PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label MAKSIAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKSIAT. Papar semua catatan

19 Oktober 2011

PADAH SEKS BEBAS...?

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.
Bayi tak berdosa menjadi korban manusia gila...
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Sumber: www.Hmetro.com.my, 18/10/2011


Komen penulis: Orang yang bertanggungjawab dalam kes ini sepatut dihukum dengan seberat-berat hukuman.

30 April 2011

TUNGGU APA LAGI DSAI...?


29 APRIL 2011: Datuk Shazryl Eskay Abdullah (tengah) ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik (kiri) dan Datuk Shuib Lazim melafazkan sumpah laknat sambil memegang al-Quran berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, di ruang solat Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. - Utusan/ISMAIL KAMADIN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/4/2011

18 April 2011

SIASATAN VIDEO SEKS SELESAI...?


Imej lelaki dalam klip video seks hasil rakaman cctv pada 21 Februari 2011 yang dimuat naik dalam laman Youtube 2 April lalu.

KUALA LUMPUR - Siasatan polis berhubung rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang telah siap dan menunggu masa untuk dihantar ke pejabat Peguam Negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Katanya, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
Sumber: Kosmo! Online, 18/4/2011

15 April 2011

SIAPAKAH PELAKON LUCAH ITU...?

Polis kenal pasti lelaki dalam video seks

KUALA LUMPUR 14 April - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti lelaki berkenaan dikenal pasti setelah polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan.
"Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit.
"Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah sahih. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Tambahnya, rakaman yang diserahkan oleh trio Datuk T itu juga akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/4/2011

07 April 2011

MALU TAPI TAK TAKUT TUHAN...?


6 APRIL 2011: Lima orang pelanggan sebuah rumah urut menyembunyikan wajah mereka selepas Unit D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan operasi membanteras pelacuran yang beroperasi di balik rumah urut, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/4/2011

23 Mac 2011

DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT...?


22 MAC 2011: Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam operasi rumah urut oleh Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Utusan Malaysia semalam melaporkan keadaan Bukit Bintang seperti Hatyai yang dipenuhi dengan rumah urut. - Utusan/MOHD NAIM AZIZ

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/3/2011

21 Mac 2011

18SX: VIDEO SEKS PEMIMPIN POLITIK...?

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video seks didakwa seorang pemimpin utama pembangkang bersama seorang wanita muda dipercayai warga asing didedahkan kepada media, pagi tadi. 

Wartawan pelbagai agensi dan syarikat media dibenarkan menonton klip video selama hampir 20 minit itu merangkumi empat segmen secara berperingkat di Carcosa Seri Negara, mulai 9.45 pagi.

Sumber: Berita Harian Online, 21/3/2011

19 Mac 2011

BAYI BERTALI PUSAT DI TANGGA PANGSA PURI...?

KUALA LUMPUR: Bayi perempuan yang masih hidup dan bertali pusat ditemukan di atas tangga tingkat dua sebuah blok pangsapuri Puncak Desa Kepong di sini awal pagi tadi. 

Bayi itu ditemukan dengan kesan darah di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda di situ pada 6.25 pagi.

Sumber: Berita Harian Online, 19/3/2011

16 Februari 2011

PASANGAN PERDANA MENTERI ITALY...?


Karima El Mahroug, known as Ruby, has denied having sex with the Italian prime minister [Reuters] 

Sumber: Aljazeera.net, 16/2/2011

10 Februari 2011

GAY TANDA NAK KIAMAT...?

200 lelaki ditangkap sedang berparti homoseksual di Bahrain

10/02/2011 2:51am

MANAMA 10 Feb. – Kira-kira 200 orang lelaki yang sedang berparti homoseksual ditangkap pihak berkuasa Bahrain, semalam.
Pegawai di Kementerian Dalam Negeri berkata, kumpulan tersebut ditangkap atas kesalahan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Polis telah menyerbu sebuah dewan di bandar kecil Muharraq yang penuh dengan lelaki berpakaian seperti wanita sambil menikmati minuman keras.
Negara-negara Teluk mengharamkan kegiatan homoseksual kerana ia mencabuli ajaran Islam.
Lelaki homoseksual yang ditangkap akan dikenakan hukuman penjara. - REUTERS

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/2/2011

15 November 2010

FOTO BOGEL RATU CANTIK DUNIA...?



LOS ANGELES - Satu-satunya rakyat Amerika Syarikat (AS) yang berjaya dipilih memenangi Ratu Cantik Dunia 2010, Alexandria Mills kini berdepan dengan skandal apabila gambar bogelnya kini tersebar luas, lapor sebuah akhbar semalam.
Mills yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia pada bulan lepas di China dikatakan merakam gambarnya dalam keadaan bogel di bilik mandi pada musim panas yang lalu.
Gadis berusia 18 tahun itu telah merakamkan gambarnya duduk di dalam tandas kemudian menghantar rakaman tersebut kepada teman lelakinya ketika itu.
Sumber: Kosmo! Online, 15/11/2010

28 September 2010

KERANA DIDAKWA TIDUR DENGAN IRMA NICI...?

Beckham saman pelacur RM77.30 juta

Irma Nici


LOS ANGELES - Barisan peguam bintang bola sepak dari England, David Beckham akan menyerahkan saman fitnah sebanyak $25 juta (RM77.30 juta) kepada seorang pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, lapor akhbarNews of the World semalam.
Sebelum ini pelacur itu membuat dakwaan di sebuah mahkamah bahawa dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham.
Dokumen setebal 21 muka surat itu kini telah difailkan di sebuah mahkamah di Los Angeles.
Sumber: Kosmo Online, 28/9/2010

31 Ogos 2010

TAK TAHU ERTI KEMERDEKAAN...?

Operasi “Ops Sayang": 22 pasangan dicekup JAIS

31/08/2010 4:49pm

SHAH ALAM— Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam “Operasi Sayang” sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini.
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.
Sumber: Kosmo! Online, 31/8/2010
Komen penulis: Mereka ini sebenarnya tidak mendapat fadilat Ramadan...? Jika puasa pun, puasa adat...?

29 Ogos 2010

TAUKE MELAYU TAWAR KUPON ARAK...?

Tawar cabutan bertuah arak


PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.

PELABUHAN KLANG - Melampau dan memalukan umat Islam.
Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga ialah orang Melayu.
Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

Sumber: Kosmo! Online, 29/8/2010

19 Ogos 2010

BUANG BAYI KERANA PENGARUH BAHAN LUCAH...?

60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah

BAHAN lucah yang mudah diperoleh di Internet juga menjadi faktor pendorong berlakunya kes perzinaan.

KUALA LUMPUR – Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.
“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.
Sumber: Kosmo! Online, 19/8/2010

17 Ogos 2010

Gambar hiasan

Mabuk sakan  bulan puasa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/08/17
     

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah
pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.
Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan
berkenaan, Sabtu lalu.

Ketika diserbu, lima orang wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing
sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.


Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai
pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain.



Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan
perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai
Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.

Sumber: myMetro.com.my