut pasukan penyelamat, jumlah itu mungkin meningkat berikutan kerja-kerja mencari dan menyelamat yang masih diteruskan.
"Antara mereka yang terkorban merupakan sepasang suami isteri dan seorang ibu serta anak perempuannya," kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, hujan lebat menghalang kerja-kerja menyelamat dilakukan awal pagi ini dan pasukan penyelamat bimbang runtuhan bangunan menyukarkan lagi usaha tersebut.
Sehingga kini, mangsa nahas disahkan terdiri daripada beberapa rakyat asing termasuk enam dari China, seorang dari India dan tidak dipastikan jumlah dari Amerika Syarikat.
Menurut pegawai penerbangan awam Nigeria, juruterbang pesawat tersebut merupakan rakyat AS, manakala pembantunya pula seorang warganegara India.
Pasukan penyelamat dan penduduk berkata, pesawat itu terhempas ke atas sebuah gudang berdekatan kawasan kejiranan Iju, utara Lagos selepas ia berlepas dari ibu negara Nigeria, Abuja.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/6/2012
The crash was Nigeria's worst since 1992
No survivors from the plane crash have been found
Rescuers and firefighters search for victims of the Dana Air plane crash
Damaged buildings and debris at site of the crash of a Dana Air plane

Tiada ulasan:

Catat Ulasan