PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label EKONOMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EKONOMI. Papar semua catatan

10 Oktober 2011

RM417.2 BILION RIZAB ANTARABANGSA BNM...?


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM417.2 bilion (AS$131 bilion) pada 30 September 2011.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan BNM, paras rizab pada 30 September 2011 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi peningkatan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku ketiga.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/10/2011

24 September 2011

GAJI BARU KAKITANGAN AWAM...?


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan Perdana Menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu. Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hidup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sumber: TheMalaysianInsider


23 September 2011

5 TERKAYA DI AMERIKA 2011...?



Kereta Bill Gates...?
BILL GATES MASIH PERTAMA...?
  1. BILL GATES (Microsoft) - RM186 bilion.
  2. WARREN BUFFETT (Berkshire Hathaway Inc) - RM123 bilion
  3. LARRY ELLISON (Oracle) - RM104 bilion
  4. CHARLES KOCH (Koch Industries Inc) - RM78.9 bilion
  5. DAVID KOCH (Koch Industries Inc) - RM78.9 bilion


Sumber: Majalah Forbes

08 Ogos 2011

BONUS 1/2 BULAN...?


LEBIH BAIK DARIPADA TAK DAPAT LANGSUNG...?
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/8/2010

28 Mac 2011

TAK PERLU PINDAH KE BAZAR TOK GURU...?

Usahawan tawar RM5j beli pasar lama MPKB

27/03/2011 10:39pm

KOTA BHARU 27 Mac — Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/3/2011

11 Mac 2011

BILIONAIR ASIA ATASI EROPAH...?


Carlos Slim

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.
Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).
Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.
Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.
Sumber: Kosmo! Online, 11/3/2011

CITIBANK AMAL NEOKOLONISME...?


PERSATUAN Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Citibank berpiket kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan bank tersebut, di hadapan Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 9 Mac. - Utusan/HAFIZ JOHARI

Sumber: Utusan Malaysia Online,11/3/2011

19 Februari 2011

DSAI KOMEN PRESTASI EKONOMI NEGARA...?

MASIH DITINGGALKAN NEGARA JIRAN...?
Walaupun mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2 peratus pada tahun lalu, jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat, keadaan negara ini masih terkebelakang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Singapura dan Indonesia masing-masing mencatatkan pertumbuhan 14.5 dan 6.1 peratus pada tahun 2010. 

"Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura," kata Anwar.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.

Menurut kenyataan itu lagi, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu dan diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, berbeza dengan pertumbuhan Singapura yang disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pengilangan pada kadar 29.7 setahun, pencapaian Malaysia masih malap dalam kedua-dua aspek.

Sumber: www.malaysiakini.com

17 Februari 2011

HANYA 3 JUTAWAN MELAYU...?

POTRET JUTAWAN MALAYSIA TERKINI (2011)

Daripada 20 orang jutawan Malaysia, hanya 3 orang sahaja daripada kalangan orang Melayu. Mereka ialah:-

  • Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari di tempat ke-7 dengan kekayaan RM8.84 bilion
  • Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-11 dengan kekayaan RM3.9 bilion
  • Datuk Mokhzani Mahathir di tempat ke-19 dengan kekayaan RM1.6 bilion
Berdasarkan jumlah harta pada Januari 2011, dua orang yang terkaya di Malaysia ialah:-

  • Tan Sri Robert Kuok di tempat pertama dengan kekayaan RM50.04 bilion
  • Tan Sri Ananda Krishnan di tempat ke-2 dengan kekayaan RM45.78 bilion.


15 Februari 2011

CHINA KEDUA SELEPAS US...?


CHINA RAMPAS TEMPAT KEDUA KUASA EKONOMI DARIPADA JEPUN

China has become the world's second-biggest economy after the US, pushing Japan to third place in 2010.
Japan lost its 42-year ranking after data released by its cabinet office on Monday showed a contraction in the last quarter due to weak consumer spending and a strong yen.
The data underlined the weak state of a Japanese economy burdened by deflation, soft domestic demand and pressured by the industrialised world's biggest debt.

