PILIHANKU

TAJAAN

20 Jun 2010

SULTAN TIDAK PERKENAN...?

Tarik anugerah: Sultan tidak perkenan keputusan Pemangku Raja?

KOTA BHARU 19 Jun – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra didakwa tidak memperkenankan tindakan anakanda baginda yang juga Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra yang menarik balik pengurniaan Jaksa Pendamai (JP) dan beberapa anugerah lain terhadap 10 individu yang diumumkan baru-baru ini.
Seorang kerabat terdekat baginda, Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, 77, yang turut ditarik balik anugerah JP berkata, beliau telah menghadap Tuanku Ismail di Istana Mahkota malam tadi dan baginda dikatakan meluahkan kekesalan terhadap tindakan tersebut.
Menurut Tengku Ahmad Zahari, beliau turut terkejut apabila menerima surat berhubung penarikan balik gelaran berkenaan kerana tidak pernah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan ia dilucutkan.
Beliau yang merupakan pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkata, surat penarikan balik pelantikan tersebut yang bertarikh 9 Mei lalu itu ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias.
“Saya telah pergi sendiri menghadap baginda malam tadi untuk bertanya mengenai penarikan balik gelaran itu kerana selain JP beberapa lagi anugerah saya turut dilucutkan seperti Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pinggat Taat (PT).
“Baginda tidak memperkenankan penarikan balik anugerah yang telah saya terima namun saya tidak pasti mengenai individu lain yang turut mengalami nasib sama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan