PILIHANKU

TAJAAN

03 Julai 2011

MALAYSIA LAYAK SETELAH DILANYAK...?


LAYAK SELEPAS PERIT BERJUANG
Harimau Malaya tetap melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia walaupun tewas 2 - 3 kepada Taiwan dalam perlawanan sekejap tadi. Sungguhpun seri 4 - 4, Malaysia layak menerusi peraturan jumlah gol di tempat lawan. Iktibar yang boleh diambil daripada perlawanan tadi ialah tindakan bodoh pemain-pemain pertahanan telah memberikan tekanan kepada pasukan negara. Dua penalti disebabkan kesilapan pertahanan menjatuhkan pemain pihak lawan tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun selalu ditekan lawan, pemain pertahanan perlu tenang dan bertindak menggunakan akal, bukannya perasaan yang jelas tidak mempamerkan sikap seorang pemain yang matang....

Malaysia akan berhadapan Singapura selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan