PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan

16 Julai 2013

RUMAH NABI...?

Beberapa keping foto yang berkaitan dengan sejarah kehidupan dan perjuangan Rasulullah yang dipertontonkan sempena pameran 'sirah Nabi Muhammad SAW yang diadakan di Madinah Munawarah, baru-baru ini.
DSC_0869
Model gambaran rumah junjungan besar Nabi Muhammad SAW
DSC_0874
Model rupa bentuk asal masjid Nabawi
DSC_0876
Model rupa bentuk tiang-tiang asal masjid Nabawi

13 Julai 2013

UMAR MUKHTAR...?




Lihatlah betapa zalimnya tentera kafir Itali menghukum gantung pejuang Islam Omar Mukhtar...!
Omar Mukhtar (ataupun Omar Al-Mukhtar) dari Mnifa merupakan pemimpin pergerakan penentang terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an. Beliau dihukum bunuh pada tahun 1931. Tahun-tahun terakhirnya diabadikan dalam filem The Lion of the Desert (1981),arahan Mustapha Akkad.
Omar Al-Mukhtar telah dilahirkan di timur Cyrenaica, daerah Butnan di kampung Janzour yang terletak di timur Tobruq, di Wilayah Tripolitania milik Empayar Uthmaniyyah. Beliau menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda dan diambil menjadi anak angkat oleh Sharif al-Ghariani. Beliau mendapat pendidikan awal di masjid tempatan dan kemudian belajar selama lapan tahun di Universiti Senussi di Jaghbub, yang juga merupakan markas Gerakan Senussi. Pada 1899, beliau dihantar dengan ahli Senussi yang lain untuk membantu Rabih az-Zubair dalam penentangan melawan Perancia di Chad.

02 September 2011

PERGINYA TOKOH PENDIDIKAN...?


Dr. Abdul Shukor Abdullah

PUTRAJAYA 1 Sept. - Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Abdul Shukor Abdullah yang meninggal dunia awal pagi semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada pukul 4.30 petang.
Allahyarham, yang berusia 67 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Taiping, pukul 1.20 pagi.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan itu meninggalkan isteri Puan Sri Maimun Jahidin, 64, dan tiga orang anak iaitu Rizal Anuar, 40, Rizal Saini, 38, dan Rina Suriani, 33.


Sumber: Utusan Online, 2/9/2011

PERGINYA PEJUANG BAHASA MELAYU...?

BAHASA MELAYU BUKANNYA BAHASA MALAYSIA
Datuk Hassan Ahmad, 74, meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya di sini, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua orang anak perempuan Aida dan Hasmirawati.

16 Mac 2011

KERETA HITLER BERNILAI US$15 JUTA...?



Kereta Mercedes Benz model 770 K kepunyaan Adolf hitler seperti yang diberitahu CNN, sekarang berada di tangan seorang jutawan Rusia yang tidak mahu dikenali. Dia membeli kereta tersebut pada harga US$15 juta.

31 Januari 2011

PERMAISURI NEFERTITI TERCANTIK DI DUNIA....?


  • Dalam beberapa catatan rekod Mesir purba, figura wanita pertama Dinasti ke-18 ini sangat diagungkan. Dia bersama Amenhotep IV telah mencetuskan revolusi agama Aten yang memuja satu tuhan sahaja iaitu tuhan matahari.
  • Keperibadian isteri kesayangan Firaun ini juga semakin menyerlah apabila dia diberi peranan besar dalam aspek agama selepas diangkat sebagai wakil wanita dalam aspek ketuhanan.
  • Sesetengah teori mengatakan Nefertiti adalah penulis revolusi agama dan budaya yang diilhamkan oleh Akhenaten yang menolak agama-agama lain sehingga membangkitkan kemarahan golongan pendeta.
  • Tidak gentar dengan ancaman, Nefertiti bersama Akhenaten mengambil keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahan Mesir dari Thebes ke Amarna semata-mata untuk mentaati tuhan baru mereka.
  • Nefertiti juga dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri semasa pemerintahan suaminya.
  • Persamaan saiz di antara ukirannya dan ukiran Akhenaten memberi petunjuk mereka mempunyai kepentingan yang sama dalam struktur politik Mesir purba.
  • Pada tahun ke-14 pemerintahan Akhenaten iaitu kira-kira tahun 1335 Sebelum Masihi, nama dan pengaruh besar Nefertiti lenyap begitu sahaja.
  • Teori sejarah mengatakan Nefertiti meninggal dunia disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu.
  • Ada juga yang mengatakan dia tidak lagi disukai suaminya kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan Akhenaten banyak merujuk kepada isteri keduanya iaitu Kiya, ibu kepada Firaun Tutankhamun yang terkenal dengan gudang emasnya.