Sumber: Aljazeera.net, 15/2/2011

08 Januari 2011

RIZAB TURUN RM2.7 BILION...?

Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM328.6b

07/01/2011 7:01pm

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan US$106.5 bilion) pada 31 Disember 2010.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
"Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding dolar pada suku keempat,” katanya.
BNM berkata, untuk keseluruhan tahun 2010, rizab antarabangsa menurun sedikit sebanyak RM2.7 bilion kepada RM328.6 bilion (akhir-2009: RM331.3 bilion).

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/1/2011

05 Januari 2011

HARGA MINYAK NAIK LAGI...?

Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/1/2011

04 Januari 2011

PERTUMBUHAN EKONOMI 14.7% KEDUA DI BELAKANG QATAR...?



Lee Hsien Loong, Singapore prime minister, has announced a record 14.7 per cent growth in the country's economy in 2010, making it the second fastest growing economy in the world, behind Qatar.
Gross domestic product expanded 12.5 per cent in the fourth quarter from the same period a year earlier, Lee said in a statement on Friday.
Singapore's three key sectors, manufacturing, finance and tourism, all flourished this year as the global economy bounced back from an economic downturn triggered by the financial crisis of 2008.
Singapore seeks to become one of Asia's top gambling and shopping destinations and the opening of the city-state's first two casino resorts this year attracted record numbers of tourists.
Lee said that the result showed a dramatic recovery from the negative growth of 2009.
He said that growth momentum in Asia is strong while the US economy remains weak and Europe faces a sovereign debt crisis in several countries.

Sumber: Aljazeera.net, 4/1/2011

21 Disember 2010

KEUNTUNGAN ASB SEBANYAK 8.75 SEN SEUNIT...?

Agihan pendapatan ASB 7.50 sen seunit

21/12/2010 3:17pm

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. 

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/12/2010

08 Disember 2010

AS$100 DIKUARANTIN...?



WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bank negara AS mengkuarantin sejumlah wang kertas AS$100 (RM314) yang berteknologi tinggi kerana kesilapan mencetaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nilai keseluruhan wang kertas 100 dolar itu lebih AS$1 bilion (RM3.14 bilion).
Wang kertas bermasalah itu mewakili lebih 10 peratus wang kertas 100 dolar yang digunakan di seluruh dunia ketika ini.
Pada mulanya wang 100 dolar baru itu yang mempunyai tandatangan Timothy Geithner iaitu Setiausaha Perbendaharaan Presiden AS, Barack Obama, akan diagihkan kepada umum pada Februari tahun depan.
Namun, semua wang kertas itu kini disimpan di bilik-bilik kebal di Fort Worth, negeri Texas dan di sini kerana ciri-ciri keselamatannya terlalu kompleks, menyebabkan ia sukar untuk dicetak.
– Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 8/12/2010

20 November 2010

RIZAB BANK NEGARA KUKUH...?

Rizab antarabangsa BNM AS$105.8 bilion

2010/11/19

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM326.455 bilion (AS$105.8 bilion) pada 15 November 2010. 

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Sumber: Berita Harian Online,20/11/2010

16 November 2010

TIM. GABENOR BANK NEGARA BARU...?

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Nor Shamsiah Mohd Yunus  sebagai Timbalan Gabenor BNM untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa esok.  BNM dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, Nor Shamsiah memegang jawatan Timbalan Gabenor berikutan persaraan Datuk Zamani Abdul Ghani dengan tempoh perkhidmatan yang tamat pada hari ini.

Sumber: Utusan Online, 16/11/2010

18 Oktober 2010

KITA TAK MAMPU...?

Kerajaan tak mahu pinjam beri bonus

2010/10/18

KEPUTUSAN pemberian bonus harus mengambil kira kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar menggembirakan kakitangan awam atau bertujuan memancing undi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam tetapi membatalkan hasrat itu kerana ia akan menyebabkan negara meminjam dan menambah hutang sekali gus menyebabkan defisit tinggi Bajet 2011.

Sumber: Berita Harian Online, 18/10/2010