PILIHANKU

TAJAAN

12 Julai 2010

KEMALANGAN DI TELUPID: 5 SEKELUARGA MAUT...?

5 sekeluarga maut nahas di Telupid

2010/07/12

SANDAKAN: Lima sekeluarga maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler minyak sawit di Simpang Ladang Reka Halus Telupid, kilometer 84 Jalan Sandakan-Telupid semalam. 

Mereka yang maut itu ialah pasangan suami isteri Lakin Suyung, 72, dan isterinya Sapura Abdullah, 52, dua anak mereka, Mohd Ariffin, 30-an, dan Hasnah, 15, serta cucu pasangan itu Nurdell Asniera Haniesah Haidir.

Semua mangsa mati di tempat kejadian dan mayat mereka yang tersepit di dalam kereta yang remuk itu dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata nahas berlaku pada jam 6 petang ketika kereta yang dipandu Mohd Ariffin menuju ke arah Kota Kinabalu manakala lori itu dari arah bertentangan. 

"Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa yang tersepit itu," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA 

Sumber: Berita Harian Online, 12/7/2010

6 ulasan:

  1. erm..
    kawan aku kata..,area reka halus tu mmg bahaya pun..
    jalan seolah2 nmpk lurus..,tp sebenarya ada selekoh..
    syukur alhamdulillah..,waktu lalu kat situ otw ke kk takde aral melintang..
    takziah untuk keluarga mangsa..
    kepada yg nk berjalan2 menggunakan jalan darat..,berhati2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bagi pihak keluarga awrah

      Padam
  2. salam...
    ya kwsn tu mmg ada selekoh sikit,tym aku lalu pun kejadian ne masih baru berlaku.saat itu ramai pengguna jalan raya berhenti tepi jalan dan budak2 pelatih dari JPA3 sedang membantu polis mengawal lalu lintas.ambulans dan bomba belum tiba masa itu dan mangsa kemalangan belum dikeluarkan dari kereta,keadaan luaran kejadian itu sangat menyayat hati bagi sesiapa yang lalu.salam takziah utk keluarga mangsa,bagi pengguna jalanraya berhati-hati di jalan raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bagi pihak keluarga awrah

      Padam
    2. Tq juga pada yg terlibat membantu

      Padam
  3. Maklumat yang awak bagi ni ..harus diperbetulkan...semasa kejadian mana ada nama Lakim Bin Suyong,Al-Fatihah buat keluarga Mohd Ariffin PASKAL terbaik Panglima Hitam

    BalasPadam