PILIHANKU

TAJAAN

24 Julai 2011

EPISOD MEMALUKAN HARIMAU MALAYA...?


BARISAN PERTAHANAN JADI PUNCA...?
Tak ambil pengajaran...! Begitulah layaknya kita hamburkan tohmahan kepada jurulatih Dato' Rajagobal. Barisan pertahanan Harimau Malaya sekali lagi membuktikan bahawa mereka merupakan barisan yang lemah dan longlai ketika di padang. 15 gol dilepaskan dalam 3 perlawanan merupakan rekod yang amat memalukan. 3 kekalahan yang memalukan berpunca daripada rapuhnya benteng pertahanan. Peliknya, Rajagopal langsung tidak melakukan perubahan..... seolah-olah tiada pemain lain yang lebih layak. Harimau Malaya tewas kepada Arsenal 0 - 4, Liverpool 3 - 6 dan yang terkini 3 - 5 kepada Singapura membuktikan kita mempunyai barisan pertahanan yang tersangat lemah. 

Barisan pertahanan yang diturunkan ketika berhadapan Singapura malam tadi ialah Muslim Ahmad, Mahali Jazuli, Fadli Shas dan Asraruddin Putra Omar seperti rusa masuk kampung. Lebih suka melihat gerakan lawan sambil kerap berundur ke belakang... mungkin mereka lebih selesa sebagai penjaga gol...? Langsung tidak berkomunikasi antara mereka, sehingga akhirnya melihat apa yang dibuat penyerang lawan tanpa apa-apa cabaran yang munasabah.

Harimau Malaya akan berundur lebih awal daripada saingan jika Rajagobal masih khayal dengan teori dan perancangan yang ketinggalan. 
Gelagat Rajagobal yang menurunkan pemain-pemain yang tenggelam dalam persaingan liga Malaysia juga menjadi tanda tanya? Pemain seperti Fakri Shahrani (Negeri Sembilan), Amar Rosdi (Kedah) dan Ismail Faruki (Terengganu) langsung bagaikan si penyu yang keletihan, tiada idea ketika menerima bola. Mengapakah tidak diturunkan pemain-pemain Kelantan yang menjadi juara Liga Super baru-baru ini.
Wahai Rajagobal.., Bertindaklah sebelum terlambat.... Jangan leka dengan kejayaan lalu...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan