Tiga beradik terbunuh kereta bertembung
Kemalangan maut antara kereta Kancil dan BMW di laluan Bandar Jengka - Kampung Awah berhampiran Felda Jengka 14, Maran, Pahang yang mengorbankan empat orang, semalam. |
KUANTAN 5 Ogos - Tiga beradik dan seorang rakan mereka terbunuh selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan mewah jenis BMW di Kilometer 47.5, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa, Fatin Atikah Muhamed Faizal, 16, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka (HJ) manakala dua adiknya, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6, meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi rakan mereka yang berada di tempat duduk belakang kereta Perodua Kancil, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/8/2010
Sila betulkan kembali tulisan anda, bukan kenderaan mewah jenis BMW, tp kenderaan jenis BMW sahaja, tu BMW lama la..
BalasPadamya.. BMW tu dah buruk.. cuma telah dibaik pulih aje..
BalasPadamjangan over sangat bila menulis,pembaca boleh lihat pada gambar..bmw lama tu..tak mewah lg dahh..
BalasPadamagak2 la kalo nk kata kereta tu mewah...baik kereta kancil tu lagi lawa...
BalasPadamyang meninggal,tetap meniggal takkan pasal ap jenis kenderaan nak gaduh,simpati je la
BalasPadamsalam takziah buat keluarga mangsa...
BalasPadamapa-apa pun terima kasih bbnyak pd penulis sbb tlh melaporkn berita tersebut..terima kasih..
BalasPadamterima kasih juga..
BalasPadam