PILIHANKU

TAJAAN

25 Jun 2010

BUTA HATI....?

Lihatlah contoh kekejaman Rejim Zionis...?

Senat AS dakwa IHH pengganas

WASHINGTON 24 Jun - Seramai 87 daripada 100 orang anggota Senat Amerika Syarikat (AS) mendesak penganjur misi bantuan ke Gaza, Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) sebagai satu pertubuhan pengganas.
Desakan itu dikemukakan kepada Presiden Barack Obama semalam, supaya mencontohi tindakan rejim Yahudi yang melabel IHH sebagai pengganas, awal bulan ini.
Dalam surat itu, penggubal undang-undang terlibat memuji tindakan yang diambil Obama 'untuk mencegah penerimaan resolusi tidak adil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang serangan yang dilakukan Israel, yang membawa kepada penilaian segera oleh masyarakat dunia'.
Satu kenyataan Majlis Keselamatan PBB mengutuk serangan tersebut, namun ia tidak berjaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dengan AS menyokong satu siasatan yang dijalankan Israel sendiri.
Senat Amerika turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan mempertahankan diri Israel dalam berhadapan ancaman Hamas, Hizbullah dan Iran.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 25/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan