PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

19 Julai 2013

KUIH KEPEK HIDUNG...?


Kuih Bunga atau popular juga di Kelantan dengan gelaran Kuih 'Kepek Hidung' amat dicari-cari oleh peminat terutamanya pada bulan Ramadan. Kuih yang begitu sempoi ini diperbuat daripada tepung beras pulut dan dicampur sedikit dengan tepung beras biasa kemudian diuli dengan sedikit air dan digoreng setelah dicelup dengan adunan telur ayam.
Kuih 'kepek hidung' ini dihidangkan dengan meletakkan sedikit gula di atasnya.

29 Jun 2013

KUIH PUTU BAMBU...?


Lembut, halus dan lemak...

Putu bambu merupakan kuih tradisi yang banyak dijual di pasar-pasar malam. Diperbuat daripada tepung ubi yang dimasukkan ke dalam bekas buluh khas dan di tengah adunan itu dimasukkan pula sedikit 'nise' ataupun gula melaka. Bekas buluh yang telah diisikan dengan tepung dikukus dengan alat khas, biasanya hasil ubah suai periuk dan penutupnya yang ditebuk lubang-lubang.
Di Kelantan, harga kuih putu bambu yang dihidang bersama dengan parutan kelapa muda ini sangat murah, lebih kurang 4 biji seringgit.

KUIH SEMA...?


Kuih sema amat popular sedikit masa dulu. Mungkin tidak ramai daripada generasi baharu kini yang pernah menikmati kuih tradisional ini. Atau mungkin kuih tradisional ini langsung tidak diketahui kewujudannya, terutamanya oleh anak-anak muda sekarang.
Kuih sema sebenarnya digemari oleh kanak-kanak dan rasanya amat manis, rangup dan yang unik sekali ialah habuk putihnya... jika tidak berhati-hati, habis muka, dan pakaiannya menjadi putih..

13 Mac 2011

SUP BELUT...?


RESEPI SUP BELUT
Bahan-Bahan 
  • 1 ekor belut dibersihkan 
  • 600 ml air 
Bahan Dikisar Halus 

  • 10 ulas bawang merah 
  • 5 cm halia 
  • 3 ulas bawang putih 
Bahan-bahan Lain

  • 2 tangkai daun sup 
  • 2 tangkai daun bawang 
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 bungkus sup bunjut 
  • garam dan lada sulah secukup rasa 
Cara Memasak 

  • Panaskan periuk masukkan minyak dan tumiskan bahan dikisar sehingga kekuning-kuningan. 
  • Masukkan air bersama-sama dengan sup bunjut dan belut. 
  • Biarkan mendidih menggunakan api sederhana. 
  • Masukkan garam,lada sulah,daun sup dan daun bawang 
  • Biarkan seketika……… 
  • Hidangkan dan makan ketika panas.

15 Ogos 2010

BUBUR LAMBUK JUADAH BERBUKA...?


BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [jika perlu]
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi [jika perlu]
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkung
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesum
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil
2 ekor ikan kembung/selayang
air secukupnya
garam

Cara membuat

1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yang dihancurkan ke dalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Apabila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.


06 Jun 2010

KEPAH MASAK DAUN SELASIH...?

Resepi Pilihan

Kepah Masak Daun Selasih

BAHAN - BAHAN :
•10 kepah
•15 helai daun selasih
•10 tangkai cili padi
•5 ulas bawang putih } dicincang
•2 sudu besar sos tiram
•3 sudu besar minyak masak
•Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang dicincang halus.
2. Biar hingga kekuningan dan masukkan kepah yang telah dibersihkan.
3. Goreng sampai sebati sebelum di masukkan cili padi yang dicincang, daun selasih, sos tiram, gula dan garam.
4. Biar sampai masak dan hidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Mingguan Wanita Online