PILIHANKU

TAJAAN

31 Julai 2010

KELANTAN MENANG 3 - 1 TAPI GAGAL...?

Selangor pertahan kejuaraan Liga Super

31/07/2010 10:51pm

KUALA LUMPUR 31 Julai - Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Terengganu di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Tiga mata berharga itu sudah cukup buat Selangor menafikan hajat Kelantan selepas memungut 63 mata, meninggalkan Red Warriors, lima mata di belakang dengan baki satu perlawanan.
Kelantan berjaya menundukkan Johor 3-1 di Stadium JCorp namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor berpesta di Shah Alam.
Gol daripada Mohd. Amirul Hadi Zainal pada minit ke-66 dan jaringan penalti Mohd.Safiq Rahim pada minit ke-74 memastikan kira-kira 30,000 penonton setia Merah Kuning pulang gembira melihat Selangor menjulang trofi di laman sendiri.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan