PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label HIBURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HIBURAN. Papar semua catatan

03 Julai 2013

FARID KAMIL JADI AYAH...?



Pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dikhabarkan telah mendapat anak lelaki pada Selasa lepas. Farid telah memaklumkan bahawa isterinya dijadualkan akan bersalin pada 15 Julai tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

02 Julai 2013

BENJY DITUDUH KES DADAH...?


KUALA LUMPUR 2 Julai 2013 - Pelakon era 90-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy menghadapi pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

09 April 2012

AARON AZIZ PEMENANG ANUGERAH 2012...?



GENTING HIGHLAND 8 April 2012 - Dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan Pelakon Lelaki Paling Popular, Aaron Aziz Mustapha dicium isterinya Diyana Khalik (kiri) bersama trofi pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Arena Allstar Genting Highland di sini hari ini. - UTUSAN/NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/4/2012

17 Jun 2011

DATUK SITI MASUK ASKAR...?


16 JUN 2011: Datuk Siti Nurhaliza (tengah) mengetuai barisan selebriti yang menyertai askar wataniah (dari kiri) Mohd Nor, Shaiezy Sam, Ana Raffali, Intan Ladyana, Nurul Hidayah dan Aizat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. - Utusan/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

24 April 2011

ASYRAF MUSLIM BERTUNANG...?


23 APRIL 2011: Pelakon drama Ustaz Amirul, Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman menunjukkan cincin pertunangan mereka selepas majlis pertunangan pasangan tersebut, di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. - Utusan/RASHID MAHFOF

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/4/2011

20 April 2011

KRIS DAPAT ANAK EKSPRES...?



JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online, 20/4/2011

15 April 2011

PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 2010...?


  • Bintang Paling Popular : Shaheizy Sam

  • Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir

  • Penyanyi Wanita Popular : Yuna

  • Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
  • Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
  • Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular : Farah Fauzana
  • Artis Baru Lelaki Popular : Shahir
  • Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali
  • Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam
  • Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani
  • Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan
  • Artis Komedi Wanita Popular : Noorkhiriah
  • Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular : Farah Fauzana
  • Kumpulan Nasyid Popular : Rabbani
  • Artis Duo/Berkumpulan Popular : 6ixth Sense
Anugerah Khas :
  • Artis Mobile Popular: 6ixth Sense

  • Anugerah Sepanjang Hayat : Dato' Rosnani Jamil

13 April 2011

AMENG SPRING KENA 10 SEBATAN...?


Sabariah Zakaria (dua dari kanan) bebas daripada pertuduhan sementara Ameng dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan atas tuduhan mengedar dadah di Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/4/2011

03 April 2011

AMY DIUMUMKAN PENGETUA AF-9...?


2 APRIL 2011: Pengacara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF-9), Aznil Nawawi (kanan) mengumumkan penyanyi rock Amy Search sebagai pengetua akademi musim terakhir ini, pada Konsert Tirai AF-9, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. - Utusan/ZAINI HUSIN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/4/2011

02 April 2011

AMY PENGETUA AF9...?

Amy Search Pengetua AF9

02/04/2011 10:18pm

KUALA LUMPUR 2 April - Teka-teki Pengetua Akademi Fantasi 9 (AF9) terjawab apabila Astro Ria mengumumkan Amy iaitu bekas vokalis kumpulan Search sebagai penyandang jawatan dalam program realiti TV itu malam ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/4/2011

SERI BAYU MENINGGAL DUNIA...?

Seri Bayu meninggal dunia

02/04/2011 10:22pm

KUALA LUMPUR 2 April – Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini kerana menghidap sakit saraf.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 46 tahun. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/4/2011

31 Mac 2011

AF-9...?


28 MAC 2011: Kesemua 12 orang peserta program realiti TV Akademi Fantasia musim kesembilan (AF-9) bergambar bersama-sama selepas sesi pengenalan pelajar terbabit serta tenaga pengajar di Kuala Lumpur. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

Sumber: Utusan Malaysia Online,31/3/2011

27 Mac 2011

PERKAHWINAN KRISDAYANTI...?


26 MAC 2011: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza (kanan) dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa hadir pada resepsi pasangan pengantin penyanyi terkenal Indonedia, Krisdayanti dan Raul Lemos, di Hotel Mulia Senayan, Jakarta. - Utusan/SHAHARUDIN MUSTAPA

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/3/2011

25 Mac 2011

M. NASIR, RAMLI MS BERGELAR DATUK...?


RAMLI MS (kanan) berjabat tangan dengan M.Nasir selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang, di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 25/3/2011

17 Mac 2011

NATE DOGG MENINGGAL...?

Bintang rap, Nate Dogg meninggal dunia

17/03/2011 3:27am

LOS ANGELES 17 Mac - Penyanyi rap dan penerbit lagu, Nate Dogg dilaporkan meninggal dunia pada usia 41 tahun namun , hari ini.
Namun, punca kematian ikon terkenal dalam dunia muzik hip hop dan sering berkoloberasi dengan Dr. Dre dan Warren G masih tidak diketahui.
Nate Dogg atau nama sebenarnya Nathaniel D. Hale, sering berdepan dengan masalah kesihatan sebelum ini seperti strok pada tahun 2007 dan 2008. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/3/2011

08 Mac 2011

ISTERI BENJY TUNTUT CERAI...?


PELAKON, Khaeryll Benjamin atau dikenali sebagai Benjy, bertemu ibu dan isterinya semasa hadir di mahkamah bagi mendengar tuntutan cerai dikemukakan isterinya, Safiya Stephence Kar Leng Lee, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur. 7 Mac 2011. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/3/2011

21 Februari 2011

MISHA OMAR DAH KAHWIN...?


Misha Omar jadi isteri ke-3 Datuk K...? Bukan Datuk K suami Siti Nurhaliza...?

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/2/2011

10 Februari 2011

FASHA TUMPUAN GOOGLE...?



KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.
Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.
"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 10/2/2011

01 Februari 2011

PENJARA 31/2 DENDA Rp250 JUTA BUAT ARIEL...?

Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah (ditolak masa tahanan) berserta denda Rp250 juta (RM85,000).

Hakim Gedung Pengadilan Negeri Bandung, Indonesia, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman itu selepas penyanyi terkenal itu terbukti secara sah dan meyakinkan terlibat menyebarkan dan membuat pornografi.

Hukuman itu jauh lebih rendah daripada pihak pendakwaan yang mahukan Najriel dikenakan hukuman lima tahun dan tiga bulan penjara, lapor agensi berita Indonesia ANTARA.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menimbangkan bahawa tertuduh masih muda dan tidak pernah terlibat melanggar undang-undang sebelum ini.

Najriel diberikan tujuh hari untuk mengemukakan rayuannya.



Sumber: www.Malaysiakini.com, 1/2/2011

22 Januari 2011

ZAQUAN VS AYU RAUDHAH...?


ZAQUAN Adha Abd Radzak, 23, menyarungkan cincin pernikahan ke jari isterinya Ayu Raudhah Che Wan, 26, selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah di Alor Setar. 21 Jan. 2010. Utusan/KAMAL BASIR

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/1/2011