PILIHANKU

TAJAAN

16 September 2011

26 MAUT DI MAJLIS PENGEBUMIAN...?


PESHAWAR 16 Sept. – Sebutir bom yang disasarkan kepada ahli militan anti-Taliban meletup di satu majlis pengkebumian di barat laut Pakistan semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang manakala 63 orang lagi cedera parah, kata polis.
Insiden di daerah Lower Dir itu berlaku dua hari selepas satu lagi kejadian pengeboman di kawasan barat laut yang mengorbankan empat kanak-kanak dan ia dikaitkan dengan sebuah lagi kumpulan antimilitan.
Menurut polis, mereka masih menyiasat punca bom itu sama ada daripada peranti yang telah ditetapkan masa ataupun pengebom berani mati. - AFP


Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/9/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan