PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label ISLAM DAN AMAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAM DAN AMAL. Papar semua catatan

10 Februari 2014

HOTEL TERBAKAR, 15 JEMAAH UMRAH MAUT...?

MADINAH 9 Feb. - Sebanyak 15 orang jemaah umrah terkorban dan lebih 130 orang lagi cedera, selepas hotel yang mereka diami terbakar di sini, semalam.
Kebakaran tersebut berlaku di Hotel Ishraq al-Madina kira-kira pukul 2.33 petang waktu tempatan dan berjaya dikawal dua jam kemudian oleh 110 anggota bomba.
Menurut pegawai yang dipetik agensi berita SPA, sebanyak 700 orang berada di dalam hotel berkenaan ketika kebakaran itu berlaku.
Jurucakap Palang Merah Arab Saudi, Mohammed Mahmoud Kheyat berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terhidu asap.
Pihak berkuasa turut menutup jalan-jalan utama ke hotel yang terletak di Sitteen Street itu, bagi tujuan pemindahan mangsa ke tempat selamat.
Punca kejadian sedang disiasat dengan sumber memberitahu, laporan awal menunjukkan kebakaran itu berlaku ekoran masalah litar pintas ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Seramai 30 orang yang cedera, dirawat di tempat kejadian dan selebihnya dihantar ke Hospital King Fahd dan Hospital Ansar.
Ada sesetengah daripada jemaah yang terperangkap di dalam hotel, bertindak memanjat bumbung hotel untuk menyelamatkan diri.



Sumber: Utusan Online, 10/2/2014

09 Februari 2014

12 BUAH BUKU HARAM...?

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2014/02/a277d-akhirnyakutemukankebenaran.jpg?w=500
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap 12 buah buku kerana didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh memudarat ketenteraman awam dan moral.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pewartaan perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan.
Antara buku tersebut ialah:-
·      Akhirnya KuTemui Kebenaran – karangan Dr Muhammad Al-Tijani Al-Samawi/Terjemahan Kumpulan Pengajian Islam UIA
·    Agama Politik Nalar Politik Islam (Ahmad Vaezi/Ali Syahab)
·    99 Wasiat Imam Ja’far Ash-Shadiq Lentera Ilahi – (Imam Ja’far Ash-Shadiq/Rahmani Astuti)
·    Saling Memberi Saling Menerima – (Sayyid Mahdi As Sadr /Ali Bin Yahya)
·    Fatwa-Fatwa 2 Soal-Jawab Seputar Muamalah Ahlulbait – (Ayatullah Al-Uzhma Imam Ali Khamenei/Mubsin Labib).
·    Teladan Abadi Ja’far Shadiq: Sang Mahaguru – (Husain Nahrawi)
·    Teladan Abadi Hasan Askari: Tumpuan Kaum Papa – (M.Ilyas & Hasan Al-Habsyi)
·    Teladan Abadi Husain Syahid – (Abdullah Beik).
·    Fatimah Az-Zahra’ & 9 Keturunannya Yang Mulia – (Tarikuddin Bin Haji Hassan)
·    Imamul Muhtadin ‘Ali Bin Abi Thalib – (H.M.H Al-Hamid Al-Husaini)
·    Meniti Titian Kebenaran – (Khair Izzah)
·    Memories Of Muhammad: Why The Prophet Matters – (Omid Safi)



KIAMAT SEMAKIN DEKAT...?


Tahukah anda di mana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati di mana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Makjuj.
Dajjal telahpun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu di luar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj dan Makjuj telahpun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.
Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews dan Zionis! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
Kalau kita tengok di Media bersepah pasal zina, itu yang keluar media, yang tak keluar media lagilah banyak, agak-agak masa kita tengah baca artikel ini, ada berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Hal ini memang tidak dapat nak dinafikanlah, alat muzik sememangnya bermaharajalela. Anda boleh  tengoklah media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid dan membanggakannya.
“Antara tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Kita lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhias dan  tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tingginya.
Sebab Nabi Muhammad SAW pernah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” Subhanallah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah.



5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah  “antara tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pun sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru sama ada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.


13-Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

IMAN...?


Pengertian iman dari bahasa Arab yang ertinya percaya. Sedangkan menurut istilah, pengertian iman ialah membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan hal yang demikian, pengertian iman kepada Allah ialah membenarkan dengan hati bahawa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaan-Nya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata.

BAYAR UNTUK KE NERAKA...?

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/1743720_644294818968703_924084966_n.jpg

08 Februari 2014

SOLAT JENAZAH...!


Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَÙƒْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَÙƒْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَÙƒْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَÙƒْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai memberi salam, kita bolehlah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

22 Ogos 2013

SYRIA: BASYAR GUNA SENJATA KIMIA...?

Serangan senjata kimia telah membunuh beratus-ratus orang terutamanya kanak-kanak di pinggir Damsyik, aktivis pembangkang Syria berkata. Roket dengan ajen toksik telah dilancarkan ke pinggir bandar di rantau Ghouta awal pada hari Rabu sebagai sebahagian daripada serangan yang besar ke atas pasukan pemberontak, kata mereka.
Tentera Syria pula berkata tuduhan yang telah direka itu untuk menutup kerugian di pihak pemberontak. Pakatan pembangkang utama berkata bahawa lebih daripada 1,000 orang telah terbunuh oleh serangan senjata kimia tersebut.
Bodies of victims
Girl being treated


HOSNI MUBARAK DIBEBASKAN...?

Mubarak... Firaun zaman moden...!
Seorang hakim telah memutuskan bahawa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang boleh dibebaskan dari penjara sementara menunggu siasatan lanjut ke dalam tuduhan rasuah terhadap beliau.

Mubarak tidak segera dibebaskan selepas keputusan Rabu, kerana dia boleh ditahan sehingga 48 jam sementara menunggu rayuan yang mungkin.

Tetapi pendakwa berkata kemudian bahawa mereka tidak akan membuat rayuan, jadi pemerintah membuang halangan terakhir undang-undang menghalang bekas presiden 85 tahun daripada meninggalkan penjara. Peguamnya, Farid al-Deeb, berkata bahawa beliau menjangka anak guamnya akan dikeluarkan seawal Khamis.

Mubarak mungkin akan kembali ke villa di bandar peranginan Sharm el-Sheikh, sumber-sumber keselamatan berkata, menjelang perbicaraan selanjutnya. Televisyen negeri yang dilaporkan pada Rabu malam bahawa beliau akan diletakkan di bawah 'tahanan rumah'.

16 Ogos 2013

ANAK PEMIMPIN IKHWAN SYAHID...?

asmaa
KAHERAH, 15 Ogos – Anak perempuan pemimpin Ikhwan, Asmaa Hisham Saqr telah menemui syahid setelah ditembak di kepala oleh penembak tepat ketika sedang berada di tingkat 4 Hospital Medan, sebelah Masjid Rabiatul Adawiyah semalam.
Asmaa’ merupakan antara ratusan yang menjadi mangsa kekejaman pihak pasukan keselamatan Mesir yang menyerang rakyat atas alasan mahu menyuraikan perhimpunan pro- Morsi.

15 Ogos 2013

TENTERA MESIR GEMPUR RAKYAT SENDIRI...GILA...?


Adly Mansour seorang Kristian

General Abdel Fattah al-Sisi










Presiden sementara (GILA) Mesir, Adly Mansour mengisytiharkan perintah darurat selama sebulan bermula semalam dan mengarahkan tentera membantu Kementerian Dalam Negeri mengetatkan tahap keselamatan (yakni membunuh rakyat sebangsa sendiri) semata-mata cita-cita rakus politik sempit yang sadis dan mabuk darah. Tanggapan penulis, tiada bangsa di dunia ini sezalim dan seganas Yahudi meleset sama sekali. Rupa-rupa adanya seekor 'dajal' yang lebih ganas daripada DAJJAL kini. Dan Dajjal itu ialah Presiden sementara Mesir sekarang iaitu Adly Mansour. Ya Allah, Engkau hapuskan mereka yang zalim dari muka bumi-Mu ini...!!!!

28 Julai 2013

LEBIH 120 PENGIKUT MURSI DIBUNUH...?





KAHERAH 27 Julai - Lebih 120 orang penyokong Mursi terbunuh apabila pasukan polis khas Mesir yang memakai seragam hitam mula menembak ke arah orang ramai. Mereka sebenarnya berniat membunuh...! Kebanyakan mereka ditembak di bahagian kepala dan dada..


19 Julai 2013

KEKEJAMAN DI SYIRIA...?


Ketika kita menikmati saat bahagia menyambut Ramadan, bulan barakah, jangan sesekali kita lupa mendoakan kesejahteraan buat rakyat Syria, terutamanya kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa manusia bersifat haiwan. Ya Allah, Engkau tamatkanlah penderitaan rakyat Syria yang tidak berdosa di tangan manusia bertopengkan syaitan. Ya Allah, Engkau hancurkanlah mereka itu dengan tentera-tentera ghaib-Mu.

16 Julai 2013

RUMAH NABI...?

Beberapa keping foto yang berkaitan dengan sejarah kehidupan dan perjuangan Rasulullah yang dipertontonkan sempena pameran 'sirah Nabi Muhammad SAW yang diadakan di Madinah Munawarah, baru-baru ini.
DSC_0869
Model gambaran rumah junjungan besar Nabi Muhammad SAW
DSC_0874
Model rupa bentuk asal masjid Nabawi
DSC_0876
Model rupa bentuk tiang-tiang asal masjid Nabawi

DOA QUNUT...?


https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/555199_526851424014803_78844735_n.jpg

14 Julai 2013

SKMM BARU NAK SIASAT...?

SKMM: LEMAH DAN LEMBAB...
KUALA LUMPUR 14 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.
"SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal.
Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara.
"SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan," katanya.


Sumber: Utusan online, 14/7/2013

13 Julai 2013

PASANGAN BABI...?

Hari ini umat Islam Malaysia diuji sekali lagi dengan isu 'Bat Kut Teh' oleh pasangan 'babi' iaitu Alvin dan Vivian yang tergamak mempersendakan agama dan perasaan seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan ibadat mulia, puasa Ramadan. Mereka berdua secara terang-terangan bertanggungjawab menghina dan mempersendakan ibadat puasa Ramadan serta umat Islam dengan cara yang paling melampau iaitu dengan seolah-olah mengajak umat Islam berbuka puasa dengan makanan yang haram bagi orang Islam iaitu 'Sup Tulang Babi'. "Selamat Berbuka Puasa, dengan Bat Kut Teh, wangi, enak dan menyelerakan" dan disertakan pula dengan logo halal Jakim, memang sengaja mempunyai niat yang jelas untuk menghina umat Islam.

Sebagai umat Islam yang bermaruah, sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan sebagai sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab, kita, kerajaan dan Jakim perlu mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pasangan biadab ini, agar mereka berdua sedar, betapa beratnya kesalahan yang mereka lakukan. Bangsa Cina, MCA, Gerakan dan DAP tidak bersalah. Kita hanya perlu mengambil tindakan terhadap mereka berdua sahaja. Hanya segelintir sahaja orang Cina yang sanggup mempersendakan rakan taulan mereka dari kalangan orang Melayu Islam.

Catatan: Bat Kut Teh ialah Sup Tulang Babi

UMAR MUKHTAR...?




Lihatlah betapa zalimnya tentera kafir Itali menghukum gantung pejuang Islam Omar Mukhtar...!
Omar Mukhtar (ataupun Omar Al-Mukhtar) dari Mnifa merupakan pemimpin pergerakan penentang terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an. Beliau dihukum bunuh pada tahun 1931. Tahun-tahun terakhirnya diabadikan dalam filem The Lion of the Desert (1981),arahan Mustapha Akkad.
Omar Al-Mukhtar telah dilahirkan di timur Cyrenaica, daerah Butnan di kampung Janzour yang terletak di timur Tobruq, di Wilayah Tripolitania milik Empayar Uthmaniyyah. Beliau menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda dan diambil menjadi anak angkat oleh Sharif al-Ghariani. Beliau mendapat pendidikan awal di masjid tempatan dan kemudian belajar selama lapan tahun di Universiti Senussi di Jaghbub, yang juga merupakan markas Gerakan Senussi. Pada 1899, beliau dihantar dengan ahli Senussi yang lain untuk membantu Rabih az-Zubair dalam penentangan melawan Perancia di Chad.

SOLAT TERAWIH PENYOKONG MURSI...?

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1001856_203427556482182_2132008813_n.jpg

Solat sunat Terawih pada malam pertama Ramadan di Medan Rabiatul Adawiyah oleh pengikut Mohammed Mursi. Di sekitar dataran inilah lebih 40 orang penyokong Mursi syahid ditembak tentera Mesir ketika menunaikan solat Subuh.