CANCELOR Jerman, Angela Merkel merenung Permaisuri Nefertiti di Muzium Neues di Berlin pada 16 Oktober 2009. Patung berusia 3,300 tahun itu telah menarik berpuluh ribu pengunjung setiap tahun ke muzium itu.

Sumber: Kosmo! Online, 31/1/2011

14 Disember 2010

TOK JANGGUT YANG DILUPA...?

TOK JANGGUT MATI SYAHID
Sejarah perjuangan dan pengorbanan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan semakin dilupakan. Generasi hari ini mungkin sudah lupa akan sejarah pejuang agama dan bangsa ini dek terpengaruh oleh penulisan sejarah putar belit yang dipelopori sejarawan Barat. Nama sebenar Tok Janggut ialah Hj. Mat Hassan bin Munas. Lahir pada 1853 di Kg. Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan Pondok di Kelantan sebelum melanjutkan pengajiannya ke Mekah.

Tok Janggut kemudiannya menetap di Kg. Nering, Kelantan sebagai seorang petani dan peniaga. Beliau amat mahir dalam ilmu persilatan. Sejarawan Barat menulis penentangan Tok Janggut bermula pada tahun 1915 apabila  pentadbir British di Pasir Puteh memperkenalkan Peraturan Cukai 1915 yang mewajibkan semua petani membayar cukai kepada pihak British. Sejarawan Barat menuduh Tok Janggut sebagai pemberontak dan penjenayah yang mengangkat senjata menentang pihak British yang mahu membawa kemajuan. Tuduhan mereka itu sebenarnya hanya mahu menipu fakta sejarah yang sebenar. 

Tok Janggut dan penduduk Pasir Puteh ketika itu menentang pihak British kerana kezaliman mereka mengenakan cukai yang tidak munasabah terhadap petani yang rata-rata dalam kemiskinan dan serba kekurangan.

Satu lagi faktor yang sengaja diketepikan oleh penulis Barat ialah punca sebenar penentangan Tok Janggut dan pengikutnya adalah kerana menyahut seruan Kerajaan Turki Uthmaniah yang diserang oleh Britain dalam Perang Dunia Pertama 1915 supaya semua umat Islam bangun berjihad menentang penjajah Barat. Perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh ketika itu sebenarnya 'JIHAD' menentang kezaliman kafir Barat dan kematian Tok Janggut dan pengikutnya ialah 'mati syahid'.

Tok Janggut bukan penjenayah, Tok Janggut ialah pejuang di jalan Allah yang mati syahid.
Mayat Tok Janggut digantung kepala di bawah.
Mayat pejuang syahid yang dihina penjajah....?
Pusara Tok Janggut kini...?

11 Disember 2010

PENDARATAN JEPUN DI PANTAI SABAK...?


Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon,Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942. 

Pendaratan Jepun di Kota Bharu

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan pesisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Meriam tentera Jepun yang digunakan dalam serangan...?
Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu...?
Tentera berbasikal selepas berjaya menawan kedudukan British di Pantai Sabak...?
Kubu tentera Punjab masih utuh di Sabak...?
Tentera Punjab dan British yang ditawan...?
Dan ramai yang ditawan menjadi habuan pedang Jepun...?