PILIHANKU

TAJAAN

23 Jun 2011

WANG RM1 JUTA JADI HARTA KARUN....?

DITANAM DI BELAKANG RUMAH

IPOH 22 Jun – Polis menemukan sebuah beg berisi wang tunai lebih RM1 juta ditanam di belakang rumah seorang lelaki berusia 21 tahun dalam satu serbuan di Kuala Muda, Kedah pada 14 Jun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, wang tersebut dipercayai sebahagian wang kes penipuan di Teluk Intan membabitkan kerugian hampir RM7 juta.
Menurutnya, lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Song Siew Weng, 49, dan Chong Heoy Choo, 40, yang disyaki dalang kes penipuan terbabit.
Siew Weng dan Heoy Choo bagaimanapun masih gagal dikesan sejak menghilangkan diri April lalu sebaik kes penipuan tersebut terbongkar.
“Kegiatan penipuan itu terbongkar setelah polis menerima tujuh laporan polis daripada kesemua mangsa.
“Mereka dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan menawarkan pelbagai tender kerajaan seperti membekalkan buah-buahan dan barangan runcit kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kontrak dengan Jabatan Pengairan dan Saliran termasuk mendapatkan tanah rizab kerajaan,” katanya

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/6/2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan