PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

14 Februari 2014

KRISIS DI THAILAND...!


BANGKOK, 13 Februari - Pemisah Thailand dipercayai menembak mati lima orang, termasuk budak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang sami Buddha, dalam serangan terbaru di selatan negara itu, kata polis semalam.
 
Gambar hiasan...

Pembunuhan bagi membalas dendam di atas kematian tiga budak lelaki Islam bersaudara baru-baru ini. 

10 Februari 2014

HOTEL TERBAKAR, 15 JEMAAH UMRAH MAUT...?

MADINAH 9 Feb. - Sebanyak 15 orang jemaah umrah terkorban dan lebih 130 orang lagi cedera, selepas hotel yang mereka diami terbakar di sini, semalam.
Kebakaran tersebut berlaku di Hotel Ishraq al-Madina kira-kira pukul 2.33 petang waktu tempatan dan berjaya dikawal dua jam kemudian oleh 110 anggota bomba.
Menurut pegawai yang dipetik agensi berita SPA, sebanyak 700 orang berada di dalam hotel berkenaan ketika kebakaran itu berlaku.
Jurucakap Palang Merah Arab Saudi, Mohammed Mahmoud Kheyat berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terhidu asap.
Pihak berkuasa turut menutup jalan-jalan utama ke hotel yang terletak di Sitteen Street itu, bagi tujuan pemindahan mangsa ke tempat selamat.
Punca kejadian sedang disiasat dengan sumber memberitahu, laporan awal menunjukkan kebakaran itu berlaku ekoran masalah litar pintas ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Seramai 30 orang yang cedera, dirawat di tempat kejadian dan selebihnya dihantar ke Hospital King Fahd dan Hospital Ansar.
Ada sesetengah daripada jemaah yang terperangkap di dalam hotel, bertindak memanjat bumbung hotel untuk menyelamatkan diri.



Sumber: Utusan Online, 10/2/2014

22 Ogos 2013

HOSNI MUBARAK DIBEBASKAN...?

Mubarak... Firaun zaman moden...!
Seorang hakim telah memutuskan bahawa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang boleh dibebaskan dari penjara sementara menunggu siasatan lanjut ke dalam tuduhan rasuah terhadap beliau.

Mubarak tidak segera dibebaskan selepas keputusan Rabu, kerana dia boleh ditahan sehingga 48 jam sementara menunggu rayuan yang mungkin.

Tetapi pendakwa berkata kemudian bahawa mereka tidak akan membuat rayuan, jadi pemerintah membuang halangan terakhir undang-undang menghalang bekas presiden 85 tahun daripada meninggalkan penjara. Peguamnya, Farid al-Deeb, berkata bahawa beliau menjangka anak guamnya akan dikeluarkan seawal Khamis.

Mubarak mungkin akan kembali ke villa di bandar peranginan Sharm el-Sheikh, sumber-sumber keselamatan berkata, menjelang perbicaraan selanjutnya. Televisyen negeri yang dilaporkan pada Rabu malam bahawa beliau akan diletakkan di bawah 'tahanan rumah'.

16 Ogos 2013

ANAK PEMIMPIN IKHWAN SYAHID...?

asmaa
KAHERAH, 15 Ogos – Anak perempuan pemimpin Ikhwan, Asmaa Hisham Saqr telah menemui syahid setelah ditembak di kepala oleh penembak tepat ketika sedang berada di tingkat 4 Hospital Medan, sebelah Masjid Rabiatul Adawiyah semalam.
Asmaa’ merupakan antara ratusan yang menjadi mangsa kekejaman pihak pasukan keselamatan Mesir yang menyerang rakyat atas alasan mahu menyuraikan perhimpunan pro- Morsi.

24 Julai 2013

BN KEKAL DI KUALA BESUT...?



Harap-harap tiadalah lagi cerita fasal black-out, Bangla import atau pengundi hantu lagi!
Tahniah BN dan takziah buat PAS. Adat bertanding; ada menang, ada yang kalah.

16 Julai 2013

LAGI LAWAK RAJAGOBAL...?

'MENANG TAK PENTING'
K. Rajagobal
Kelana Jaya: Mentaliti dan falsafah Datuk K Rajagobal masih tidak berubah setiap kali skuad Harimau Malaya turun beraksi dalam perlawanan persahabatan. Semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan itu seperti biasa menegaskan dia tidak terlalu mementingkan kemenangan pada aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 
......... Habis tu apa guna hang dok latih budak-budak tu, bawak mereka ke Australia lagi.... Baik tak payah berlatih, buang tenaga, duit.... kalau asyik kata "menang tak penting".

Sumber: Berita Harian online

BUDAK HANCUR TANGAN

JOM MAIN MERCUN...!


KOTA BHARU 15 Julai 2013 - Gambar yang diperoleh hari ini menunjukkan keadaan tangan kiri Ahmad Fuad Jaafar yang kehilangan beberapa jari setelah mercun buatan sendiri meletup dalam genggamannya di Kampung Teluk Kandis di sini pada Sabtu lalu . - UTUSAN

Sumber: Utusan online 15/7/2013

14 Julai 2013

SKMM BARU NAK SIASAT...?

SKMM: LEMAH DAN LEMBAB...
KUALA LUMPUR 14 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.
"SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal.
Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara.
"SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan," katanya.


Sumber: Utusan online, 14/7/2013

13 Julai 2013

PASANGAN BABI...?

Hari ini umat Islam Malaysia diuji sekali lagi dengan isu 'Bat Kut Teh' oleh pasangan 'babi' iaitu Alvin dan Vivian yang tergamak mempersendakan agama dan perasaan seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan ibadat mulia, puasa Ramadan. Mereka berdua secara terang-terangan bertanggungjawab menghina dan mempersendakan ibadat puasa Ramadan serta umat Islam dengan cara yang paling melampau iaitu dengan seolah-olah mengajak umat Islam berbuka puasa dengan makanan yang haram bagi orang Islam iaitu 'Sup Tulang Babi'. "Selamat Berbuka Puasa, dengan Bat Kut Teh, wangi, enak dan menyelerakan" dan disertakan pula dengan logo halal Jakim, memang sengaja mempunyai niat yang jelas untuk menghina umat Islam.

Sebagai umat Islam yang bermaruah, sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan sebagai sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab, kita, kerajaan dan Jakim perlu mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pasangan biadab ini, agar mereka berdua sedar, betapa beratnya kesalahan yang mereka lakukan. Bangsa Cina, MCA, Gerakan dan DAP tidak bersalah. Kita hanya perlu mengambil tindakan terhadap mereka berdua sahaja. Hanya segelintir sahaja orang Cina yang sanggup mempersendakan rakan taulan mereka dari kalangan orang Melayu Islam.

Catatan: Bat Kut Teh ialah Sup Tulang Babi

SOLAT TERAWIH PENYOKONG MURSI...?

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1001856_203427556482182_2132008813_n.jpg

Solat sunat Terawih pada malam pertama Ramadan di Medan Rabiatul Adawiyah oleh pengikut Mohammed Mursi. Di sekitar dataran inilah lebih 40 orang penyokong Mursi syahid ditembak tentera Mesir ketika menunaikan solat Subuh.

KEHANCURAN SYRIA...?

A general view shows damaged buildings on a deserted street in the besieged area of Homs
A view shows damaged buildings in the besieged area of Homs
A general view shows damaged buildings on a deserted street in the besieged area of Homs
A general view shows damaged buildings on a deserted street in the besieged area of Homs

12 Julai 2013

PRK KUALA BESUT PANAS...?


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Kuala Besut, IPD Besut, Terengganu, hari ini. 

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional (BN) N01 Kuala Besut, Tengku Zihan Che Ku Abdul Rahman, 37 (tiga dari kiri) pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Kuala Besut, IPD Besut, hari ini. - Foto Aswadi Alias
Azlan Yusof, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Long telah dipilih sebagai calon PAS untuk pilihan raya Kecil Kuala Besut. Nama beliau diumumkan sendiri oleh Presiden PAS Tuan Haji Hadi Awang di Kampung Nail Kuala Besut.
Ustaz Azhar Idrus pernah disebut-sebut sebagai calon PAS di Kuala Besut...


10 Julai 2013

MURSI MUNGKIN DIPILIH SEMULA...?

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/p480x480/1002289_203157376509200_66225593_n.jpg
Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan.
Pengkaji politik Dr El-Gawady menegaskan bahawa ada kemungkinan kuasa presiden Dr Mursi yang dipilih rakyat akan dapat dikembalikan dengan syarat penyokongnya dapat bertahan dalam perhimpunan di medan-medan utama.
Menurut kenyataan beliau kepada AlJazeera.net, sejarah membuktikan perpecahan dalaman tentera seperti yang pernah berlaku di Venezuela akhirnya membolehkan pengembalian kuasa kepada presiden yang dipilih rakyat. Beliau juga menyifatkan bahawa terdapat perpecahan dalaman tentera melihat kepada beberapa kenyataan tentera.
Beliau menjangkakan tentera akan berundur sekiranya penunjuk perasaan pro-Mursi dapat terus bertahan.
Sumber : IkhwanOnline

04 Julai 2013

TENTERA GULING MESIR...?

MURSI JADI TAHANAN...?
Penyokong Mursi sedang mendengar ucapan...

KAHERAH 4 Julai - Jurucakap pergerakan Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, Presiden Mesir, Mohammed Mursi kini ditahan selepas digulingkan oleh tentera semalam.
Katanya, Mursi ditahan di ibu pejabat Pengawal Republik sebelum dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.
"Selain Mursi, tentera turut menahan lebih 300 pemimpin dan anggota pergerakan Ikhwan Muslimin," katanya kepada DPA.
Sementara itu, Panglima Tentera Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi berkata, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour dilantik memimpin kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya awal diadakan. - DPA



03 Julai 2013

24 MAUT DALAM GEMPA ACEH...?



JAKARTA, 3 Julai (Bernama) -- Korban jiwa dalam bencana gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter di daerah Bener Meriah, Aceh meningkat dua orang Rabu, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat kejadian itu kepada 24 orang.
Laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mencatatkan bahawa 14 orang meninggal dunia di daerah Bener Meriah manakala di Aceh Tengah, 10 orang terkorban.
Dua orang penduduk pula dilaporkan hilang di daerah Bener Meriah.
Sejumlah 249 orang yang cedera dalam bencana itu kini diberikan rawatan di hospital daerah Bener Meriah dan Aceh Tengah.

Gempa bumi pada pukul 2.37 petang Selasa waktu tempatan dan berpusat di 35km Barat Daya daerah Bener Meriah diikuti dengan dua gempa susulan di tempat yang sama pada sebelah malamnya dengan catatan magnitud 5.5 pada skala Richter dan 5.3 skala Richter.

Laporan awal menyebut bahawa gegaran kuat gempa itu memusnahkan ribuan bangunan serta rumah penduduk.

Sumber: Bernama

PIALA LIGA SUPER DIRAMPAS SINGAPURA...?

Liga Super ke Singapura
Sah. Liga Super Malaysia menyeberangi Tambak Johor buat kali pertama. Piala yang menjadi kebanggaan serta rebutan pasukan-pasukan negeri dan kelab di Malaysia akhirnya dimenangi LionsXII, wakil negara Singapura. Dalam perlawanan yang ke-21 semalam, LionsXII berjaya menundukkan Felda United dengan agregat 4 - 0 di gelanggang sendiri. 

23 MAUT NAHAS MI-8...?

Mi-8 Foto hiasan
MOSCOW 3 Julai - Sebanyak 23 orang terbunuh dalam nahas helikopter di Siberia semalam dan dipercayai 10 orang kanak-kanak antara mangsa dalam nahas tersebut.
Memetik berita Itar-Tass, Timbalan Perdana Menteri, Anatoly Skrybykin berkata, helikopter Mi-8 yang membawa tiga orang anak kapal dan 25 orang penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Yakutia akibat cuaca buruk.
"Tiga orang anak kapal dan seorang wanita bersama kanak-kanak dipercayai selamat," ujarnya. - DPA

02 Julai 2013

MESIR MAKIN BERGOLAK...?

Mesir makin tegang
Kaherah: Mesir terus tegang semalam selepas jutaan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya menuntut Presiden Mohamed Mursi meletak jawatan dan militan bertindak membakar ibu pejabat Ikhwanul Muslimin.
Generasi muda bersatu dengan parti liberal dan pembangkang berhaluan kiri dalam tentangan hebat pada ulang tahun pertama Morsi sebagai presiden kelmarin, melaungkan rakyat menuntut kejatuhan rejim. Demonstrasi, yang mengumpulkan setengah juta rakyat di Dataran Tahrir di Kaherah dan jumlah sama di Iskandariah, adalah terbesar sejak kebangkitan rakyat yang menumbangkan pemerintahan Hosni Mubarak pada 2011. 

LAWAK MAT YO...?



Antara lawak popular di facebook ketika ini. Mat Yo pemain bintang Johor DT digambarkan sedang mengimpikan SUV Audi. Gurauan sebegini sepatutnya dihentikan. Walaupun sekadar humor, namun pasti ada yang terasa... lawak-lawak tu....biarlah berpada-pada.

01 Julai 2013

PERGINYA TOKOH AKADEMIK MELAYU...?


Tan Sri Awang Had Salleh
Tokoh akademik Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia pada pagi 1 Julai 2013 kerana komplikasi paru-paru. Allahyarham, 79 tahun meninggal dunia jam 3.03 pagi di Hospital Putrajaya.
Al-fatihah untuk roh beliau semoga ditempatkan oleh-Nya bersama-sama orang yang beriman.

Amin.