PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label PENDIDIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENDIDIKAN. Papar semua catatan

01 Julai 2013

PERGINYA TOKOH AKADEMIK MELAYU...?


Tan Sri Awang Had Salleh
Tokoh akademik Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia pada pagi 1 Julai 2013 kerana komplikasi paru-paru. Allahyarham, 79 tahun meninggal dunia jam 3.03 pagi di Hospital Putrajaya.
Al-fatihah untuk roh beliau semoga ditempatkan oleh-Nya bersama-sama orang yang beriman.

Amin.

06 Oktober 2011

PMR OH PMR...?


5 OKT. 2011: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat para calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang sedang menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Kuala Lumpur. - Utusan/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/10/2011

26 September 2011

IKLAN KPLI AMBILAN JANUARI 2012...?


KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH

  • Nama program:  Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) J-QAF
  • Mod Latihan:  Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
  • Tempoh Pengajian:  1 1/2 atau 18 bulan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 9 OKTOBER 2011
PERMOHONAN SECARA ONLINE

BERMINAT, SILA LAYARI ALAMAT DI BAWAH:-

PERMOHONAN KE TG. 4 MRSM 2012...?


TARIKH TUTUP PERMOHONAN 20 OKTOBER 2011

Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 MRSM, jangan berlengah-lengah lagi. Siapa cepat, dia dapat.
Sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat di alamat seperti di bawah:-

02 September 2011

PERGINYA TOKOH PENDIDIKAN...?


Dr. Abdul Shukor Abdullah

PUTRAJAYA 1 Sept. - Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Abdul Shukor Abdullah yang meninggal dunia awal pagi semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada pukul 4.30 petang.
Allahyarham, yang berusia 67 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Taiping, pukul 1.20 pagi.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan itu meninggalkan isteri Puan Sri Maimun Jahidin, 64, dan tiga orang anak iaitu Rizal Anuar, 40, Rizal Saini, 38, dan Rina Suriani, 33.


Sumber: Utusan Online, 2/9/2011

25 Mac 2011

SPM 2010: FARIS PETRA KE-9 TERBAIK SBP...?

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010
KEDUDUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH MENGIKUT GRED PURATA KESELURUHAN (GPK)

KED

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

BIL.CALON
CALON MENDAPAT SEMUA A
(11A/10A/9A)

GPK
JUMLAH
PERATUS
1
SM SAINS SEREMBAN
266
159
59.77
0.8874
2
SBP INTEGRASI GOMBAK
175
70
40
1.1341
3
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
294
114
38.78
1.145
4
SEKOLAH TUN FATIMAH
146
51
34.93
1.2837
5
SBP INTEGRASI RAWANG
152
34
22.37
1.3408
6
SM SAINS ALAM SHAH
282
93
32.98
1.3495
7
SM SAINS KUALA TERENGGANU
113
36
31.86
1.3638
8
SM SAINS SERI PUTERI
196
46
23.47
1.4256
9
SM SAINS TG. MUHD FARIS PETRA
167
38
22.75
1.4415
10
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
183
52
28.42
1.5048
16
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
144
52
36.11
1.6381
20
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK
156
38
24.36
1.7158
22
SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
122
21
17.21
1.7595
25
KOLEJ TUNKU KURSHIAH
136
25
18.38
1.8439
26
SEKOLAH SERI PUTERI
177
48
27.12
1.8475
36
SM SULTAN ABDUL HALIM
121
17
14.05
2.0381
53
SM SAINS MACHANG
135
18
13.33
2.3315
57
SM SAINS PASIR PUTEH
161
14
8.7
2.4997

23 Mac 2011

9,239 DAPAT SEMUA A...?

9,239 calon dapat semua A dalam peperiksaan SPM

23/03/2011 11:33am

PUTRAJAYA 23 Mac - Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/3/2011

17 Mac 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011...?

 PEPERIKSAAN
TARIKH 
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis 
 13 hingga 14 Jun
(2 hari)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) 
15 hingga 17 Jun
(3 hari)  
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis  
13 hingga 15 September
(3 hari) 
Penilaiaan Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis  
4 hingga 6 Oktober
10 hingga 11 Oktober
(5 hari) 
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)

Lisan  
11 hingga 14 Julai
18 hingga 21 Julai
(8 hari) 
Bertulis  
12 hingga 13 Oktober
17 hingga 19 Oktober
(5 hari) 
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis  
14 November hingga 14 Disember
(16 hari) 
 

RESULT SPM HARI RABU...?

Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2010
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010 akan diumumkan pada 23 Mac 2011 (Rabu).

21 Februari 2011

KEPUTUSAN STPM MEROSOT...?

STPM: Peratusan calon lulus penuh menurun

21/02/2011 12:52pm

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Jumlah peratusan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah menurun iaitu dari 47.72 peratus pada tahun 2009 kepada 46.41 peratus untuk 2010.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak ketika mengumumkan keputusan STPM berkata, prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara dengan calon bandar jauh lebih baik. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/2/2011

17 Februari 2011

KEPUTUSAN STPM 2010...?

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada 21 Februari 2011. Calon-calon dijangka akan memperoleh keputusan masing-masing selepas pukul 10 pagi..

07 Februari 2011

PENDAFTARAN TG. 4 BARU SBP...?


PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 BARU SBP
Pada hari ini (7 Februari 2011) merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 4 baru ke sekolah berasrama penuh seluruh negara. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan akan menerima seramai 48 orang pelajar baru. Majlis pendaftaran akan bermula pukul 9.00 pagi, bertempat di Dewan Gemilang.

29 Januari 2011

GURU SEBAT DI BELAKANG...?



KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.
Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.
Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.
"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.
"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 29/1/2011

28 Januari 2011

INTERLOK TERUS DIGUNA...?

Pagi ini, saya, Palanivel dan Subramaniam telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu ini.Saya telah mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam semalam mengenai isu penggunaan novel Interlok sebagai komponen sastera (Komsas) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.

Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/1/2011

24 Januari 2011

STATUS PERMOHONAN TINGKATAN 1 DAN 4 MRSM 2011...?


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MRSM
- Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1
SEMAKAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM
- Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4

SEMAKAN KEMASUKAN TINGKATAN 4 MRSM

15 Januari 2011

JOM MASUK 'U'...?

148,500 TEMPAT BAGI LEPASAN SPM
Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sebanyak 148,500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini adalah sebahagian daripada 469,500 tempat yang ditawarkan kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran termasuk di pelbagai institusi lain.
Katanya, selain IPTA, mereka juga boleh memilih untuk meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), pendidikan lanjutan ke Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan.
Sumber: Kosmo! Online, 15/1/2011