PILIHANKU

TAJAAN

27 September 2010

CECACING UNTUK JEJASKAN LOJI NUKLEAR IRAN...?

30,000 komputer Iran dijangkiti cecacing Stuxnet

Stuxnet


TEHERAN - Cecacing Stuxnet telah menjejaskan 30,000 buah komputer di Iran tetapi gagal menyebabkan kerosakan yang serius, kata beberapa orang pegawai negara itu semalam.
Menurut Ketua Majlis Teknologi Maklumat, Kementerian Industri, Mahmoud Liayi, kira-kira 30,000 alamat Internet Protokol komputer telah dijangkiti oleh Stuxnet setakat ini di Iran.
Cecacing itu pada awalnya telah dikenal pasti pada Jun lalu dan  dihasilkan untuk sistem kawalan komputer Siemens yang kerap digunakan untuk menguruskan bekalan air, pelantar minyak, loji tenaga dan kemudahan industri lain.
Menurut penyelidik keselamatan komputer, Ralph Langner, Stuxnet mampu untuk mengenali satu rangkaian kawalan dan memusnahkannya.
Beliau mengesyaki, sasaran Stuxnet ialah kemudahan nuklear Busheher di Iran.
Bagaimanapun, syarikat komputer Siemens mendakwa perisiannya tidak dipasang pada kemudahan nuklear tersebut. - AFP
Sumber: Kosmo Online, 27/9/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan