PILIHANKU

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label SENI BINA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SENI BINA. Papar semua catatan

16 Julai 2013

RUMAH NABI...?

Beberapa keping foto yang berkaitan dengan sejarah kehidupan dan perjuangan Rasulullah yang dipertontonkan sempena pameran 'sirah Nabi Muhammad SAW yang diadakan di Madinah Munawarah, baru-baru ini.
DSC_0869
Model gambaran rumah junjungan besar Nabi Muhammad SAW
DSC_0874
Model rupa bentuk asal masjid Nabawi
DSC_0876
Model rupa bentuk tiang-tiang asal masjid Nabawi

06 Jun 2010

MASJID BEIJING DI RANTAU PANJANG...?

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA

Masjid Cina (Chinese Mosque) ~ Rantau Panjang, Kelantan

Masjid Cina ~ Rantau Panjang, Kelantan
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang,  Kelantan. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.
Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar . Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

MASJID KRISTAL: Daripada kaca dan keluli...?


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 orang jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Masjid Kristal: Panorama waktu malam....