PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2011

LAGI ANAK GADAFI TERBUNUH...?

pix_gal0

Serangan tentera NATO turut korbankan lebih 30 askar 

BENGHAZI: Seorang lagi anak pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Khamis al-Gaddafi, 28, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di bandar Zliten di barat Libya malam semalam, selain mengorbankan lebih 30 askar kerajaan. 

Jurucakap Pasukan Revolusi Bersatu, Mohammed Zawawi yang memetik maklumat sumber perisikan pemberontak berkata, Khamis disahkan antara yang terbunuh dalam serangan itu.
“Dalam serangan udara NATO ke atas bilik operasi Gaddafi di Zliten malam semalam, kira-kira 32 orang askar kerajaan terkorban. Salah seorang daripada mereka ialah Khamis,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online, 6/8/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan